Di bawah langit yang gelap,
diserikan dengan bintang yang,
bertaburan indah menyinar,
kau, aku duduk menghadap lepas,
ke arah ombak yang berhempas ke pantai.
Seringkali di waktu itu,
Di bahumu ku sandarkan
segala kesedihan dan sengsara.
Kau hanya membelai mesra,
Dengan senyuman manis,
Yang mendamaikan jiwa.
Ketika itu jua,
Waktu seakan terhenti,
ku sedar,
Kita hanya teman.
Aku tak ingin lagi,
Di sampingmu dipayungi,
Langit diserikan bintang.
Biarlah aku sendiri,
Bertemakan hati yang sengsara,
Perit menanggung rindu,
Kita yang dulu.
Tapi,
Aku tak mahu hanyut,
Dibawa perasaan yang tidak pasti,
Kerana tiada luahan kata darimu.
Kini,
Aku sedar akan sebuah kenyataan,
Warkah cinta darimu ku terima sudah.
Namun,
Warkah ini seakan tiada guna lagi buatku,
Kau kini menutup mata untuk selamanya.
Dalam warkah yang kau titipkan,
kau katakan bahagia dengan 'KITA'
Kau diamkan sengasara,
Yang selama ini kau tanggung,
Untuk tidak melihat aku berduka.
Perginya dirimu bersama cinta,
Yang kau semai dalam diam,
dan aku di sini memelihara semain itu.
YOU ARE READING
TAKDIR
PoetryKenangan indah yang tercipta antara kita, akan ku simpan selalu dalam hati. Biarpun, cintamu ku gapai setelah kau telah pergi.