Bab 7

26 3 1
                                    

Tok , Tok, Tok.

Bunyi ketukan pintu menyebabkan Amran terjaga daripada tidur. Siapa pulak lah yang ketuk pintu pagi - pagi ni.

Amran bingkas bangkit daripada tidur lalu menuju kearah pintu dalam keadaan mamai.

Pintu dibuka kunci. Dan tak sempat nak buka pintu tersebut, pintu telah di tolak dari luar.
Akibatnya, Amran terhantuk pada pintu.

"Aduh..." Amran menggosok dahinya yang sakit. Dah ada benjol pada dahinya. Muka Amran kelat. Mahu sahaja dia marah dengan empunya badan yang buat ni. Tapi apakan daya, itu adalah adiknya sendiri. Kalau marah, dia yang nangis aku juga yang kena pujuk.

"Eh, kakanda ? Sorry sangat. Adinda tak tahu kakanda ada di sini." Puteri Nafiya buat muka kesian.

"Yelah. Adinda Nafiya buat apa kat bilik kakanda pagi - pagi ni?" Rasa mengantuk sudah hilang akibat daripada terhantuk tadi.

Nafiya hanya diam memandang wajah kakandanya, atau lebih tepat lagi pada benjol di dahi kakandanya.

"Kejap." Nafiya terus mengambil besen lalu menuangkan air suam daripada heater. Sapu tangan dikeluarkan dari poket baju. Sapu tangan tersebut dicelupkan dalam air beberapa saat. Kemudian dituamkan pada benjolan pada dahi kakandanya.

Amran terkesima seketika. Perilaku adindanya tidak ubah seperti Bonda. Dia hanya membiarkan adindanya merawat benjolan tersebut.

"Ha! Kakanda beli tak ice cream?"
Tanya Adinda Nafiya setelah siap merawat kakandanya.

"Ada tapi.... ice cream tu cair..."

"Isk,isk.... ice cream Fiya..." Air mata jatuh bagaikan air terjun. Rasa bersalah yang amat.

"Please... jangan nangis. Sakit hati kakanda tengok adinda menangis." Amran memang tak boleh tengok adindanya menangis. Hati jadi sakit.

Amran bangkit daripada duduknya. Dia berjalan menghala ke arah peti sejuk. Peti dibuka. Dua gelas yang berisi ice cream dicapai.Gelas tersebut dibasuh permukaan luar.

Nafiya terpinga-pinga melihat tindak- tunduk kakandanya.

Amran meletakkan gelas tadi di atas lantai. Betul-betul depan Nafiya. Batang ice cream ditarik keluar dari gelas.

"Ice Cream?" Tanya Nafiya. Masih lagi tak faham apa yang berlaku.

"Semalam kakanda tuang ice cream yang cair dalam gelas ni. So camni lah rupa yang baru. " Amran memandang wajah Nafiya.

Air mata yang berbaki di sapu dengan lengan baju. Bibir mula mengukir senyuman. "Thanks, kakanda."

Amran menghembus nafas lega.
Dia turut membalas senyuman itu.

Maka, pada pagi itu... mereka berdua menikmati ice cream yang sejuk itu.

"Kanda, nak rasa sikit yang blackcurrant." Sejurus itu, Amran menyuapkan ice cream blackcurrant ke mulut adindanya.

"Macam mana , sedap tak yang blackcurrant ni?" Amran menunggu respond daripada adindanya.

"Emm... boleh tahan lah. Tapi yang blueberry lagi sedap!" Tetap jugak puji yang dia punya.

"Kanda, takpe ke kita tak ajak kakanda Nayli makan sekali... nanti dia kecik hati." Tutur Nafiya.

Betul jugak Nafiya cakap ni. Kalau dia tahu aku makan ice cream tak ajak dia... haiyoo...
Boleh mati aku kali ni.

"Jangan bagitahu Kakanda Nayli ye..." pinta Amran kepada Nafiya.

"Apalah...kakanda ni. Yelah, Nafiya..."

Bang. Pintu di tolak kasar oleh seseorang. Pemilik iris biru Cerulean memandang tajam ke arah Amran.

Nafiya juga sama terkejut dengan kehadiran kakanda Nayli. Gerun gila muka kakanda Nayli bila marah. Segera dia menyorok belakang Amran.

"Ooh... tak nak ajak kakanda sekali ye..." Senyuman menggerunkan dihadiahkan kepada Amran. Kurang asam punya adik! Sedap-sedap je diorang makan ice cream tak ajak aku.💢

Air liur ditelan. Kelat.

Mampus aku kali ni. Kenapa lah aku tak beli lebih ice cream semalam.

"Ampun, kanda. Er... Am tak teringat nak beli untuk kakanda... Kanda ambik yang Am punya takpe." Amran dengan tak ikhlasnya memberikan ice cream miliknya yang tinggal separuh kepada kakandanya.
Huhuhu... aku tak sempat pun nak makan habis.

"Tahu takut!" Nayli mengambil batang ice cream tersebut. Sekali masuk mulut dah habis ice cream blackcurrant.

"Ice cream..." lirih bunyi suara Amran apabila Nayli menghabiskan ice cream itu.

"Kanda...! Am tak bagi pun kanda makan semua! Ganti balik!" Ada ke nak suruh aku ganti balik? Memang tak lah.

"Tak nak."

"Ganti balik! Kalau tak... Am cakap kat Abang Zharif yang kanda suka dia." Ugut Amran.

"Hey..." Budak ni.

"Eeh? Betul ke ,kanda?" Nafiya seakan terkejut dengan berita itu.

"Mana ada!" Nayli menafikannya.

"Dah tu, kenapa muka merah?" Amran sengih sinis.

"Ye lah. Kanda ganti balik." Akhirnya dia mengalah jua. Mahunya dia mendapat malu atas apa yang di katakan oleh Amran.

' siap lah Am lepas ni.'

"Jom, solat subuh berjemaah kat bawah. Ayahanda panggil. Bonda pun ada juga." Ajak Nayli kepada adindanya.

"Ayahanda dah balik? Bila? Bonda okay tak?" Bertubi-tubi soalan di tanya oleh Amran.

"Am ni.. banyak tanya pulak. Tch! Lepas solat kanda cerita. Kita dah lewat ni. Nanti ayahanda marah pula." Tangan Nafiya ditariknya keluar daripada bilik itu.

"Okay... kakanda pergi dulu" Nayli dan Nafiya keluar dari bilik Amran.

Nayli meneliti keadaan di luar. Masih selamat. Tiada orang. Namun dia masih lagi berjaga- jaga walaupun di dalam istana.

"Kenapa kakanda?" Aneh dengan sikap kakanda Nayli. Scan luar bilik kakanda Am.

"Takde apa- apa."

Hati Nayli tetap risau sekiranya rahsia mereka terbongkar. Rahsia yang amat perit untuk diterima. Perit lagi bagi Amran yang telah menghadapinya.


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 02, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KING behind the shadow Where stories live. Discover now