Perut yang kian membuncit ke hadapan, dielusnya. Tunggu masa je ni. Risau memikirkan saat itu. Mampukah dia? Insyaallah, semoga Allah permudahkan urusan melahirkan anak sulung kami nanti. Amin.
Baby setelah terasa dibelai, laju sahaja menendang lembut perutnya. Haih, buas sangat anak ibu ni ! Jangan keluar nanti, buas sangat ya sayang . Penat ibu nanti .
Safiya tersenyum sendiri . Best sangat Allah bagi dia rasai saat - saat mengandung ni . Mula - mula memang perit, tapi makin lama , semakin terasa menjadi seorang ibu . Semua karenahnya dilayan manja Asyraf ! Tu yang paling syok ! Semua yang nak , laju je Asyraf bagi . Hehe .
Tak nak bagi baby meleleh air liur nanti besar katanya . Memang ada benarnya ! Dia pun suka . Mengada kan si Safiya ni ?
Alah time - time ni je boleh macam ni, nanti baby dah keluar confirm, si ayah dia menempel je dengan anak mereka .
"Sayang , buat abang tergugat. "
Safiya mendongak. Dahi berkerut. Kenapa pula?
"Yelah, layan baby dalam perut je. Ayah baby tak nak layan, " sedih sahaja bunyinya! Sengaja!
"Tak layan la sangat! Kalau layan alamatnya, tertangguh semua kerja. " Safiya mencebik. Gedik punya suami!
Bibirnya terasa dikucup sekilas. Safiya jengil mata. Eeee!
"Rindu, "
Safiya tersenyum. Asyraf yang baru sahaja duduk disebelahnya, dipeluk. Rindu nak bau encik suami.
"Rindu jugak! ," baru je berpisah beberapa jam, itupun tak lama sebab Asyraf pergi meeting sahaja, tak masuk office pun.
"Abang rindu baby je, " usik Asyraf. Safiya laju menjauh. Tak mau kawan! Asyraf tergelak kecil. So cute!
"Sayangggg, " rengek Asyraf. Safiya dirapati kembali. Wajah masam Safiya dikucupnya . Naik rimas dibuatnya Safiya.
"Abang gurau je sayang. Ala bucuk abang ni, come here. Rindu sangat budak comot plus cute abang ni ," pinggang Safiya dipeluknya erat, kepala Safiya dilekapkan ke dadanya.
"Abang tak dapat bayang kalau sayang tak ada disisi abang. I can't live without you sayang. " ubun ubun Safiya dikucupnya. Terasa pelukannya dibalas. Asyraf tersenyum. Dah terpancing latew!
"Maafkan salah silap sayang selama jadi isteri abang. Sayang takut, something happened nanti sayang beranak, better sayang cakap sekarang kan? ," wajah didongak memandang Asyraf. Dagu Asyraf dikucupnya.
"Shh, nothing happened. Insyaallah. Allah permudahkan nanti. Abang tak boleh survive kalau sayang tak ada. Jangan cakap macam tu ," dahi Safiya dikucup berulang kali. Gusar.
"Baby ni, Fiya tahu abang mampu bimbing dia jadi anak yang baik. Kalau abang perlukan seseorang , abang carilah nanti. Jangan biar baby kita membesar tak ada ibu ya, " perutnya diusap lembut. Perit, tapi dia kena bersedia.
"Sayang. Shh. Stop it. No one can replace you, " semakin takut dia rasa. Due Safiya lagi beberapa hari sahaja.
Lama Safiya senyap, Asyraf mengintai sedikit wajah Safiya. Tidur rupanya! Letih sangat agaknya . Tubuh Safiya diangkat, dan diletakkan elok di atas katil. Tangan Safiya tak lepas memeluk lehernya, membuatkan dia terpaksa terbaring sama.
Rambut Safiya dielusnya . Pelukan di pinggang Safiya tak lepaskan, malah di eratkan lagi. Tapak tangannya , jatuh ke perut Safiya.
" Sayang ayah, jangan buas buas ya. Kesian ibu. Ayah sayang baby and ibu, " perlahan Asyraf berbisik. Perut safiya diciumnya sekilas. Tak sabar plus gusar !
****
Fail - fail diatas meja dibeleknya sekilas . Buat kali terakhir sebelum dia cuti beranak nanti. Pening juga, tapi syukur kerana adiknya ambil alih, tidaklah tertangguh banyak kerja.
Pintu terasa diketuk. Safiya memberi keizinan untuk masuk.
"Hi, Anna, " suara itu, laju membuat Safiya mendongak. Danish?
"Hi, " Safiya tersenyum sedikit.
"Duduk lah ," sambung Safiya.
"Awak busy? ," soalan yang dari Danish memberhentikan kerja Safiya.
"Tak sangat , kenapa ya? Ada masalah tentang kerja ? ," prihatin Safiya menanya. Yelah, boss kena take care pasal staff dia kan?
"Tak, semua oke, "
"Ouh, Zulaika macam mana? Dah okey?, " berbasi sahaja Safiya bertanya.
"I don't know ,"
Tercengang seketika Safiya.
"Baru je beberapa hari lepas kami bercerai, " lagi terkejut Safiya mendengarnya.
"Ouh, okey. So, ada apa jumpa saya ni?, " sengaja Safiya buat tak tahu, walhal dia tertanya-tanya juga mengapa sampai bercerai.
"Saya nak admit yang... "
"Saya masih suka dekat awak, Anna ,"
Safiya terkedu.
***
Hi! Sorry sangat² slow update! 😅
Busy memanjang! Banyak perkara nk fikir sejak tahun baru ni 🙈
Apapun, next update 35voters!
On tak on? Hehe.
Tq, n happy new year! 😂
YOU ARE READING
Cinta Lelaki Bongkak !
ChickLitSecond Romance by Keerul Sarah. Setiap kali bertemu empat mata, ada sahaja yang tidak kena. Berbalas mulut bagi mereka biasa. Dua - dua keras kepala ! Identiti Safiya yang tidak diketahui oleh Asyraf membuatkan Asyraf memandang hina Safiya. Ada sa...