Berani Untuk Menulis

7 0 0
                                    

BERANILAH UNTUK MENULIS : TENTANG JATUH BANGKIT HIDUP SENDIRI

" Di dalam usia ini, masa darah muda cepat alirnya dalam diri dan khayal serta sentimen masih memenuhi jiwa. Di waktu itulah ilham kisah ini mula kususun. Kisah yang mungkin nanti orang berkata, "seakan tuan menceritakan nasib sendiri"

(Zainuddin, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck)

Kerana aku selalu faham begini; tak perlu takut untuk menulis. Lupakan tatabahasa, aturan tanda baca, dan ayat bombastik (kalau itu yang buat hati aku jadi kenit untuk menulis!)

Bebaskanlah diri kau untuk menulis. Jangan disekat. Beranilah untuk menulis tentang jatuh bangkit hidup sendiri. Tak payah hiraukan mata yang memandang remeh akan tulisan kau

Itu hidup kau. Hanya kau yang layak untuk menceritakannya kembali. Orang lain tidak berkuasa untuk mencelah cerita kau kerana pengalaman itu bukan punya mereka tapi kepunyaan kau seorang. Kerana Allah itu Maha Bijaksana. Setiap orang dikasi-Nya hidup yang berbeza

Jadi, beranikan saja. Uktub!

Catatan seorang Busyra
Kredit ig : ini buku kita

#TokoJejakTarbiah #JejakTarbiah

Coretan PenaWhere stories live. Discover now