❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀
𝕾ebaik saja Isyraf membukakan pintu, Qhyla segera turun dari kereta dengan wajah cemberut.
"Cik Qaisara." panggil Isyraf. Terhenti langkah Qhyla. Dia menolehkah wajah.
"Cik Qaisara dah tak nak salam saya macam selalu?" Isyraf tersenyum lalu menghulurkan tangannya. Qhyla menurunkan pandangan melihat tangan lelaki itu.
Qhyla mencebik geram. Tidak. Dia tak boleh menanamkan perasaan benci pada Isyraf. Lelaki itu tidak bersalah dan tidak tahu apa-apa pun tentang masalah Farhan dan dirinya.
"Maafkan saya, Isyraf!" Qhyla segera memeluk Isyraf membuatkan diri lelaki itu tersentak.
"Cik Qaisara?"
"Saya tak mahu kehilangan awak. Selama ni, awak lah peneman setia saya. Awak tak pernah pun merungut bila saya bermanja-manja dan minta macam-macam pada awak. Maafkan saya, Isyraf." ujar Qhyla menangis sambil memeluk Isyraf. Lelaki itu terkekeh kecil dan perlahan-lahan membelai kepala Qhyla. Dia faham yang mungkin Qhyla sekarang ada konflik dengan Farhan.
"Berhenti menangis. Mata Cik Qaisara akan merah nanti. Jangan risau. Saya takkan masuk campur dalam hal Cik Qaisara dengan Tuan Farhan." kata Isyraf dengan lembut menyeka air mata Qhyla yang baru mengalir sedikit. Dia tergeleng kepala melihat Qhyla yang masih saja merengek hendak menangis lebih-lebih.
"Awak ni hensemlah Isyraf. Saya nak jadi slave awak! Please~?" Qhyla merayu dengan matanya yang terkebil-kebil manja.
"Jangan terlalu banyak fikirkan benda yang tak penting. Tugas Cik Qaisara hanya untuk belajar bersungguh-sungguh dan buat saya bangga." pesan Isyraf tegas.
"Tak nak belajar! Hm... Nak Isyraf~"
"Kena juga belajar. Menuntut ilmu itu sangat diwajibkan dalam Islam." Isyraf lembut mengusap wajah Qhyla dengan senyuman manisnya yang tak pudar.
Qhyla semakin memonyokkan wajah. Dalam hati, dia terharu. Memandang saja wajah berseri-seri Isyraf yang boleh membuatkan dia terpana.
"Awak akan bangga bila saya lulus dalam peperiksaan?" Tanya Qhyla polos.
Isyraf tertawa kecil dengan kepala tergeleng-geleng. Baginya, gadis ini yang selalu menceriakan hidupnya dan mewarnai hari-harinya. Isyraf mencuit dagu Qhyla ketika gadis itu dongak menatapnya.
"Dah tentulah saya sangat bangga. Dan bila Cik Qaisara dah tamat belajar,"
Kali ni senyuman Isyraf pudar. Riaknya bertukar serius. Tidak main-main dengan ucapannya. Perasaannya juga takut berbaur sayang terhadap gadis itu."Saya akan jaga Cik Qaisara." Isyraf menunduk perlahan sebelum menghadiahkan sebuah kucupan di dahi gadis itu. Lagilah terkejut Qhyla dibuatnya. Qhyla memandang Isyraf tanpa berkelip. Jantungnya berdengup kencang!
YOU ARE READING
S1: Demi My Slave (In-Editing...)
Romance༒ 𝕽𝖔𝖞𝖆𝖑 𝕾𝖊𝖗𝖎𝖊𝖘 𝐈 ༒ | SLAVE - HAMBA YANG DIINGINKAN | ❝𝑱𝒖𝒔𝒕 𝒇𝒆𝒂𝒓 𝒎𝒆 𝒂𝒏𝒅 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒎𝒆... 𝒂𝒏𝒅 𝑰 𝒘𝒊𝒍𝒍 𝒃𝒆 𝒚𝒐𝒖𝒓 𝒔𝒍𝒂𝒗𝒆.❞ A Royal Story. Dia hanya seorang penyanyi. Sekadar penghibur yang malang di kelab malam...