♔BAB 017♔

33.6K 442 39
                                    

❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀

"𝕾o, why are you crying?"

Qhyla tersentak dan segera menoleh. Dia terkejut melihat kehadiran orang asing yang menanyakan keadaannya.

"Did something bad happen to you?" Iqbal menyeringai nakal lalu menarik kembali langsir putih. Meneliti wajah gadis itu, dia pun sudah tahu dan kenal siapa diri Qhyla.

"A... Awak ni siapa?" Tanya Qhyla dengan gugup. Dia pun tidak tahu kenapa dia tiba-tiba menangis. Bila tersedar saja, perasaan sedih itu menyerang dirinya.

"Wait, kau ni budak baru tu kan?" Tanya Iqbal dengan sebelah alisnya dinaikkan. Qhyla tergamam. Dia tidak tahu apa yang lelaki itu maksudkan. Adakah lelaki itu mengenalinya?

"Awak kenal saya? Tapi awak ni siapa?" Tanya Qhyla lagi. Cuba berjaga-jaga.

Iqbal terkekeh mendengar pertanyaan itu. Baginya, Qhyla memang sangat polos.

Wajah Qhyla dipandang lebih dekat lagi oleh Iqbal. Membuatkan Qhyla terpaksa memundur ke belakang sedikit kerana ketakutan jika Iqbal melakukan sesuatu yang buruk padanya.

"Tengku Fiq Iqbal." Singkat Iqbal memberitahu namanya. Qhyla perlahan-lahan membuka kelopak mata. Memandang Iqbal tidak percaya. Baru dia tahu dan kenal siapa Iqbal kerana melihat lelaki itu dari dekat begini.

"Tengku? Maknanya... Awak juga dari kerabat diraja? Awak pun ada slave juga ke?" Teruja Qhyla menyoal Iqbal.

"Itu tak penting. Yang peliknya sekarang ni, kau sakit apa sampai menangis macam kaki nak kena potong?" Iqbal mula duduk di birai katil. Memperhatikan saja lekuk badan Qhyla yang agak menggoda di matanya.

Qhyla mengerutkan dahinya. "Salah ke kalau saya nak menangis?"

"Ada aku kata salah ke? Aku tanya je kan sebab apa kau nangis."  Iqbal mengelus lembut pipi Qhyla. Gebu rasanya.

"Saya cuma sedih..." Luah Qhyla.

Iqbal terkekeh lagi. Dia mengangguk perlahan.

"Kenapa? Tak best ke jadi slave putera kerabat diraja?" tanya Iqbal dengan senyuman mengejek. 

Qhyla terdiam saja sambil menunduk dengan rona merah di pipinya. Dia sungguh malu kerana diejek oleh Iqbal dengan pertanyaan yang menusuk ke hatinya itu. 

"Kau slave kepada Tengku Farhan Hayder ke?" 

Qhyla terus dongak dan menatap Iqbal. Bagaimana lelaki itu boleh tahu secepat ini?!

"Saya..."

"Jangan nak tipu. Aku dah tahu yang kau ni slave kepada Farhan. Apa-apa pun, sorry kacau kau. Aku pergi dulu." 

S1: Demi My Slave (In-Editing...)Where stories live. Discover now