Bab 9

1.4K 82 0
                                    

Hariz macam biasa. Sangat excited nak balik Selangor.  Rindu pada anak anaknya. 

Hariz mendail nombor telefon kakak sulungnya, Hani.

 
***

Tengahari itu sejurus selepas mereka semua habis kelas.  Mereka semua decide nak pergi makan.  Sempat juga Ain diperli Alina.  "Hai kak tak pergi tolong Sir Asyraf ke? Kau kan suka tolong dia." perli Alina itu sungguh kena dengan pelat Sabah yang dimilikinya. 

Ain membuat muka apabila nama Encik Asyraf disebut-sebut Alina.  "buang masa."

"Oii aku lupa nak cerita.  Semalam kan aku text Saiful kan." Warda mulakan penceritaannya. Semua kembali fokus kepada Warda untuk tahu kisah cinta Warda yang selanjutnya.  "haah."

"okay tak dia?  Ke macam pervert ke.  Busuk ke?" sangka Alya pula.  Ketiga-tiga kawannya pandang dia tak berkelip. "dia bukan bbnu." celah Ain

"bbnu?"

"budak baru nak up!"

***

Warda berlari ke perpustakaan untuk bertemu kawan-kawannya yang kemungkinan sedang bertungkus lumus menyiapkan assignment mereka kerana cuti hampir tiba jadi tak nak bawak balik assignment!  Yeah!!

Warda scan kad matrik terus berlari mencari di dalam perpustakaan.  "Cari apa?" soal librarian pada Warda. 

"kawan kawan saya."

"ohh yang kecoh tu ke?"

"Ha?Kecoh?" Librarian itu mengangguk bila Warda seolah-olah tidak percaya yang kawan-kawan dia tu kepoh.  Librarian itu tunjuk di sebelah kiri dan terjumpa lah kawan-kawannya. 

Malu ni nak tegur tengok Ain elok tonggek. Alina pula baring meniarap.  Alya pula sedang berbaring. Tahu lah buat kerja atas lantai tahu lah buat kerja dekat sudut library paling belakang tapi still tak senonoh dey minachi!!

"Korang!" suara Warda terkuat sedikit tetapi masih pandai mengawalnya. Dia melepaskan keluhan tercungap-cungap berlari mencari kawan-kawannya.  "Aku ada berita gembira!!" Jerit Warda seronok dan terlalu excited.

"Apa?apa?" Ain bangun terus pegang lengan Warda nak tahu cerita gembira apa tu. Mereka bertiga bangun terus fokus pada Warda sahaja sekarang ni. Buku dan Assignment dah dicampak tepi.

"Saiful ajak kita pergi Langkawi by this weekend." beritahu Warda sungguh gembira.  Gembira bukan sebab apa tapi sebab nak holiday.

"wow!"

"Serious lah?."

"gila mamat tu." Alya punya sangkaan je biasa biasa saja.  Yang lain semua dah fikir macam macam positif.  "apa maksud kau?" Ain mencelah untuk kembali tanya Warda perihal hal Saiful tadi. 

"dia ajak kita pergi okay.  Kita semua! Transportation and hotel on him!" cerita Warda sangat suka.  Ni lah Warda bila suka dia mula speaking sebab gemuruh jadi tak mampu nak sebut bahasa melayu katanya...

"what!!!" jerit Ain terkejut.  Sekarang satu perpustakaan elok tak tumpu pada mereka terus pandang mereka berempat. Alya mula terdiam.

"So korang free tak?"

"Aku..." baru Alina nak bersuara. Alya dah pancung ayat Alina terlebih dahulu.

"guys aku tak boleh kot." cerita Alya sayu pulak bunyinya.  Dia pun nak pergi tapi kenangkan anak-anaknya dan Hariz pasti rindukan dia. 

"kenapa pulak?"

Alina bangun lalu duduk di sebelah Alya. "Nur Fara Alya. Saya tahu awak rindu boyfriend awak tapi awak kena faham juga.  You need your 'me' time okay.  Jangan lah berkepit je dengan hubsbaby you tu." seloroh Alina tak berlapik langsung membuatkan suasana menjadi hening.  "Halah sekali sekala dia mesti bagi punya. Kan dia cinta hati dunia akhirat kau." tambah Ain menyokong statement Alina. 

"Jom lah please. Jarang jarang kita dapat bergembira macam ni." Warda memeluk lengan Alya. Alya tak sampai hati nak tolak tapi bagaimana ini.

"Aku on je. Parents aku bukan ada dekat rumah pun kalau aku balik. Baik bercuti." Ain bersuara menambah rasa Alya ingin ikut serta. Alina sememangnya tak balik lah kot since rumah dia jauh. Dia memang tak balik. Jadi ini peluang untuk dia ikut serta.

"aku setuju." kata-kata Warda telah menambahkan keyakinan Alya lalu bersetuju untuk ikut turut serta bercuti ke Langkawi.  Tapi bad....

***

Tamat saja training bola petang itu.  Hariz tak berehat langsung. Dia terus mandi dan sambung buat assignment yang membukit. 

Kadangkala penat juga sehingga pening kepala tetapi nasib baiklah si Zafri teman sebilik ni jenis oldschool sebab dia ada banyak koleksi ubat. Jadi Hariz tinggal minta je dapat. 

Hariz memicit kepalanya pening.  Ditelan panadol actifast dua biji dua biji dua biji sejak siang tadi. Baru nak setting balik kepala yang dah biul.  Hariz mendapat call dari sang isteri, Alya. 

Tak pernah pernah call malam malam malam buta ni sangka Hariz di dalam hatinya.  Pelik pelik je Alya ni. Eleh rindu lah tu. Kata jelah rindu nak peluk Hariz. Peluk cara LDR

"Rindu abang ke? Sini meh abang peluk." Hariz mulakan bicara dengan gembira sekali.

*to be continued...

Kerana Adam Iskandar 2: Cinta Kita Where stories live. Discover now