03

4 0 0
                                    

Destiny

Bab 3

-----------------------------------------------------------

Ok, harini cuti. Apa aku nak buat eh? Dahlah sunyi. Papa pergi oversea. Mama? Ermm..dia dah takde.

Masa aku 8 tahun dia meninggal sebab kanser. Hahah aku takleh lawan takdir kan?

Mama pernah kata, selalu jadikan diri umpama matahari yang menyinari hidup orang lain.

Sebab tu lah aku ceria semacam. Hihi.

Teringat kat mama. Nama dia, Kim Su Jung, doktor terkenal kat Seoul.

Tapi, takdir tak boleh dijangka. Kanser yang dia sendiri tau apa penawarnya dah rosakkan kehidupan dia.

"Mama, Jungyeon harap mama tenang kat sana. " Aku cuba untuk tersenyum walaupun pada hakikatnya memang payah.

------

Gadis itu tersenyum diiringi air mata yang mengalir.

'Ting!'

Satu mesej masuk. Jungyeon segera menyemak mesej tersebut. Dari Taehyung.

"Taehyung ajak pergi jalan jalan? " Air matanya diseka laju lalu dia pergi untuk bersiap.

------

"Wah, cantiknya tempat ni!! " Jungyeon terlopong melihat keindahan taman bunga yang dilawatnya.

Taehyung tersengih melihat telatah Jungyeon.

"Saya nak selfielah!! " Jungyeon mengeluarkan telefon pintarnya.

"Hehe, cantiknya! " Ujar gadis itu teruja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hehe, cantiknya! " Ujar gadis itu teruja. Taehyung hanya tersenyum.

"Jom, kita pergi sana pulak. " Taehyung mengajak gadis itu. Dia mengangguk.

------

"Taehyung, terima kasih tau. "

Taehyung yang menikmati aiskrimnya menoleh kearah Jungyeon pelik.

"Terima kasih sebab apa? " Soalnya.

"Sebab, awak bawak saya jalan jalan pastu belanja aiskrim coklat! " Gadis itu tersenyum ceria.

Taehyung menggeleng. "Tak perlu pun awak nak cakap terima kasih. "

"Alaa..saya dah tercakap dah pun. " Bibir merah Jungyeon memuncung.

------

Aku ketawa melihat bibir Jungyeon memuncung. Umur dah 17, tapi perangai macam budak 7 tahun.

Takpe, aku still suka.

"Taehyung, aiskrim saya dah habis. " Tiba tiba Jungyeon bersuara.

"Awak nak beli lagi ke? " Soalku.

Dia mengangguk laju. Aku mengeluarkan duit lalu menghulurkan padanya.

Dia segera membeli aiskrim.

Sempat aku tersenyum simpul melihat Jungyeon. Bukan apa, dia ni ceria semacam.

Dengan kucing pun nak bertegur sapa. Kau rasa?

Kalau setakat 'hai kucing!! ' itu takpelah. Yang Jungyeon ni, siap cakap..'kalau ada masa, datanglah rumah saya! '

Kau rasa kucing boleh faham ke?

------

"Taehyung! Termenung apa tu? "

Taehyung yang sibuk melayan fikirannya terkejut melihat Jungyeon yang sudah berada disebelah.

Taehyung menggeleng. "Takde apalah."

Aiskrim vanillanya dijilat. Sesekali matanya melihat sisi wajah Jungyeon.

Memang cantik tapi lebih kepada cute

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Memang cantik tapi lebih kepada cute.

Eh, Taehyung..apa kau buat ni?

Taehyung pantas menggelengkan kepalanya lalu menikmati aiskrimnya semula.

------

Lelaki itu mendengus kasar. Berita yang diterimanya tadi membuatkan fikirannya bertambah kusut.

"Papa, kau kena kuat demi aku. Susah payah aku hantarkan kau pergi London nak sembuhkan kau, makin kau sakit pulak? Kuatkan diri papa demi Jungkook please.." Ujarnya sendiri. Air matanya bertakung.

Dia dah serik kehilangan orang yang dia sayang. Janganlah tambah kesedihan dia lagi.

Dinding biliknya ditumbuk kasar. Perasaannya bercampur baur. Marah, sedih, dan kecewa.

Darah pekat yang mengalir dibuku limanya ditahan. Jeon Jungkook kuat, dia tak lemah.

Tapi, kalau melibatkan rasa sayang, dia lembik.

Jangan pernah mainkan perasaan dia. So, jangan menyesal kalau Jungkook takkan lepaskan kau.

------

"Papa! Akhirnya papa balik jugak. " Badan papanya yang baru balik dari luar negara itu dipeluk erat.

Pelukannya dibalas. "Papa rindu kamu. Macam mana dengan sekolah kamu? Ok? "

Jungyeon mengangguk laju tanda ok.

"Hmm..baguslah kalau macam tu." Kepala anaknya diusap lembut.

"Papa naik bilik dulu eh? "

Gadis itu mengangguk lalu memerhati papanya yang sedang menaiki tangga.

Langkahnya diatur ke dapur untuk menyediakan makan malam buat dia dan papanya.


























Hi semua! Macam mana, ok? Sorry kalau agak menghampakan. Huhu

Ouh, k bye author nak makan.

😆😆😆😆😆😆😆😆😆😆😆😆😆😆😆😆😆😆😆😆😆😆😆😆😆😆😆😆

DestinyWhere stories live. Discover now