Kebahagiaan

13 1 0
                                    

Seperti apa kebahagian itu ? Sepertimana kamu berlari sambil menarik layang-layang, sedang kamu tahu tiada angin untuk jadikan ia terbang tinggi. Tapi kamu tetap berlari sambil menoleh ke belakang kerana suka melihat ia cuba menari-nari, sehingga ia pandai berdikari.

Kerana apa jadi begitu ? Kerana yang berlari itu usaha, tali itu pengikatnya, layang-layang itu apa yang kamu percaya, terbang tinggi itu hasilnya dan angin itu adalah rezeki dari Tuhan tanpa diduga.

Biarpun berpuluh kali kamu berlari, kamu akan tetap ulanginya dengan hati yang suka dan terbuka kerna kamu tahu, apabila Tuhan menghantarkan angin, ia akan terbang tinggi dengan sendirinya. Saat itu usaha kamu sudah membuah hasil biar lama, tapi kamu puas melihat ia melambai kamu dengan tarian dan senyuman diatas sana.., cuma kamu harus jaga ia, dengan tali dan juga dengan mensyukuri..

Coretan PenaWhere stories live. Discover now