Tanpa paluan kompang, Nissa dan Razif cuma berpakaian pengantin sambil menerima tetamu. Nissa tiada rombongan keluarga untuk disambut, maka dia memilih untuk cuma bersiap sahaja dan keluar pada waktu tetamu telah tiba.
Awal pagi lagi dia telah menyiapkan anak-anak, risau nanti di kala kesibukan, terabai pula si kecil. Sebaik sahaja Mak Andam tiba pada pukul 10 pagi, Nissa telah 'dipegang' untuk bersiap selama dua jam. Tidak pernah Nissa terfikir, yang solekan pengantin boleh mengambil masa sampai dua jam. Malahan kata Mak andamnya, ada pengantin yang mempunyai masalah kulit memerlukan sehingga berjam-jam untuk memastikan semua kelihatan sempurna sebagai Raja Sehari.
Anak-anak buah sekejap keluar masuk mengintai Mak Su baru mereka. Semua menunjukkan riak gembira, sambil membelek-belek hantaran yang tersusun rapi di hujung bilik.
Nissa menyarung kebaya songket berwarna hijau emerald. Badannya yang sedikit berisi pejal itu nampak sempurna benar ditambah pula dia dipakaikan cucuk sanggul diluar tudungnya. Cucuk sanggul yang dikhaskan untuk pengantin bertudung itu, menyerlahkan seri pengantin yang masih jelas terpancar di wajah Nissa.
Sekali pandang, seperti anak dara. Pasti tiada yang melihat akan berkata pengantin perempuan ini sudah beranak dua! Begitulah bahagianya perasaan Nissa saat itu, sehingga berseri-seri senyumnya.
Sebaik Nissa keluar dari bilik, wajah pertama yang dilihat adalah Rizal tetapi disangkanya Razif, "Abang kenapa tak salin baju lagi," tanya Nissa lembut, hatinya berdebar risaukan solekannya terlalu tebal sehingga Razif tidak berkata apa-apa memandangnya.
Baru sahaja Rizal hendak berkata sesuatu untuk menerangkan, Razif yang sudah pun berbaju pengantin mencuit belakang bahunya,"cantik kan isteri aku Rizal, bertuah badan," guraunya.
Rizal cuma mengangguk berkata, "ya, isteri kau memang cantik, tapi suami dia pulak tak berapa handsome,"
"Eh! bukan muka kita sama aje ke??," tidak sempat Razif menghabiskan ayat, Rizal sudah pun berlalu.
Setelah Rizal berlalu, Nissa mendengus.
"Abang..susahla macam ni. Nissa tak tahu macamana nak bezakan abang dengan Rizal. Dengar suara pun sama, macamana?" gusar hati Nissa, kerana tersalah orang lagi.
"Kalau dia tak panggil sayang tu, maknanya abang la tu. Takkan Rizal nak panggil sayang pulak,"
"Hmm, habis tu Nissa ni kena tanya dulu la ya baru tegur."
"Bukan selalu pun Rizal ada. Dah berapa kali raya dah Rizal tak balik. Ini pun abang terkejut dia ada. Biasanya jarang dia nak turun ke darat ni kalau tak sebab nak lawat mak abah. Jarang abang dapat jumpa dia."
Razif juga kesal kerana Rizal yang selalu memilih mengikutkan hati. Abang kembarnya itu masih berduka di atas kehilangan keluarga kecilnya. Kalau tak mesti Rizal sudah pun berkahwin semula. Sudah 5 tahun berlalu.
"Razif, meja makan pengantin dah siap. Sekejap lagi boleh la turun jemput papa kamu duduk sebelah Nissa." Ibu Razif kalut kerana tetamu sudah mulai ramai. Mereka semua mahu melihat pasangan pengantin dan pelamin. Pelamin pun walau dibuat bukan untuk bersanding, tetapi akan digunakan untuk menjadi tempat bergambar, untuk mengabdikan kenangan.
Oleh kerana semua telah dirancang perancang perkahwinan, ibu Razif sedikit kekok kerana majlis yang dibuat sebelum ini semuanya direwang orang kampung. Tapi oleh kerana bekas mertua Nissa sudah pun merancang semuanya, dia hanya menurut sahaja.
*********
Tetamu beransur surut pada jam 4 petang. Ketika itu pengantin pun sudah menyalin baju. Nissa hanya berbaju kebaya dan Razif berkemeja, sambil melayani tetamu dan sanak saudara yang tinggal.
"Mommy, so now how should we call Uncle Razif? Mak Uda cakap, kena panggil ayah ke papa ke daddy ke," Sara yang duduk di riba Nissa bertanya. Razif juga mendengar persoalan itu ditanyakan.
"Well, you are a big girl arent you? Why dont you decide," kata mommy nya pula.
Sara memandang Razif, seakan meminta pendapat.
"Mommy's right Sara, why dont you decide,"ujar Razif.
"Rafi, kita panggil Uncle Razif daddy nak tak?," memandang ke arah adiknya pula. Rafi yang kurang mengerti, hanya mengangguk, "nyak nyak"
"So daddy it is," senyum Sara puas hati.
"Daddy?" Rafi seakan bertanya.
"Yes Rafi, daddy is here" ujar Razif sambil memeluk Rafi dan mencium pipi gebunya.
Nissa cuma tersenyum. Tiada siapa pun akan dapat merentap bahagianya kini.
YOU ARE READING
Tak Henti Gelora
RomanceKisah seorang ibu tunggal anak dua di kota metropolitan dalam mencari kebahagiaan untuk diri dan anak-anaknya. Perjalanan hidup seorang anak terbuang yang membina hidupnya sendiri. Haziq pernah mengecewakan dan menyakitkan dirinya, Razif datang men...