Bab 7

50 3 0
                                    

Hujung minggu seperti ini biasanya orang lain mengambil masa untuk berehat tetapi bagi Annissa, tiada ruang berehat untuk dia. Awal pagi lagi dia sudah menyiapkan nasi lemak sambal sotong kegemaran anak-anak. Setelah siap bersarapan, Annissa mengasingkan pakaian yang untuk dibasuh tangan dan pakaian yang boleh dibasuh dengan mesin. Mujurlah dia membeli sebuah mesin basuh washer+drier, berbaloi. Tidak perlu dia menjemur pakaian lagi, tunggu kering sahaja. Sementara pakaian siap dicuci dan dikeringkan, dia mengemop pula dan disambung dengan melipat pakaian yang menimbun.

Sementara Rafi belum bangun tidur, baik dia cepat siapkan. Nanti hero nya itu bangun, habislah satu apa pun tak menjadi. Selesai melipat, dia mengemas almari Sara dan Rafi. Pada hari biasa, kadang-kadang nak cepat, pakaian yang berlipat kemas pun jadi bersepah. Setelah semua selesai, Nissa membuat secawan kopi dan membuka laptop, untuk menyiapkan saki baki kerja yang belum siap. Bila anak-anak sudah bangun nanti macam-macamlah aktiviti, nak mandi kolamlah, nak pergi jalan-jalanlah.

Jam sudah menunjukkan pukul 7.40 pagi, Sara dan Rafi masih enak dibuai mimpi. Nissa bangun membuka pintu frontload drier nya, dan mengeluarkan pakaian yang telah pun kering.

Tiba-tiba dia terasa satu ketulan kertas di poket seluar yang ditarik keluar dari mesin pengering itu. Oh, business card bekas bapa mertuanya yang direnyuk tempoh hari. Dia membuka renyukan kertas itu, pasti yang tiada kesan yang tertinggal namun apabila dibuka, dia masih boleh membaca nombor telefon yang tertera. Mungkinkah ada peluang kedua untuk dia dan anak-anaknya dan bekas mertuanya itu menjadi sebuah keluarga.

*******

"Mommy, can I ask one question?" Sara hanya duduk memerhatikan kanak-kanak lain bersama keluarga masing-masing di taman tema air Sunway Lagoon itu, sambil adiknya Rafi cuma menguis-nguis air dengan kaki. Seronok memerhati air ombak buatan manusia yang persis pantai sebenar itu. Selagi mommy tidak bangun, selagi itulah dua beradik itu akan berada dekat dengan ibunya. Tidak berani untuk bermain air sendiri.

"yes Sara, sure", berkerut dahi Nissa memandang anak gadisnya yang selama ini kalau nak bertanya tidak pernah pula meminta izin. Kenapa tiba-tiba pula ni?

"As long as I can remember, there are only you, me and Rafi..Is there no one else, I mean...other than Daddy?" Ayat terakhir diujar perlahan namun jelas kedengaran di telinga Nissa. Perkataan daddy itu jauh di hujung ingatan Sara. Dia tahu daddy nya ada tetapi tidak pernah muncul sejak lahir adiknya Rafi.

Terkedu Nissa seketika. Segera dipeluk anak gadisnya dan tanpa sedar Nissa menangis sambil memeluk Sara.."I'm so sorry Sara and Rafi had to go through apa yang Mommy dah lalui. Mommy minta maaf sayang. I'm so so sorry. I never meant for your life to be like this, like mine. I am so sorry". Tidak pasti adakah anak gadisnya yang berumur enam tahun itu faham ataupun tidak, tapi tiada lagi kata-kata lain yang lebih sesuai diujar ketika ini selain permohonan maaf. Sebenarnya dia bukanlah sedih tetapi dia kecewa kerana pilihannya untuk berkahwin dululah yang berakhir dengan kekecewaan ini. Anak-anaknya tidak bersalah, kenapa mereka juga perlu melalu nasib sepertinya.

Sara mendongak memandang ibunya, antara faham dan tidak. Dia kemudiannya tersenyum. "Its ok mommy, its just you, me and Rafi against the world kan?" dia senyum menayangkan lesung pipit dan barisan gigi yang cantik dan kemudian menghadiahkan sebuah ciuman di pipi ibunya, tanda kasih sayang yang tidak berbelah bagi.

Rafi yang tidak faham kenapa mommy menangis di tempat yang seronok seperti itu hanya memeluk lengan Nissa dan berkata, "i love u mommy,"

Nissa menyeka air matanya, tersenyum dan mencium pipi Rafi dan Sara bertalu-talu, "I love both of you, sooo much,"

"now can we go splash some water and shoot that water cannon to Rafi please...lepas tu Sara nak panjat that hanging bridge over there, boleh kan mommy?"

"Yes, anything you want sayang", sambil memimpin tangan Rafi yang terkedek-kedek cuba menyaingi kakaknya. Kulit putih merahnya sudah semakin merah disiram cahaya matahari pagi yang sudah beransur tengahari.

Begitulah rutin hujung minggu penghuni kota. Taman tema air, kolam renang, shopping mall, zoo, petting zoo..dan mungkin beberapa pilihan lagi. Kalau rajin, Nissa akan memandu keluar dari bandar menuju ke pantai di Port Dickson atau ke air terjun di Hulu Langat.
Demi menggembirakan hati anak-anaknya, apa pun dia sanggup, asalkan kekosongan kasih seorang ayah itu dapat diisi. Mujurlah setakat ini, Nissa dapat menangani anak-anaknya dengan mudah. Jarang ada masalah. Menangis pun tidaklah sampai membuatkan dia tertekan. Masih boleh ditangani. Dia dikurniakan dengan anak-anak yang mudah dipujuk, dan untuk itu dia teramat bersyukur.

Agaknya, kalau pakai cape superhero tu, dah boleh bergelar supermom dah agaknya.

***"***

Setelah anak-anaknya tidur, Nissa seperti biasa melangkah ke balkoni rumahnya untuk mengambil angin. Terngiang-ngiang pertanyaan Sara ketika di Sunway Lagoon pagi tadi.

"As long as I can remember, there are only you, me and Rafi..Is there no one else, I mean...other than Daddy?"

.."I'm so sorry Sara and Rafi had to go through apa yang Mommy dah lalui. Mommy minta maaf sayang. I'm so so sorry. I never meant for your life to be like this, like mine. I am so sorry".

Nissa menyeka air mata yang jatuh ke pipi. 9 tahun yang lalu dia menyangka Haziq adalah jawapan terbaik kepada persoalan ini.

"I promise to take care of you Nissa. Please say yes. I will never break your heart, I will always be with you, stay with you through pain and happiness", kata Haziq ketika dia melamar Nissa di hadapan bangunan House of Parliament di Kota London saat Haziq dan dia keluar berjalan-jalan. Nissa yang ketika itu dibuai bahagia, tersenyum, hatinya benar-benar jatuh cinta buat pertama kali. Nissa mengangguk, setelah diam seketika. Haziq mencapai tangannya dan mencium jarinya sambil berkata, "I promise to make you happy,".

Janji yang hanya tinggal janji. 9 tahun yang lalu, dia jatuh cinta. Nissa tidak menyesal menyintai Haziq. Sara dan Rafi adalah rezeki yang diberi Allah kepadanya dan dia tidak akan pernah menyesal.

Yang disesalkan adalah anak-anaknya membesar tanpa seorang ayah. Kalaulah Haziq sekurang-kurangnya menjalankan tanggungjawab sebagai ayah, alangkah bagusnya. Bercerai bukan bermakna anak-anak dan ayahnya mesti berpisah. Hmmm Haziq dan masalah egonya yang tak habis-habis.

Tak Henti GeloraWhere stories live. Discover now