Terdapat raksasa sedang menyerang bandar. Keadaan bandar tersebut sangat kucar-kacir. Ramai penduduk sedang berlari untuk mengelak daripada bangunan-bangunan yang bakal runtuh itu. Kana juga sedang cuba untuk lari namun gagal kerana kakinya seliuh.
Terdapat bangunan yang hampir terkenanya. Tiba-Tiba... "Shinae!" Kana terdengar suara jeritan seorang lelaki dan bangunan yang hampir terkenanya itu meletup. Kana buka mata. Rupa-rupanya Kacchan yang selamatkan dia. "Kacchan!" jerit Kana.
GEDEBUK!
Kana terjatuh dari katil. "K-k-kenapa?!! Bukan senang aku nak mimpi Kacchan!" marah Kana. Dia berusaha untuk bangun. Dia ternampak jam menunjukkan hampir pukul 7:45AM.
"FECKKK! Aku dah lambat!!!" ujar Kana. Dengan pantasnya dia bersiap. Kana sempat memberus gigi dan membasuh muka je. Selebihnya dia pakai deodorant dan perfume dengan banyak. Kelas akan bermula dalam pukul 8AM.
Kalau hari biasa Kana ok je nak lambat. Tapi harini ada quiz! Dengan Mrs. Ziana pulak tu. Memang habislah dia kalau lambat.
Cepat Kana turun ke bawah. "Kana? Nak sarapan dulu?" pelawa ibunya. "Its okay ibu. Kana dah super lambat ni. Bye!" ujar Kana dengan bergegasnya. Cepat dia start enjin. Dia sempat memanaskan enjin dalam 2 minit je.
Sampai di kampus, Kana terus bergegas ke kelas. Dahlah tingkat 5. Takde lift. Sempat Kana mengerling ke arah jam tangannya. Jam menunjukkan pukul 8:05AM. Kana hanya mampu tawakal.
Kana mengetuk pintu dewan kuliah. "Assalamualaikum." ujar Kana. Mrs. Ziana merenung Kana dengan tajam. Kana menelan air liur.
"Waalaikumsalam Kana.. Meh lah masuk..." ujar Mrs. Ziana dengan lembut. Ok ni seram. "O-Okay miss." ujar Kana sangkut-sangkut.
"Nah ambik soalan quiz ni." Mrs. Ziana menghulurkan kertas soalan quiz. "Thank you Miss. Sorry tau lambat." ujar Kana. "Takpe, you lambat 5 minit je." ujar Mrs. Ziana. Kana menunduk hormat dan mengambil tempat duduk.
Kana mencuit orang depannya. "Bukan aku ke yang paling lambat? Asal miss tak marah siot?" tanya Kana kepada rakan sekelasnya Amirah. "Kalau diikutkan memang kau lah paling lambat. Dahlah gi buat quiz tu. Kau dahlah carrymark paling critical dalam kelas ni." ujar Amirah. Kana menjeling. Sebab ayat Amirah tu macam nak merendahkan dia.
Jam menunjukkan pukul 8:30AM. Tiba-tiba pintu terbuka dengan ganas. Terkejut pelajar-pelajar dalam kelas tersebut. Seorang lelaki muncul. Dengan selambanya dia mengambil soalan quiz daripada meja Mrs. Ziana.
"Hello?! You masuk tak bagi salam tak ketuk pintu. Masuk-masuk terus ambik paper?" tanya Mrs. Ziana.
"I dah lambat ni miss. Nanti je eh kita gaduh." ujar lelaki tersebut dengan selambanya. Dengan selambanya dia duduk di sebelah Kana. Padahal boleh je jauh sikit.
Nampak dengan jelasnya Mrs. Ziana menahan marah. "Ok! Jumpa I habis kelas nanti!" marah Mrs. Ziana.
Kana memandang lelaki yang berada di sebelahnya itu. Mereka berdua je yang duduk di barisan belakang atas. Sebelah-sebelah pulak tu. Agak pelik disitu.
"Emm kalau kau duduk sebelah aku sebab nak tiru, kau dah salah orang bro. Aku ni budak paling noob dalam kelas." ujar Kana sambil-sambil senyum awkward.
Lelaki itu buat bodoh je. Dia dah mula menjawab soalan sendiri. Barulah Kana sedar yang dia ni perasan je.
Jam menunjukkan pukul 8:48AM. Kana masih lagi merenung soalan yang ditinggalkan sebab tak tau nak jawab. Tiba-tiba lelaki disebelahnya itu bangun dan menghantar kertas quiz itu kepada Mrs. Ziana. "Wow, dah siap dah? Lets see." ujar Mrs. Ziana. Dia membuka kertas jawapan lelaki itu. Mukanya bertukar menjadi geram. Maksudnya jawapan lelaki itu mungkin betul semua. Atau memang banyak betul.
YOU ARE READING
The Reality
RomanceMengisahkan seorang perempuan, namanya Kana (Katrina). Merupakan seorang otaku tegar. Kana selalu mengidamkan husbando (anime) nya muncul dalam reality. Sampai satu hari dia sedar yang sorang mamat ni, memang perangai sebijik husbandonya Katsuki Bak...