“ Aku hanya inginkan untuk kau rasa selamat. Aku ingin kau hidup tanpa jiwa yang berat. ”
↭
Siapa wanita ni? Aku tak kenal dia. Kenapa dia menangis? Sedihnya. Aku nak peluk dia kuat - kuat supaya sedih dia berkurangan.
"Yunhee... Yunhee sayang. Ni ibu sayang. Ini ibu." Wanita itu tiba - tiba sahaja cuba memeluk aku. Sudah tentu saja aku ketakutan namun tak sampai hati untuk menolaknya.
Pelukan hangat wanita itu aku balas kembali. Aku tak akan nafikannya, aku sukakannya. Membuatkan aku rindu dengan pelukan mama.
Bercakap soal mama, di mana mama? Sudah seharian aku tak nampak dia. Pegangan wanita itu aku rungkaikan perlahan - lahan. Lelaki di sebelah aku, aku pandang penuh harapan.
"Tuan, maafkan Miyoung kerana bertanya." Dengan senyuman, aku meminta kebenaran terlebih dahulu. Adab. Mama kata kena beradab bila bercakap atau bertemu dengan orang lain. Tidak kiralah tua atau muda.
Lelaki di sebelah aku tersenyum nipis. Bagai memberi aku kebenaran untuk bertanya.
"Tuan tahu di mana mama? Mama Miyoung kata dia akan balik hari ni." Wanita itu tiba - tiba sahaja menangis lebih kuat. Aku gelabah. Aku ada buat salah ke?
Lelaki itu melepaskan keluhan berat sebaik sahaja mendengar soalan aku. Kenapa ni? Aku rasakan macam ada sesuatu yang tidak kena. Tapi apa?
"Miyoung, maafkan saya tapi saya perlu berterus terang. Saya harap kamu boleh bersabar." Lelaki itu duduk sebelah aku.
Tangan digenggam saat mendengar bicara lelaki itu. Takut. Takut dengan berita yang akan disampaikan.
"Lee Minhee bukan mama kamu yang sebenar. Minhee menculik kamu sewaktu kamu berumur 6 tahun. Kamu ingat tak?"
Dup...
YOU ARE READING
[C] Vlàdimir. pjm
Fanfiction"Ya liublyoo tibya bol'she fsivo na sveti, sólnyshka. (I love you more than anything, little sun.)" Orang lain kata, dia lelaki berperangai raksasa. Mana mungkin merasakan cinta. Namun orang lain juga silap, kerana kasih lelaki itu terhad. Tersedia...