Part 8

275 19 0
                                    

NAUFAL RIZAL @ PUTRI AISYA

~~~~~~~~~~

AKU merenung siling bilik dengan pandangan kosong. Fikirannya teringat kisah semalam.

Fikiran tengah kusut. Malang bagi dia! Malang bila terjumpa dengan dia!

Aku berhenyak-henyak di atas katil. Cuba melepaskan geram.

"Ikutkan hati aku nama dia aku toreh buang dari fikiran aku ni. Ei!!! Semak!"

Rambut aku kusutkan. Boleh sakit jiwa macam ni.

Terserempak dengan dia secara tiba-tiba tak pernah dia jangkakan. Sudah tiga tahun tak berjumpa, secara tiba-tiba muncul depan mata.

Biasanya orang kata pertemuan tanpa sengaja jodoh. Tapi bagi dia sesuatu yang menyakitkan. Malapetaka! Hanat tul!

Ikutkan dengan hasrat benci yang tak pernah padam dari dulu, dah lama dia hilangkan ingatan tentang lelaki tu. Biar lupa pasal lelaki tu.

Nash?

Langsung aku tak bagitahu dia pasal semalam. Kalau bagitahu dia, memang kecoh habis!

Nanti tak pasal pulak dia kena bebel dengan Nash. Boleh berdarah telinga dengan bebelan dia. Nasiblah kawan sendiri. Katanya sayang. Ceh!

Pintu bilik diketuk seseorang dari luar. Menghentikan lamunan aku.

Terus aku membetulkan rambut yang kusut tadi kembali kemas. Aku duduk seperti biasa. Mata terarah ke pintu.

"Mama ganggu Sya ke?"

Aku geleng kepala. Pintu ditutup lalu mama menghampiri ke arah aku. Mama duduk di depan aku.

Anak mataku terarah pada sesuatu yang dipegang oleh mama. Seperti... bekas?

"Mama... Apa..."

Belum sempat aku ingin bersuara, mama terlebih dahulu mengeluarkan bekas itu ke hadapan. Ditunjukkan pada aku.

Aku membatu.

"Mama... Sya..."

"Mama tahu Sya nak kata yang Sya belum bersedia lagi, kan?"

Aku memandang ke anak mata mama.

Macam mana mama tahu?

"Mama, Sya tak bersedia lagi nak kahwin. Please ma... "

Aku merayu perlahan. Wajah mama aku pandang penuh meminta simpati dari mama.

"Sya... Kalau nak tunggu Sya kata bersedia memang sampai bila-bila Sya tak akan kahwin."

Bibir memuncung. Aduh! Tak tercair ke mama aku ni? Aku dah minta simpati bagai kata tak nak. Mama tak sebelahkan Sya ke...

"Mama, Sya tetap tak nak. Please ma... Sya sendiri tak kenal siapa yang masuk meminang Sya tu. Sya sendiri tak kenal empunya badan yang nak jadikan Sya isteri dia. Please ma... Sya tak nak..."

Masih merayu. Kepala digeleng berkali-kali.

"Mama tak nak paksa. Tapi kalau mama biarkan saja Sya macam ni, sampai bila pun Sya takkan nak kahwin. Kan?"

Aku memeluk tubuh. Hish! Masih tak jadi.

"Mama bukan apa, mama dah berkenan dengan dia. Sesuai dengan Sya."

Membulat biji mata aku. What?! Sesuai?

"Mama, Sya tak kenal dia. Mahu pun bercinta pun tak dengan dia. Macam mana boleh Sya sesuai dengan dia pula mama?"

"Sebab mama dah kenal dia siapa."

Aku terdiam. Tak tahu nak membantah apa lagi. Mamanya seperti nekad nak dia setuju.

"Cinta? Sya boleh suka dia lepas kahwin nanti. Pupuk rasa sayang tu sama-sama."

Aku mengeluh lemah. Senangnya mama cakap...

Perit yang dia masih tanggung ni pun tak terubat. Sakit dalam hatinya berpuluh torehan. Pintu hatinya ditutup untuk bercinta dengan sesiapa. Takut... Takut hatinya akan terluka semula.

"Mama, bagi Sya fikir dulu."

Wajah mama aku renung dalam.

Mama meletakkan bekas cincin itu di atas telapak tangan aku. Wajah aku direnung.

"Fikir masak-masak. Ini untuk masa depan Sya. Mama harap sangat Sya akan terima."

Aku berbalas pandangan mama.

"Kalau cincin dalam bekas ni dipulangkan pada mama, tanpa ada cincin dalam bekas, itu tandanya Sya terima. Kalau cincin tu masih ada dalam bekas ni, Sya tak terima."

Mama tersenyum. Mungkin berfikir ada harapan. Kepala aku diusap perlahan.

"Kalau itu yang Sya kata, mama tunggu."

Mama keluar dari bilik. Pintu bilik aku renung sekejap. Tubuhnya kaku.

Bekas cincin yang berada di dalam genggamannya direnung lama. Bekas itu dibuka dan terserlah reka bentuk cincin yang cantik bertatahkan berlian walaupun nampak simple.

Air mata mula jatuh mengalir ke pipi. Hati terasa sebak. Cuba menahan namun tak mampu.

Cukuplah dia tanggung sakit dan perit ni dalam. Harapan untuk dia rasa cinta semula hilang. Kepercayaan dia untuk bercinta dengan sesiapa musnah.

Aku takut...

Takut kalau cinta yang diberi di sia-siakan lagi.

×××
Adui lah... Sorry lama x update bab ni payah sangt sebb mama dia yg rumit citt. Agak2 Sya akan terima ke x cincin tu? Haa wait and see..
Hope enjoy. Comment and vote yaa hehee 😙

Perginya Kasih Rindu✔Where stories live. Discover now