Bab 1: The Hanging Gumantung

39 3 0
                                    

Kawan, ada sebuah kisah yang terkenal berlegar-legar di tempat asal Yapa sejak generasi dahulu lagi. Adapun  tempat asal beliau adalah sebuah daerah dipanggil Kudat yang  terletak di bahagian utara Borneo. Ia juga sebuah tempat diduduki kebanyakan kaum Rungus, tempat dimana orang-orangnya seperti selalu marah-marah padahal bahasa Momogun yang mereka tuturkan dengan suara yang lantang menampakkan mereka seperti orang yang memerlukan khidmat pengurusan marah. Tetapi tidak, kalau kau menjejakkan kaki ke rumah mereka, aku jamin layanan mereka layaknya seperti layanan di hotel lima bintang. Baik hati dan friendly ya ampun jangan cakap.

Balik kepada cerita tadi, tidak pernah kuketahui pun kisah itu dari sesiapa. Tetapi, terima kasih kepada sahabat dan Nenekku yang suka berkicau, akhirnya dapat juga kukisahkan kepada anda disini. Seperti ikan yang kekaparan di daratan lalu dilepaskan ke laut juga, begitulah isi hatiku sekarang, luas dan merdeka. Kegatalan tanganku akhirnya akan berjaya membawa anda ke sebuah fantasi yang mengkhayalkan walaupun hanya sekadar lisan sahaja.

Malam itu, tidurku bagai cacing kepanasan. Bergolek sana-sini sehingga adikku merengek tidak selesa dan aku kembali ke posisi diam. Mataku tertumpu pada api lampu minyak tanah yang meliuk-liuk ditiup bayu nakal. Mungkin mataku ada di situ, tetapi fikiranku masih segar kembali pada peristiwa senja tadi.

“Itu bukit tuuunaaaaa ada Rogon tinggal” Jerit Soda sambil menunjuk keatas.

Pada ketika itu, kami berada di halaman rumah pakcikku dan jelas kelihatan bukit  yang ditunjukkan Soda yang sayup-sayup sahaja kelihatan puncaknya. Pantas sahaja tangan Aji menampar jari Soda dan dengan cepat juga Soda menjilat jarinya kembali. Pelik dan mengarut, tetapi begitulah tradisi budak-budak kampung, kononnya pantang menunjuk sembarangan dan  cara menjauhi bala adalah dengan menjilat jari telunjuk. Kufikir itu benar sahaja dan dengan hormat mematuhi pantang yang pelik itu.

Rogon apa, Da?” tanyaku, kerana tidak memahami dongeng mereka.

Soda, Aji, Adi dan Roy masing-masing tertawa dengan kepolosanku. Sebagai budak baru di kampung ini, aku masih tidak begitu memahami cara menyambut jenaka mereka. Sekali lagi kufikir, budak-budak Kudat memang banyak suspennya.

“Bukit  Gumantung ada Rogon, mata besar dan suka datang dalam mimpi kita dan bawa kita dalam selimutnya” Soda menerangkannya dengan sungguh-sungguh. Yang lain sekadar terangguk-angguk mengiakan.

“Aki kami ada cakap, awal pagi ada asap putih di bukit  tu .Situ ada banyak rogon masa itu” bersungguh-sungguh si botak mengisahkan cerita itu ala-ala kisah neneknya yang pernah tertelan kulit siput suatu masa dulu dan ya, dengan loghat Rungusnya yang pelat. 

Kufikir mulut gatal Soda mengata benda alah itu sangat menyakitkan hati dan kuharap malam nanti mimpinya didatangi hantu bermata merah.

“Tidak percaya sudah. Pagi besok pigi tingu sendiri.”Aku tidak percaya namun demi menyenangkan hatinya, aku bersama-sama yang lain ikut mengangguk.

Kulihat mereka tetap tertarik dan bersemangat mendengar kisah itu,  layaknya seperti baru didengari hari ini. Maksudku, bukankah ini kisah lama yang sudah diperturunkan ceritanya semenjak dulu? Dan setahuku kisah mengarut seperti itu cumalah dongeng semata. Yalah, manalah tahu. Aku kan baru disini. Urghh, Kedengaran seperti seorang dewasa yang matang padahal aku cuma seorang budak. Berhentilah menyamar seperti dewasa yang penuh teori dan logik. Euforia senja kami berhenti disitu dan kami berlarian ke rumah masing-masing. Sempatku berharap, Tuhan semoga Soda yang membosankan itu kencing tilam malam ini. Aha, ini barulah kedengaran  seperti seorang budak berusia lapan tahun.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Dec 30, 2018 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

my childhood storyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang