Beban

4K 138 6
                                    

"Adam!! Finally I found you!" ujarku sesak nafas berlari sana sini dalam Mall. Dia bagi masa 10 minit untuk aku cari dia. Aku berjaya juga cari dia dalam 5 minit lebih. Dia kat kedai serbaneka rupanya. Huh nasib aku masuk kedai tu.

"Congrats." balas Adam dengan nada seperti tiada moody. Kenapa Adam macam takde mood ni. Semalam siap bagi pickupline malam.

Main pickupline dengan isteri orang.
Kalau Aizat tahu. Masaklah Adam.

"Hey.. What's wrong with you?" tegurku. Aku menyiku perutnya. Adam hanya mampu tersenyum nipis.
Kalini saat melihat senyuman nipis Adam, hati aku berasa tidak selesa.
Lebih tepat kurang enak.

"Follow me Lia. I have something to tell you"

Adam membawa aku ke sebuah kedai makan. Meriah sungguh dengan kebisingan kedai makan ini. Mungkin kedai makan terfamous dan sedap.
"Beritahulah" kataku sambil menongkat dagu. Menunggu bicara dari bibirnya yang kemerahan. Tiada tanda yang dia menghisap rokok. Untunglah sape dapat dia.

"Saya ada waran untuk tangkap suami awak. Arahan dari polis dan tuan saya. Adakah awak sanggup melepaskan suami awak pada saya?"

"M-Mustahil"

Aku tidak terkata.

***

"Kau pegi mana?" soal Aizat bersandar di pintu utama masuk. Aku menghiraukan Aizat dan lalu masuk dengan selamba. "Kau pekak ke?!" rambutku terus ditarik oleh Aizat. Ohh please Aizat.. Sia sia aku buka tudung ketika sampai dalam garaj.

"Kau diam boleh tak?!! Penatlah aku nak layan kau macam ni lagi. Kau asyik cari salah orang je. Ingat kau tu tuhan?!!!"

"Tengku Amalia Qistina.. Aku ceraikan kau dengan talak tiga"

Aku terbangun dari mimpi ngeri. Dahiku basah dengan peluhan. Ku pandang Aizat yang lena di sebelahku.
Oh tuhan sesungguhnya aku sayangkan dia. Aku mencintai dia lebih dari diriku. Air mataku mula bergenang. Kenapa bila aku bersama Aizat. Ada sahaja perkara buruk melanda. Aku benci dugaan sebegini.
Aku menggigit bibir supaya tidak mengeluarkan bunyi. Tapi gagal.

Aku tidak mahu berpisah dengannya Ya Allah. Dialah yang paling bernilai dalam hidupku. Segaduh gaduh kami pun. Tetap tidur sekatil dan tinggal sebumbung. "L-Lia?" Aizat yang masih mamai menggosok matanya. Dia meletakkan dagunya di atas bahuku.
Air mataku terus dihapuskan. "Awak menangis ke?" serak suara Aizat menandakan dia masih separuh alam mamai.

"Ehh manade. Awak mamai ni" nafiku. Aizat menjuihkan bibirnya kedepan. "Tidurlah" kataku lembut dan menggosok rambut Aizat. Dia mencium pipiku. Tiba tiba dia memeluk tubuhku dan sama sama baring semula di atas katil. Aku mengiring tengah menghadapnya. "Saya minta maaf pasal semalam" jelasku. Aku melentokkan kepalaku di bidang dadanya.

"Emm.. Tidurlah. Saya tak amik hati pun" kata Aizat menepuk punggungku seperti budak kecil mendodoikanku.
Lama kelamaan kedengaran dengkuran halus miliknya. Eyy dia tidurkan orang dia yang tertidur. Aku mencuit hidungnya geram. Kemudian aku mengenang semula kata kata Adam.

"Apa aku nak buat ni?"

***

Pov Aizat

Sejak kebelakangan ini. Jarang aku nampak susuk tubuh Lia. Takkan dia kerja 24 Jam. Aku kerja pun kalau malas serahkan pada PA je. Alisyia dah lama berhenti dari kerja PA. Aku pecat dia. Nyampah haku asyik muka dia kena hadap kat office. Alisyia pulak asyik menggedik je keje. Even kami kawan pun dulu. Dia tak segedik ini. Hmm benarlah. Hati manusia boleh berubah.

[C]Gangster Mafia Suami aku???Where stories live. Discover now