6|E n a m

157 17 1
                                    

"Jom kahwin, nak?" ucap Izly. Eamir sudah mengerutkan kening. Padanya, gadis yang baru dikenalinya itu pelik.

"Jangan main-main soal kahwin. Apa kau ingat, kerja kahwin ni macam beli air bungkus ikat tepi ke? Banyak benda kena fikir ok." ucap Eamir.

"Saya tak kisah. Kalau awak tak nak kahwin dengan saya, saya tak kisah kalau saya terpaksa cari orang lain. Yang penting, saya nak kahwin. Saya dah tak kisah benda lain. Yang saya tahu, sejak saya dapat kad undangan Dani semalam, saya tak tenang. Sakit tau bila bekas kekasih kita dah nak kahwin dengan orang lain. Saya nak kahwin, saya nak dia tahu saya boleh cari pengganti dia."

"Izly, istighfar... Kenapa kau jadi macam ni. Wake up. Janganlah kau korbankan diri kau hanya sebab kau nak nampak menang di mata orang lain. Aku takut, kau sendiri yang akan menyesal."

"Kalau kahwin dengan awak, saya rasa saya tak akan menyesal. Awak sempurna di mata saya." Mata Izly membulat memandang wajah Eamir. Eamir cuba melarikan wajahnya. Terasa panas apabila dipuji begitu.

"Kau tak kenal aku. Macammana kalau aku dah ada wife ke, tunang, atau kekasih? Hidup ni bukan untuk fikirkan diri kita sahaja, kita kena fikir orang sekeliling juga." Eamir masih mahu berdiplomasi. Eamir faham, kini fizikal dan mental Izly sangat rapuh. Jika Izly bertemu dengan orang yang salah, macam-macam boleh terjadi.

"Saya tak kisah. Saya bukan nak rampas awak daripada siapa-siapa, saya cuma nak kahwin dengan Awak. saya janji, saya tak akan susahkan awak. Saya janji, saya tak akan sibuk hal awak."

"Izly, fikir masak-masak. Jangan ikut hasutan syaitan. Kalau mak ayah kau tahu, mereka pun tak setuju. Cara kau ni macam perempuan yang tak ada maruah. Jangan jadi bodoh Izly." Eamir sudah separuh marah. Entah kenapa dia rasa kasihan dengan gadis itu. Entah apa lagi ayat yang harus dia guna untuk memujuk Izly.

"Tolong saya Eamir. Please... Saya rasa, awak sahajalah yang layak untuk gantikan tempat Dani." Izly masih mahu memujuk.

"Izly, kau buat semua ini sebab Dani? Kau sanggup pertaruhkan masa depan kau hanya sebab Dani? Izly... Please, aku merayu pada kau jangan jadi bodoh. Kau baru kenal aku tiga hari, tujuh puluh dua jam bukanlah masa yang lama untuk kita mengenal seseorang. Aku tak kenal kau, kau tak kenal aku.

Macammana kalau kau beriya nak kahwin dengan aku hanya sebab kau dah mengandung, tujuan kau sebenar sebab nak aku jadi pak sanggup je?" Eamir cuba melontarkan kata yang paling negatif. Biar gadis itu jatuh benci padanya. Dia tak sampai hati untuk melihat Izly melakukan perkara bodoh. Jujur, sejak terserempak dengan Izly, dia jatuh cinta pandang pertama dengan gadis itu. Tapi, menjadi bidan terjun, berkahwin dengan gadis yang cintanya tak pernah wujud untuk Eamir, itu bukan kemahuan Eamir. Eamir hanya mahukan sebuah hubungan yang normal. Berkenalan, bercinta, berkahwin dan membina keluarga seperti pasangan normal.

"Sampainya hati awak! Apa muka saya ni nampak macam perempuan murahan ke? Kalau awak tak sudi, tak apa... Saya boleh cari orang lain. Saya tahu, ramai je lelaki lain yang sanggup terima tawaran saya ni." Izly agak terasa hati.

"Bukan macam tu, Kau desperated sangat. Sebagai seorang lelaki yang normal, perangai kau ni menakutkan. Macam orang yang terkena sihir. Pening aku fikir. Tak pasal-pasal aku terjebak dengan masalah kau." Eamir sudah mengukirkan senyuman.

"Erm... Sakit rupanya bila kene reject eh!" hanya itu ayat yang terkeluar dari mulut Izly. Perlahan-lahan Izly bangun dari duduknya.

"Izly, aku tak bermaksud macam tu, aku boleh terima kau, aku boleh tunaikan impian kau, erm... Mungkin kita boleh mula dari awal, secara normal macam pasangan lain," Eamir sudah angkat kening sebelah.

"Maksud awak?" Kini giliran Izly mengerutkan kening.

"Maksud aku, kita couple, okey?"

"Couple? Nope!"

MAPS ©️ ✔️Where stories live. Discover now