Dendam yang tersemat rapi menjadi titik mula. Aku melangkah dengan megah, tanpa senyuman walau sedikit. Dalam diam ekor mata mencuri pandang wajah mereka.
Dalam diam senyuman sinis diukir. Kepuasan yang tak dapat diucap apabila diri menjadi tumpuan. Peluang depan mata akan aku gunakan sebaik mungkin.
Mereka golongan yang menyakiti dan perbuatan kotor mereka akan kembali terpantul.
'Bagaimana cara membunuh dalam sepi?'
'Pukau mereka dengan matamu, perangkap mereka dengan senyumanmu, genggam mereka dengan lenggok suaramu.'
'Selepas itu?'
'Jatuhkan mereka.'
'Maksudnya?'
'Tinggalkan.'
Nafas aku hela berat. Mata terpejam rapat dan kegelapan mula menghuni. Jahatkah aku?
Bagiku, mereka adalah sama. Tiada yang membezakan kecuali rupa.
-040119-