Part 11

435 13 15
                                    

“Timah! Janganlah ambik anak aku! Itu anak aku Timah! Tu Eiman....” Aku meraung-raung memegang kejap bayi lelaki. “Eyza, ana...k ka..u dah meningga dunia... ni anak mereka berdua Eyza...” Fatimah memandang lama wajahku. Matanya sudah berair. Aku masih lagi berdegil tidak menyerahkan bayi itu kepada pasangan suami isteri itu.

“Eyza... kau tak kesian ke ibu dia? Itu anak dia bukan anak kau... jangan terlalu ikutkan perasaan kau... sebagai orang islam kau perlu redha Eyza... aku tahu bagaimana penderitaan yang kau alami. Tapi kau janganlah berputus asa dalam hidup! Kau tak boleh jadi lemah macam ni! Dengar apa yang aku nak cakap. Kau mesti bangkit Eyza! Kau berhak untuk bahagia! Kau layak! Aku tak sanggup tengok kau terus hanyut dengan khayalan kau. Terimalah kenyataan anak kau dah tak ada...” Fatimah sudah berderaian air mata. Makin erat pelukkannya.

Bayi lelaki yang berada dalam dakapanku, ku kucup penuh kasih. Mataku pejam serapat-rapatnya. Air mata kian merembes ke pipiku. Aku menoleh pada pasangan suami isteri yang berada dihadapanku lalu bayi lelaki itu kuserahkan kepada mereka berdua.

Sudah 2 tahun berlalu, namun bukan mudah untuk melewati hari demi hari dengan hati yang redha. Ibu mana yang tidak sayangkan anaknya? Kepergiaan anakku adalah sesuatu kehilangan yang teramat memeritkan. Ya Allah, mengapa tidak aku sahaja yang kau cabut nyawaku? Kenapa kau ambik nyawa anakku Tuhan?

Lidahku tidak berhenti memanggil-manggil nama anak sulungku. Anak yang ku kasih dari rahimku telah disahkan meninggal dunia kerana kegagalan jantungnya berfungsi.

“Kak, bagi pihak kawan saya, saya nak mintak maaf kak. Kawan saya tengah sakit. Dia masih bersedih, sampai sekarang tak boleh nak terima hakikat anak dia dah meninggal dunia.” Jelas Fatimah dengan itonasi suara yang sayu.

“Saya faham keadaan yang kawan awak hadapi sekarang. Awak sebagai sahabat dia tiupkanlah semula semangat dalam diri dia yang sudah hilang. Nasihat saya, lebih elok awak bawak sahabat awak ke hospital pakar sakit jiwa. Kali ini dia mungkin lagi boleh kawal emosi, entah hari-hari akan datang anak jiran lain pula dia ambik. Kita tak boleh nak salahkan dia sepenuhnya. Wanita lepas lahirkan anak biasanya memang mudah jadi gila. Lebih-lebih lagi bila kematian anak.”

Berdesing telingaku apabila mendengar kata-kata ibu muda itu. “Hoii aku tak gila! Anak aku tak mati! Eiman tak mati! Kenapa kau semua asyik-asyik cakap anak aku mati?! Dahlahh! Aku nak pergi cari anak aku.... Eiman!!! Ibu sayang Eiman... Eiman mesti lapar kan? Ibu nak susukan Eiman... Ibu nak peluk Eiman... Ibu nak cium Eiman...” Aku menyusun langkahku perlahan-lahan dengan menopang tongkatku dalam keadaan pilu yang sedang mengasak hatiku.

“Ya Allah Eyza... kau nak pergi mana? Dari semalam kau tak jamah makanan. Kau sakit nanti Eyza. Kau nak ke nanti Eiman tengok kau sakit mesti dia bertambah sedih. Kenapalah ibu degil sangat tak makan. Makanlah sikit ya Eyza. Lepas tu boleh kita jenguk Eiman.” Kelihatan wajah Fatimah sedang menahan sebak. Fatimah berterus-terusan memujukku.

Aku laju mengesat air mataku dengan tapak tanganku. Bibirku kembali mengukir senyuman. “Eiman nak aku makan? Eiman sayangkan aku kan Timah? Aku nak makan Timah... cepatlah Eiman tunggu aku tuu...” Aku beria-ria menarik tangan Fatimah.

“Ya... kau kan ibu Eiman... mestilah dia tak nak tengok ibu dia sakit... mari kita balik ya Eyza...” Fatimah menguak ke belakang rambutku yang terjutai. Aku mengangguk-angguk sambil tersenyum riang.

.....

“Asalamualaikum umi... orang dah jumpa Eyza ni..” Fatimah kejap benar memaut lenganku. Aku hanya berwajah binggung.

“Eiman... ibu makan kejap ya... nanti lepas ibu makan, ibu jenguk Eiman tau... tunggu ibu ya sayang...” Aku berada dalam duniaku sendiri. Sedikitpun aku tidak menghiraukan orang sekeliling.

Mengharap Sebuah KebahagiaanWhere stories live. Discover now