Puan Mariam terdengar bunyi televisyen dibuka dibawa dengan bunyi seperti ada orang dekat dapur je tapi sebenarnya takde pun.
Puan Mariam menuruni tangga dah prepare bersama tongkat suaminya, Encik Abu. Kot kot ada pencuri boleh dia beduk.
Puan Mariam mendekati ruang tamu yang televisyen nya terpasang. "Haaaaa!!!!" kejut Puan Mariam sergah secara tiba-tiba. Alya berhenti makan kacang pandang Puan Mariam bersama tongkat yang dah get ready nak pukul. "Lahh Alya ke. Ummi fikir siapa lah tadi." ujar Puan Mariam letak tongkat ditepi sofa lalu terus join Alya duduk. Alya sengih saja kerana salahnya sendiri main sergah balik tak inform sesiapa.
Alya terus menyalam Puan Mariam. "Bila sampai?"
"pagi tadi mi. Kaklong ambil Alya tadi dekat stesen bas. " cerita Alya secara detail kerana Puan Mariam tak ubah seperti polis yang sedang menyiasat. Dari Puan Mariam akan tanya dia satu satu baik dia terus je cerita. Haa kan senang!
"balik lama ke sekejap?"
"3 minggu mi. Alya cuti sem lepastu start new sem pulak."
Puan Mariam mengangguk kepala saja. "Alya de...." soalan Puan Mariam terbantut bila suara Adam menjelma dari arah tangga.
"Nenek!!" Puan Mariam dan Alya menoleh pandang Adam yang berpaut pada besi tangga sambil tangan menggosok mata menuruni tangga. "haa pergi tengok Adam tu. Ummi nak masak jap." Puan Mariam bangun dari sofa tetapi pantas tangannya dipaut Alya.
"Kaklong cakap ummi ada semput lately ni. Ummi okay ke? Ummi duduk jelah. Biar Alya je buat bagi badan Ummi rest tak penat." nasihat Alya menyuruh Puan Mariam duduk. Lalu Puan Mariam akur jua akan kata kata Alya. "Itu haritu tapi sekarang ummi dah okay dah tapii..." Puan Mariam diam sebentar. "Haa yelah."
"Ya pergi dekat Adam jap."
Alya menuju ke arah Adam yang tersengguk duduk di tangga. Dah Kenapa lah dia ni. "Ya Allah Adam. Kenapa tidur sini." Alya terus mengangkat anaknya yang kini sudah menginjak 4 tahun.
Adam membuka mata sedikit. "Ibu?" Adam yang terbaring di bahu terus pandang Alya. "Ibu dah balik!!" girang saja hati si Adam bila ibunya pulang. Pelukan dieratkan Adam.
"Adik dah bangun?"
Diam terus bunyi takde dah sebarang bunyi dari Adam. Barangkali dia dah tidur. "tidur balik pulak si kecil ni." sangka Alya sempat tepuk punggung anak lelakinya itu.
"tidur balik ke tu?" kuat suara Puan Mariam berkata-kata. Alya toleh walaupun tak nampak lalu menjawab "haah mi."
"Adam memang kuat mengigau sikit." balas Puan Mariam. Alya tersenyum tidak menjawab lalu terus naik ke bilik. Rasa tercabar dirinya sebagai seorang ibu bila tak tahu anaknya punya habit. Muncul sifat kesal dalam dirinya.
"Betul lah abang kata aku selfish. Anak sendiri pun tak tahu pe-el dia." Alya berkata sendiri pada dirinya. Sambil hati membuak buak sedih.
***
Hariz baru saja pulang dari kelas bersama teman-temannya, Ghani dan Fitri.
Dia terserempak pulak dengan Ayu, gadis yang dia terlanggar nasi goreng dulu kini dah jadi kawan dia. Tetapi rapat tak rapat je. "Hi Iskandar."
"Ermm hi Ayu."
Ghani dan Fitri pandang Hariz lalu senyum sinis. "nak jumpa awak jap." suruh Ayu lalu Hariz dan kawan-kawannya nak berganjak tetapi pantas Ayu menjawab, "alone" Ghani dan Fitri mengalah lalu mereka salam bro dan beredar dari situ tinggalkan Hariz bersama Ayu.
"kenapa ni Ayu?" soal Hariz bila lihat muka Ayu yang lain betul. Lipstick merah nak cium sapa tah tu. Ni kalau Mirul dan Aiman kawan kawan sekolah Hariz ada confirm kena bahan "nak cium bontot lembu kot."
Hariz tergelak sendiri bila teringat kawannya sebelum sempat Ayu menjawab persoalannya tadi. "Actually saya nak number awak boleh?"
"number saya?buat apa?"
"ahhhh." gagap pulak si Ayu ni.
"Coach....haa coach Faizal nak cari player untuk next tournament. So dia suruh saya cari awak minta number phone. So senang dia nak contact." jawab Ayu. Hariz berkerut dan terus menjawab okay. Dia pun ambil pen dari poket baju kemejanya dan menulis nombor di tangan Ayu selamba saja.
"nombor saya." tunjuk Hariz. Ayu yang terpaku dengan Hariz itu pandang saja muka Hariz dari sepanjang dia tulis sampai Hariz pergi dari situ.
Hariz terus berjalan pergi. Tak nak lama lama kang susah kalau perempuan ni tiba-tiba perempuan ni buat benda gila. Dia cukup kenal ciri ciri perempuan macam ni. Ni semua nak goda biasalah. Tetapi satu hal mereka tak tahu bahawa hanya Alya mampu runtuhkan ego Hariz sekali gus mampu goda Hariz. Only her! Itu yang Hariz selalu simpan dalam otak bila hati berkelocak dengan permainan perempuan perempuan yang ada di UPSI ini.
Ghani dan Fitri menunggu kehadiran Hariz. Setibanya Hariz di situ. Mereka sambung berjalan untuk makan sebelum next class bermula. "apa dia nak?" soal Ghani.
"nombor aku dia kata coach Faizal nak." jawab Hariz biasa saja. "kau bagi macam tu je?" Fitri pula bertanya. Hariz pandang mereka berdua lalu menganggukkan kepala. Sampai satu saat dia sendiri tergelak menambahkan tanda tanya Ghani dan Fitri.
"Bodoh lah kau. Takkan aku nak bagi nombor aku dekat dia." Hariz berhenti membuka telefonnya dan menunjukkan chat whatsapp antara dia dan coach Faizal tetapi jari Hariz tertekan chat dari Alya yang baru saja mesej dirinya.
Ghani dan Fitri tergelak berpandangan sesama sendiri lalu menyebut isi chat itu.
"Abang, Ya dekat rumah. I miss you baby." sebut Fitri tergelak diikuti dengan Ghani yang tergelak juga. Hariz terus menarik kembali telefonnya bila tengok memang dia terbuka chat Alya.
Hariz tanpa segan silu tunjuk 'middlefinger' pada Ghani dan Fitri. "kau yang buka setan." marah Fitri dibawa dengan gelaknya.
"Relax lah kau ni. Amacam dengan Ayu tu." Ghani cuba coolkan keadaan dan berusaha tukar topik. "Haa baby macam mana dengan Ayu tu?" Fitri mengejek dia masih tak boleh bla dengan chat yang ditunjukkan Hariz tadi.
"nak dengar aku cerita ke tak nak?"
"eh nak nak"
*to be continued...
YOU ARE READING
Kerana Adam Iskandar 2: Cinta Kita
RandomSambungan kisah Kerana Adam Iskandar. Kerana Adam Iskandar 2 : Cinta Kita. Dua remaja yang sedang meningkat dewasa semakin diuji dengan berbagai ujian percintaan jarak jauh. Mampu kah mereka melawan segala hawa nafsu mereka? 273km jarak kejauhan...