0 3

1.8K 243 9
                                    

Setelah Jihyo memukul kepala ayahnya menggunakan sebuah objek keras, terus dia berlari keluar rumah.

Dia sudah tidak tahan lagi untuk didera dan diseksa setiap hari.

" lari, Jihyo! kau boleh lari! "

Gumam Jihyo pada dirinya sendiri. Dia berlari memasuki sebuah hutan berdekatan rumahnya.

Diabaikan rasa sakit dikakinya kerana dipijak oleh Tuan Song. Yang dia tahu sekarang ini, dia perlu lari sejauh yang mungkin.

Dia sudah tidak sanggup untuk hidup dalam keadaan diseksa tanpa mengetahui apa salahnya.

bamm

Petir yang tiba-tiba kedengaran menghentikan larian Jihyo. Dia seoarang yang takut petir dan dia ada alasan tersendiri untuk ketakutannya itu.

Wajahnya berkerut, menunjukkan riak risau di wajah cantik Jihyo.

" awak okay, cik? "

Terus Jihyo berpaling apabila ada satu suara menegurnya dari belakang. Gadis itu terdiam.

" saya tanya awak, awak okay? "

Sekali lagi si dia bertanya. Ada nada keras didalam pertanyaan lelaki itu.

" awak-- siapa? "

Lelaki itu tersenyum kearah Jihyo. Menampakkan barisan giginya. Namun kearana keadaan hutan yang gelap dan hanya diterangi cahaya bulan, Jihyo terlepas pandang sesuatu.

Dia terlepas pandang yang..

Lelaki kacak yang berdiri dihadapannya tika itu mempunyai taring. Lebih tajam dan sedikit panjang taringnya kalau dibandingkan dengan manusia lain.

" saya kebetulan lalu dekat sini. jadi, awak okay? kalau tak, saya boleh tolong "
Jungkook mula berlakon.

Keinginan nya terhadap darah manusia kini membuak-buak. Kerana kaki Jihyo yang luka dan mengeluarkan sedikit darah itu lah punca nafsu darah Jungkook bangkit.

" saya lari dari rumah.. "
Jawab Jihyo perlahan. Kepalanya ditundukkan. Tiba tiba dia rada menyesal.

Jungkook tersenyum sebelum sekelip mata dia berdiri betul betul dihadapan Jihyo. Gadis yang dalam keadaan kelam kabut itu langsung kaget.

Jaraknya dan jarak Jungkook terlalu dekat. Bahkan dia boleh menghidu bau perfume yang dipakai Jungkook. Wangi.

Walhal itu bukan bau perfume tetapi bau semula jadi yang dikeluarkan oleh vampire kacak itu.

" pejam mata kau dan jangan beregak. kalau kau ingkar, sekarang jugak aku boleh hantar kau balik kerumah kau tu "
Amaran Jungkook tegas.

Mendengar ugutan Jungkook itu, Jihyo langsung pucat. Terus dia mengikut semua arahan Jungkook.

Sengihan sinis bergayut pada bibir merah jambu Jeon Jungkook.

Wajah Jungkook didekatkan kearah leher Jihyo. Taringnya juga kini sudah keluar. Sejengkal jarak taringnya dari leher jinjang Jihyo.

Tetapi, tak sempat taring tajam Jungkook mencucuk masuk kedalam kulit leher Jihyo, lelaki itu terdengar malah terlihat bayangan sesuatu.

Seorang perempuan. Tersenyum kearahnya. Pada hari yang dipenuhi salji. Tangan mereka kemudian ditautkan.

" kookie ya-- salji dah turun! bawak saya ke atas, boleh? "
Senyuman gadis misteri itu jelas kelihatan tetapi separuh lagi bayangan mukanya adalah kabur.

Jungkook kelihatan merangkul pinggang kecil gadis itu lalu dia membawanya terbang keatas, menangkap kepingan salji.

Setelah itu, banyangan itu terhenti disitu. Mata Jungkook kini hanya melihat leher Jihyo yang betul-betul dihadapan nya.

Segera Jungkook menjarakkan kembali tubuhnya. Malah dia terus melompat tinggi keatas sebuah pokok. Kepalanya dipegang dan diramas perlahan.

" apa benda tadi tu? dan siapa perempuan
tu? "
Kepala Jungkook tiba-tiba berasa serabut. Terus seleranya hilang. Dia sudah berkira kira mahu beredar.

Tetapi matanya terpandang semula kearah Jihyo yang masih kaku. Jelas wajah gadis itu kelihatan takut dan cemas.

Jungkook mendengus sebelum turun kembali dari pokok. Tangan nya memukul kepala Jihyo kuat sehingga gadis itu pengsan.

" kau dah tak betul, Jungkook "
Kata Jungkook yang sudah melompat terbang dengan Jihyo didalam dukungan nya.

Dia dah tak betul kerana sekarang, dia akan membawa Jihyo ke mansion vampire nya, dunia dia. Dunia yang gelap, dunia yang tidak sepatutnya mana mana manusia terjebak.

Tapi, inilah takdir. Takdir Jihyo dan Jungkook yang terpaksa mereka berdua terima.

Jungkook mengeluh selepas meletakkan tubuh Jihyo keatas katil besaiz king nya. Dipandang gadis itu lama.

Dan gambaran yang sama, muncul lagi.

Jungkook menggeleng kepalanya.
" tak mungkin lah-- "

DOMINANT

L I S A F I C E N T

collaboration with

herlalice

[C] DominantWhere stories live. Discover now