5

78 4 0
                                    

Keadaan terasa begitu janggal. Sudahlah terserempak di wayang, kini harus duduk bersebelahan pula bersama termasuklah dengan kawan-kawannya yang lain.

Jihyo mendengus perlahan. Sakura dan Chaeyeon sudah mula bermain mata dengan Jihyo, mahu mengusik gadis itu. Jihyo hanya mengendahkan mereka berdua.

Irene berdiam diri sejak dari Sehun menegur Jihyo sewaktu mereka beratur untuk membeli makanan dan minuman. Moodnya untuk menonton wayang hilang begitu sahaja. Perasaan dengki yang dipendam oleh Irene selama ini muncul kembali.

"This time, I'll make what's hers be mine,"

Irene memandang Sehun yang sibuk memandang Jihyo.

Penonton di dalam panggung wayang itu mula mendiamkan diri setelah tayangan gambar mula dimainkan.

-----

Jeongyeon membuka matanya. Senyuman terukir di bibirnya. Segala rasa ngantuk sudah dibayar dengan tidur yang nyenyak. Namun, baru dia perasan. Dia tidur di rumah kawannya sendiri.

"Omo! Aku tertidur dekat rumah Niel?"

Jeongyeon mula panik. Rasa bersalah menyelubungi dirinya.

"Dah bangun?"

Daniel muncul dari arah dapur dengan membawa sebuah dulang yang berisi dua gelas jus oren dan sepinggan gimbap.

"Daniel, aku minta maaf... Aku tertidur," suara Jeongyeon kedengaran perlahan.

"Gwaenchana. Dah kau ngantuk sangat so aku paham. Tapi ni dah bangun kan jadi teman aku,"

Daniel meletakkan dulang tersebut di atas meja kopi berdekatan.

"Nak pergi mana?"

Jeongyeon mengerutkan dahinya.

"Berborak je,"

Daniel senyum kecil.

-----

"Naeun. Hayoung. Look over there,"

Namjoo menunding jari ke arah empat orang gadis yang baru keluar daripada sebuah bangunan tidak jauh daripada pandangan mereka bertiga.

"Eh, tu Jihyo kan? With Sakura, Chaeyeon and Irene?"

Hayoung bertanya, meminta kepastian.

"Yup.. Dieoranglah tu,"

Naeun mengiyakan pertanyaan Hayoung.

"Tapi, lelaki tu siapa?" kini Naeun pula menunding jari ke arah seorang jejaka yang berjalan bersama Jihyo.

"It couldn't be Daniel since he looks different,"

Namjoo berkata.

"Nak pergi tanya dieorang a.k.a kacau dieorang?"

Hayoung menjungkitkan keningnya. Senyuman sinis diberikan kepada Naeun dan Namjoo.

REFRAIN || KDN X PJH [✔]Where stories live. Discover now