Hujan yang basah menuruni bumi membuatkan air mata yang dikeluarkan Yoongi tidak kelihatan. Kenapa? Kenapa takdir suka bermain dengan dirinya? Hari yang sepatutnya gembira bertukar menjadi duka apabila dia mendengar berita tentang kemalangan buah hati kesayangannya. Langgari lari, mati ditempat kejadian. Kata-kata doktor tadi bagaikan sembilu yang menusuk dadanya ketika itu. Terasa sesak dengan pelbagai rasa. Hari jadinya yang sepatutnya disambut dengan gembira menjadi hari yang targis.
"Yoongi... Dah la tu, janganlah bersedih lagi."
Yoongi mengusap air matanya perlahan sambil tersenyum tawar.
"Tapi, eomma... Anak eomma dah mati..."
Yoongi berkata dalam sendu membuatkan Pn Kim mengusap belakangnya perlahan.
"Jangan nangis, Minyoung tak akan suka tengok kamu menangis macam ni."
Kata-kata Pn Kim membuatkan Yoongi semakin sebak. Kim Minyoung, nama buah hati kesayangannya. Nama yang indah seperti juga orangnya.
"Yoongi, ni sebenarnya Minyoung ada tulis surat kat kamu. Harap kamu bacalah."
Surat yang dihulurkan Pn Kim diambil dengan tangan yang bergetar. Dia menarik nafasnya perlahan sebelum membaca surat tersebut. Tetapi, ayat yang berada diakhir surat tersebut membuatkan dahi Yoongi berkerut.
"Yoongi, awak sayang saya kan? Boleh tak tunaikan hajat saya? Boleh tak awak cuba cintakan kembar saya Kim Nayoung yang tengah belajar kat America kalau saya mati nanti... I love you, Min Yoongi..."
YOU ARE READING
Take Care Him For Me
FanfictionWhen Min Yoongi lose her lover at one accident. One letter from her make his spechless. The letter said to make her twin to fall in love with him. Min Yoongi Story Malay Fanfiction © Cover from VSHUBBY GRAPHIC SHOP 2.0💕😍