Setelah solat berjemaah Isyak, tetamu-tetamU di rumah ketua kampung mula berkerumun di hidangan luar rumah yang telah disediakan oleh orang gaji Tok Kabir. Azan sedang berbual beberapa jemaah yang sedang bertanyakan berita bapanya yang semakin beransur pulih.
" Kalau anak perlukan bantuan, marilah datang ke rumah aku. Aku boleh tolongkan beli ubat bapa kau. Janganlah kau membebani diri kau dengan berat. Umur kau muda , Zan!" kata Pak Kontot. Azzan hanya tersenyum mendengar nasihat orang tua itu.
" Tidak mengapa, Pak Kontot, saya bersyukur kerana Pak Kontot sudi memberi bantuan kepada kami. Insyallah, kalau apa-apa terjadi pada kami, akan saya maklumkan" jawab Azzan dengan lembut.
" Kau dah ada calon isteri Zan? Engkau bukannya tidak ada rupa. Kalau engkau tidak ada calon Isteri, aku ada anak perempuan, tiga semuanya, engkau pilihlah mana yang engkau berkenan. Aku nak bakal menantu aku orang-orang yang soleh! Bukannya kaki ampu orang putih! " tanya Pak Liyas sambil menggulung rokok daunnya.
" Masyaallah.. Pak Liyas... siapalah saya di mata anak-anak gadis Pak Liyas. Mereka semuanya berbelajaran tinggi dan saya hanyalah seorang pengembala lembu. Tidak apa , Pak Liyas.. sekarang saya hendak menolong bapa untuk sembuh" jawab Azzan. Pak Liyas dan Pak Kontot hanya ketawa dan bersetuju dengan jawapan Azzan. Azzan memerhati sekeliling suasana rumah Tok Kabir. Meriah! Ada yang menari bersama pasangan masing-masing, bergelak ketawa dan riuh-rendah.
" Orang kaya memang macam ini lah Zan... Baru sebentar tadi kau memberi tazkirah mengenai perjagaan batas antara perempuan dan lelaki. Tengok, bila buka je lagu, terus khayal!" mengeluh Pak Liyas sambil mengembus keluar asap rokoknya.
" Tidak mengapa... asalkan kita saling ingat-mengingati yang mana betul dan salah, haram dan halal."
Tiba-tiba, ada satu suara lembut dari belakang Azzan. Seorang perempuan mengenakan kebaya merah dengan ketat dan di hiasi perhiasan emas. Rambutnya pula di sanggul dengan bunga mawar putih.
" Assalamualaikum, Abang Azan?"
" Waalaikumusalam, ye saya? Ada apa kau cari aku?" tanya Azzan.
"Abang! Nafilah ni." kata perempuan tersebut. Nafilah? Eh, nama sama kali. Tidak mungkin Nafilah yang gadisnya perwatakan seperti lelaki.
" Nafilah yang mana satu? Maaf, abang hanya ada kawan perempuan nama Nafilah juga, tetapi bukannya..."
" Abang menyindir ya? Oooo... mentang-mentang Filah dah tidak cantik macam dulu-dulu"
" Ya Rabbi, Filah... lain benar engkau sekarang? Abang tidak mengenali Filah lagi.. Dulu mana ada rambut panjang. Cantik Filah sekarang. Abang suka"
Nafilah yang sedang merajuk tiba-tiba hatinya berdebar. Apa maksud Abang suka?
" Eh, Abang ni, orang dah besar! Mestilah lawa! Siapa yang nak Filah kalau Filah tidak cantik seperti perempuan lain"
" Ada, banyak jejaka kampung tunggu Filah." jawap Azzan.
" Termasuk Abang?" soal Nafilah dengan mengharap. Sudah lama Nafilah memendam rasa terhadap Azzan cuma Azzan hanya menganggapnya sebagai adik. Azzan hanya 4 tahun beza umur daripada Nafilah.
" Ya Allah.. Abang nak tunggu Filah? Filah buat cerita mengarut" senyum Azzan sambil bergurau.
" Sudahlah, merajuk Filah kalau Abang suka bergurau macam ini!" kata Nafilah yang pura-pura merajuk.
" La... merajuk? Janganlah, tiada siapa yang nak kawan dengan Abang selain Filah dengan Affaz."
Tersenyum Nafilah dengan kata-kata Azzan.
" Azzan?"
Kelihatan Cempaka dengan pembantunya di sebelah yang sedang menuju ke Azzan dengan Nafilah.
" Ada apa Cempaka?" tanya Azzan.
" Oh tidak... Ini ada sedikit jamah untuk bapa kau... Jadi, ambillah jamah ini dan sedikit duit sumbangan daripada keluarga kami. Terima kasih sebab iringi solat dan doa untuk majlis di rumah kami" kata Cempaka. Azzan hanya senyum dan menyambut jamah di tangan Cempaka. Nafilah mula berasa cemburu dengan kehadiran seorang gadis di hadapannya. Ayu dan sopan! Nafilah mula menganggap perempuan di hadapannya itu seteru.
" EWAH! EWAH! MACAM PENGEMIS!" satu suara yang amat Azzan kenali. Hidawi yang segak dengan pakaiannya menuju ke arahnya sambil memegang satu botol yang aneh di tangannya. Semakin dekat, semakin kuat bau yang pelik lagi busuk. Arak? Azzan mula menjauhkan dirinya daripada Hidawi yang sudah mabuk.
" Apa ini Hidawi? Engkau minum?" Tegur Cempaka sambil menarik Hidawi supaya dia tidak mendekati Azzan. Tetamu-tetamu sudah kecoh melihat Hidawi sedemikian.
" Kau, Azzan... Anak Tok Imam.. Buat apa kau ke majlis seperti ini?? Hoi! Malulah sikit muka engkau... Sedar diri... Kau baca doa je pun dapat duit? Wahh! " Hidawi mula mengeluarkan kata-kata kurang menyenangkan.
" Hidawi... Aku sebenarnya di jemput oleh Tok Kabir... bukannya aku datang sendiri. Kalau begitu.. Aku pulang dahulu. Assalamualaikum" kata Azzan lalu melangkah pergi tetapi Cempaka menarik lengan baju Azzan. Terkejut juga Azzan melihat tindakan Cempaka.
" Maaf, kau lupa saguhati keluarga kami. Ambiklah... demi Allah, ini semua ikhlas" kata Cempaka dengan satu-persatu. Tiba-tiba, Nafilah mengambil saguhati di tangan Cempaka dengan cepat. Azzan pun semakin bingung dengan situasi dihadapimya sekarang.
" Terima kasih. Tetapi , Abang Azzan tidak layak di layani sedemikian. Majlis ini aku daoat katakan majlis paling terkutuk! Sanggup bangsa Melayu menyambut Majlis Kesyukuran di hidangi minuman arak? Terikut-ikut dengan budaya ornag putih! Sekarang, aku was-was... apakah semua makanan yang dihidangkan tuan rumah halal? "
" Nafilah.. kenapa engkau kata begitu? Jaga mulut kau" tegur Azzan.
" Abang! Lihatlah tangan Hidawi itu! Itu botol arak! Nafilah tahu Bang."
Cempaka terkejut mendengar kata-kata perempuan di hadapannya. Abang? Siapakah perempuan ini kepada Azzan? Isteri? Hati Cempaka mula remuk tetapi lebih sakit hati perbuatan Hidawi pada malam ini.
" Maafkan saya... tetapi Cik... Demi Allah.. semua makanan yang kami sajikan semuanya bersih... cuma air arak itu hanya untuk hidangan pegawai-pegawai British... Maafkan saya" kata lembut Cempaka.
" Ahhhh!!! Sudahlah!!! Sukati lah l! Tuan rumah boleh hidang apa apa sahaja! Yang engkau sibuk dah kenapa??? Menjengkelkan! " kata Hidawi sambil meneguk kuat air arak.
" Sudahlah Nafilah... Marilah kita balik.. Bapa aku keseorangan" ajak Azzan. Azzan sudah malas melayan perangai Hidawi yang semakin menjadi kebaratan. Nafilah hanya mendengar apa sahaja Azzan suruh.
" Woi! Sedarlah diri tu kuli bapak aku! Ada hati nak kawan dengan Cempaka! Taraf kau layak dengan lembu-lembu di ladang bapak aku lah! Bodoh!"
Ketawa Hidawi diiringi tetamu-tetamu Tok Kabir yang sememangnya menyokong apa sahaja dilatakan oleh Hidawi.
Memang benarlah... aku dan Cempaka hanyalah langit dan bumi.
YOU ARE READING
Erti Tulisan Terakhirku
Losowe" Azan , kenapa kau biarkan diri kau di permainkan orang kaya seperti Hidawi? bukankah engkau lebih cerdik akalmu daripada Hidawi yang hanya membabi buta belajarnya? " marah Affaz kepada aku. Aku tersenyum kepada soalan Haffaz yang masih melontar ka...