Gaun beropol berwarna ungu telah dipilih oleh Zawani untuk Munirah. Cantik adik abang. Sesuai pakai ni. Namun, Munirah tidak ada mood langsung. Betul ke tadi tu bukan mama?. Khai melihat Munirah yang kelihatan murung. Dia menyiku Zawani lalu berbisik kecil.
" Munirah tak apa-apa ke?". Zawani menggeleng. Munirah pula termenung. Gaun yang cantik tidak dipandang. Badan dibongkotkan sedikit untuk memeriksa keadaan adiknya.
" Munirah?. Kenapa ni?. Munirah rindukan mama dan papa?".
" Abang, kenapa mama tinggalkan Munir?".
" Ha'ah. Mama dan papa awak meninggal sebab apa?".
" Munirah tak ingat apa jadi masa Munir masih kecil?". Air mata Munirah menitis-nitis. Zawani terperanjat. Lekas dia mengeluarkan sapu tangan lalu mengelapnya. Aku tak patut cerita semula kejadian dulu. Badan Munirah dipeluk Khaibahar, begitu juga dengan Zawani. Tak nak mengalah nampak?. Aku nak peluk, dia nak peluk jugak!.
" Shhh... jangan nangis ya, sayang?. Abang Zawani ada. Doakan mama dan papa Munirah bahagia di Syurga". Pujuk Khaibahar. Tudung Munirah lencun dek air mata. Munirah didukung oleh Zawani. Mereka membawanya pulang. Lain kali sajalah beli gaun tu. Emosi Munirah sekarang tak stabil.
***
Apartment...Sekilas Ainuddin melihat Khaibahar bertandang ke rumah mereka, dia begitu teruja. Artis pujaan seluruh Malaysia kini berada di hadapannya!. Khaibahar senyum. Ni mesti adik kedua Zawani.
" Abang, serius lah Khaibahar ni kawan abang?!".
" Betul, dik. Dia selalu tolong abang siapkan final project masa dekat Universiti dulu".
" Project apa?".
" Pelan pembangunan 3 D , interior design".
" Wa...tak sangka penyanyi boleh buat interior design!".
" Eheh. Bukan tu je, dik. Abang dah buka sebuah kafe. Kenapa tak ikut sekali?. Boleh tengok".
" Dia busy. Busy je memanjang". Ainuddin mendengus. Apa pulak?!. Aku taklah sesibuk peguam bela!. Cakap orang, dia tu tak sibuk?!. Senang-senang Abang Zawani mempermainkan dia di depan Khaibahar. Bingkai gambar yang terletak bersebelahan sofa Khaibahar, dia mengambilnya. Dua figura tidak kenali sedang bergambar sambil menggayakan tanda love bersama.
" Itu mama papa kitorang masa muda. Lain kan?. Awak tak kenal diorang pun , awak dah tahu diorang sangat peramah dan berbudi bahasa". Ainuddin menunjuk gambar itu. Khai sekadar hanya mengerti seelok-belok tentang sikap kedua ibu bapa mereka bertiga. Bagaimana dengan punca kematian mereka?.
" Eh, Munirah mana?".
" Dia masuk bilik. Tadi dia menangis dekat kompleks membeli-belah".
" Ouh. Dia okey ?".
" Okeylah tu. Nanti pujuk dia dengan coklat Cadbury ya?". Bahu Zawani ditampar oleh Ainuddin. Kasarnya gurauan Abang Zawani. Pujuk pakai coklat?. Dah biasa sangat. Pujuklah dengan komputer tablet ke , handphone Oppo ke , galaxy tablet ke. Cairlah dia. Khai tergelak. Diikuti Zawani.
" Ewah, seronoknya?. Siapa yang buat Munirah menangis?. Abang kan?. Memang tak boleh lah Munirah dengan abang. Abang tak pandai jaga. Biar pakar yang buat". Seolah-olah ada pisau menusuk dada Zawani. Zapp!.
" Lepas ni biar saya je lah keluar dengan Munirah. Abang setakat belikan coklat dengan alat keperluan sekolah dia saja".
" Stop!. Ni dah keluar topik. Boleh saya tanya?. Korang semua tak rindukan mama papa korang ?".
" Kami semua sudah menahan rindu berpuluh tahun lamanya, Khai. Selama itu jugalah kami jadi ' mama' dan 'papa' Munirah".
" ' mama dan papa?'. Bila masa lak abang jadi 'mama' 'papa' Munirah?. Nampak saya sorang je yang ambil berat ". Sekali lagi pisau tertusuk di dada . Sakit doh! . Khai bahar tidak mahu masuk campur lantas dia segera meminta diri.
" Err... Saya balik dulu lah . Teruskan lah peperangan korang ni". Maka, perebutan antara Zawani dan Ainuddin meletus. Munirah mangsanya. Kesian. Nasib baik dia adik mereka berdua. Logik kalau mereka berebut demi mendapatkan perhatian daripada Munirah. Kalau girlfriend, habis-habisan mereka bertarung.
YOU ARE READING
Adik abang suka makan coklat
Fiksi RemajaHari-hari Munirah makan coklat .Tak kisahlah coklat gelap ,coklat putih,biskut coklat semua dia makan .Abangnya,Ainuddin mula risau akan keadaan adiknya yang makan coklat melebihi kuantiti biasa .