Bab 20

36 2 0
                                    

"Dato'" tegur pembantunya yang menyambut di pintu.

"mana Datin?"

"Di belakang, Dato'" yang merujuk kepada ruang halaman belakang banglo 2 tingkat itu.
Dato' Loqman menanggalkan tali lehernya sambil berjalan menuju ke arah isterinya.

"Muna.." lembut sapaan pada isteri kesayangannya.
"kenapa termenung ni..?"

"Muna buat sesuatu hari ni," isterinya masih memandang ke depan tanpa menoleh ke arahnya.

"Muna buat apa?" lain benar perilaku isterinya hari ini.

"Muna pergi cari Nissa.."

"Hmmm.." keluh Dato' Loqman.

"Haziq ada balik semalam. Dia mintak duit. Dia cakap macamana abang nak bagi duit pada dia bila abang duk tabur pada Nissa,"

"Allahu Muna...Muna dah habis fikir ke masa Muna pergi cari Nissa tu?"

"Muna tak fikir apa pun abang masa tu. Selama kita kahwin, Muna tak pernah dengar abang ada perempuan lain. Muna bahagia. Rumah tangga kita sempurna kecuali satu je abang,"

"ya, Haziq"

"Masa Muna marahkan Nissa, Nissa ada sebut pasal nafkah cucu-cucu kita. Lepas Muna dah balik baru Muna terfikir, yang selama ini kita biarkan Nissa seorang diri besarkan cucu-cucu kita. Muna ego, Muna rasa Nissa tak layak untuk Haziq."

Datin Muna berhenti seketika, menarik nafas sebelum menyambung,

"Tapi tadi masa Muna jumpa Nissa, Muna tengok hidup dia terurus bang. Ada kerja elok, ada pangkat, dengan usaha sendiri. Nissa yang kita kata anak haram tak tahu asal usul tu jauh lebih baik dari anak kita yang akhirnya jadi sampah masyarakat," suaranya tersekat-sekat, sebak dan sesal di hati.

"Muna.."

"Abang, besar dosa Muna kan bang, menghina Nissa hanya sebab dia tak ada keluarga. Muna sebenarnya malu, malu dengan Nissa. Muna tahu, tak perlu abang bagitahu pun Muna tahu, tak ada apa-apa antara abang dan Nissa."

"Abang mintak maaf Muna. Abang sorok dari Muna cerita abang volunteer wakilkan Nissa semasa dia menikah beberapa bulan lepas. Cucu-cucu kita pula panggil abang, atuk. Bahagianya Allah sahaja yang tahu," Dato Loqman tersenyum mengingatkan cucu-cucunya

"Nissa menikah? Muna langsung tak tahu. Abang dapat jumpa cucu-cucu kita ya? comel tak bang?"

"Budak-budak tu comel, ada iras Haziq, ada iras Nissa, comel-comel belaka. Muna tak teringin ke dapat panggilan nenek dari diorang?"

"Muna rasa bersalah bang...tapi hati Muna, maruah Muna..Muna tak sanggup nak mintak maaf lepas dah serang Nissa macam tu,"

"tak apalah, satu-satu..asalkan Muna insaf cukuplah, abang dah cukup bangga,"

"Muna teringin nak peluk cucu-cucu kita.."

Tiba-tiba, pembantu rumahnya bergegas memanggil,

"Dato', ada panggilan dari balai,"

Dato' Loqman cuma mampu menggeleng, apalagi yang Haziq buat kali ni,

"Hello, saya Loqman,"

"Encik ahli keluarga Haziq Iqbal bin Loqman?," tanya pegawai di hujung talian.

"Ya saya ayahnya,"

"Terima kasih untuk pengesahan. Saya ada berita kurang baik untuk disampaikan mengenai anak encik,"

"Apa lagi yang anak saya buat kali ini Tuan?"

"Anak encik telah disahkan meninggal dunia, akibat overdose di party malam semalam. Kejadian baru disedari tengahari tadi oleh rakan mangsa. Tuan boleh ke ........" baris seterusnya kedengaran samar dan sayup..

"Allahhhhhuakbarrr.."rintih Dato Loqman pada Tuhannya.

"Abang, kenapa abang..."

"Encik Loqman, saya ucapkan takziah atas kehilangan," dengan itu talian diputuskan.

"Allah, ampunkan aku ya Allah...ampunkan aku..aku gagal mendidik anak aku, satu-satunya anakku ya Allahhh.." tangisan berlinangan. Dato Loqman terjelepuk di kerusi, meraup wajahnya dan air mata yang berlinangan.

"Muna, anak kita dah takde Muna.. akibat OD," dalam linangan air mata, fakta itu disebut.

"Abang..salah Muna abang, Muna yang bagi dia duit bang, Muna yang salah,"

Kedengaran hiba tangisan sepasang suami isteri yang kehilangan satu-satunya zuriat akibat ditaburkan wang ringgit. Penyesalan yang tidak berkesudahan. Dato' Loqman memujuk isterinya,

"Muna bersiap ya, kita pergi jemput anak kita. Haziq tetap anak kita, zuriat kita. Muna bersiap, abang tunggu."

Tidak lama kemudian, Datin Muna turun memakai jubah hitam, berselendang hitam.

"Jiran kita Hajah Maznah bagi baju ni dengan selendang ni lepas dia balik dari Mekah, 5 tahun lepas. Ini aja yang Muna ada bang.." ujar Datin Muna kesal.

"Tak apa, lepas kita kebumikan anak kita, abang bawa Muna belajar bersama abang. Ada hikmah pemergian anak kita, InsyaAllah" kemas genggaman Dato' Loqman, cuba menyakinkan isterinya bahawa ini mungkin untuk pengakhiran yang lebih baik.

*****"*****

"Takziah papa, Nissa baru tahu pasal arwah Haziq," ujar Nissa dalam panggilan telefon. Mahu melawat, dia tidak bersedia menghadapi Datin Muna.

"Arwah ditanam di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Damansara, bolehlah kalau Nissa nak pergi ke sana bila ada kesempatan."

"InsyaAllah pa, Nissa sentiasa akan doa yang terbaik untuk arwah, Nissa dah maafkan semuanya, Nissa tak berdendam pun dengan arwah,"

"Alhamdulillah, terima kasih Nissa, papa hargai sangat,"

"Papa kuatkan semangat ya,"

"Nissa, papa nak mintak maaf pasal mama datang serang Nissa tu. Haziq yang fitnah Nissa dengan papa. Tapi mama dah menyesal Nissa. Papa harap Nissa dapat maafkan dia,"

"Hmmm..itulah..Nissa pun tak tahu nak cakap macamana. Nissa tak mampu nak handle tekanan macam tu lagi dah pa,"

"Papa faham Nissa,"

*****"*****

Tak Henti GeloraWhere stories live. Discover now