Sebuah kereta berwarna kelabu yang dipandu Jihoon mula memasuki perkarangan rumah Min Hee. Jihoon tersenyum senang hati. Kini dia sudah tiada lagi pesaing. Wajah yang sudah semula jadi kacak itu menjadi tatapannya melalui cermin. Sesekali rambutnya diperbetulkan agar terlihat sempurna.
Sedang leka dia membetulkan rambut, sebuah lagi kereta berwarna hitam memakir di sebelah kereta Jihoon. Sedar akan perkara itu, pantas Jihoon menutup enjin kereta dan bergegas keluar dari dalam perut kereta. Begitu juga dengan lelaki yang berada di dalam kereta tadi.
"Jinyoung?" muka lelaki berkulit putih bersih itu dipandang mesra. Dia tersenyum manis.
Lelaki inilah yang ingin Min Hee kenalkan pada Jihoon. Kacak orangnya. Ditambah pula dia memiliki senyuman manis bak gula. Adakah ini pesaing baru?
"Awak mesti Jihoon kan? Selamat berkenalan. Ouh ya Min Hee dah keluar ke?" soalan dilontarkan pada Jihoon. Jihoon sekadar mengangkat bahu.
"Jom kita pergi tengok." ajak Jinyoung lalu dia menerpa ke arah pintu rumah Min Hee.
Loceng ditekan bersama beberapa panggilan. Namun sepi tidak disahut. Berkerut dahi Jinyoung dan Jihoon.
"Eh pintu tak berkunci?" Jinyoung yang sengaja cuba memulas tombol pintu itu kaget apabila dia sedari pintu itu tidak berkunci. Ah hatinya sudah tidak sedap.
"Jihoon, jom masuk. Saya tak sedap hati la. Saya call dia tadi pun tak angkat." beritahu Jinyoung. Tanpa berlengah, Jihoon dan Jinyoung memasuki ruang rumah Min Hee.
"Min Hee?" sedari tingkat bawah yang kosong, laju mereka mendaki tangga menuju ke tingkat atas.
Pintu bilik Min Hee yang terbuka sedikit itu menambahkan lagi rasa tidak senang mereka. Terus pintu bilik ditolak seluas mungkin.
"Min Hee!!" terkejut mereka bila melihat tubuh Min Hee yang terbaring lemah di lantai bilik.
"Min Hee? Min Hee bangun!" pipi gadis itu ditampar perlahan.
"E-em.." melihatkan respon darinya, terus Jihoon mencempung tubuh Min Hee dan diletakkan perlahan di atas katil.
Min Hee memaksa diri untuk membuka mata. Wajah Jinyoung dan Jihoon yang memandangnya penuh kerisauan itu menjadi santapan apabila dia membuka mata.
"Awak ok tak ni?" Jinyoung membantu Min Hee untuk bersandar pada katil.
"Album apa ni?" Jihoon mengutip kedua-dua album yang berada di lantai bilik.
Seperti Min Hee, tangannya juga ingin membuka album itu.
"Jangan buka!!" larang Min Hee tegas. Terus terhenti niat Jihoon itu.
Kedua album itu kemudiannya diletakkan di atas meja kecil di sebelah katil Min Hee.
"Ma-majlis perkahwinan Hoseok macam mana?" gugup Min Hee bertanya.
"Rasanya belum mula. Majlis mula pukul 12.45 tengahari." beritahu Jinyoung. Mata Min Hee laju melirik jam yang tergantung pada dinding.
Sekarang dah pukul 12. Rasanya dah terlambat untuk dia ke sana. Min Hee menunduk hiba. Adakah ini maksud eomma yang dia akan terlambat? Adakah ini apa yang ingin eomma sampaikan tadi? Ya Tuhan, cukup perit rasanya.
Melihatkan Min Hee yang menunduk seolah ada sesuatu yang tersimpan di dalam hatinya membuatkan Jinyoung bingkas bangun.
"Rasanya saya patut tinggalkan awak berdua dengan Jihoon. Saya tunggu di bawah." kata Jinyoung lalu terus menghilang dari pandangan mata mereka.
"Majlis Hoseok tu.. awak nak pergi ke?" soal Jihoon sedikit pun tidak memandang ke arah Min Hee. Entah kenapa hatinya sakit sekarang.
Min Hee tidak menjawab. Sebaliknya dia cuma mendiamkan diri. Jihoon menghela nafas perlahan.

YOU ARE READING
[C] Mama || 정호석
FanfictionKisah kita tersimpan rahsia dan terkandung segala serpihan duka. Kisah kita bagaikan suatu jampi, yang cukup memukau. Sayang, dapatkah kita bersatu? p/s: Untuk sayangku yang comel, Jung Hoseok❤