Part 12

589 6 6
                                    

6 Tahun kemudian,

Langit malam ini kelihatan tidak malam selalunya, diterangi sang purnama. Entah mengapa sang purnama bagai menyorok di sebalik gumpalan. Sinaran sang purnama juga tidak terlihat menerjah alam semesta. Bintang-bintang dimana? Di dada langit malam tiada sebutir bintang yang biasanya menghiasi. Sunyi sekali malam ini seakan tiada yang sudi menemani diriku disaat ini yang tersiksa dengan merindui orang jauh meninggalkanku buat selama-lamanya.

"Nak, tak masuk tidur lagi?" Suara Umi menerobosi di telinga mematikan lamunanku. Aku menoleh sekilas wajah Umi yang semakin hari dimamah usia. Senyuman dibibir terus terukir.

"Tak rasa mengantuk lagi Umi." Jawabku mendatar. Aku memeluk tubuh yang kedinginan sambil pandangan ku masih mendongak ke atas langit mencari kelibat jutaan bintang. Aduhai bintang, aduhai sang purnama. Tidak pantaskah aku memerhati kau? Sehinggakan bintang dan sang purnama seakan menjauh.

"Umi tahu nak, Umi tahu Eyza rindukan arwah Amirul ya?" Mata Umi dapat ku lihat sudah mula berkaca. Hatiku sudah diasak-asak kesedihan.

Aku mengangguk perlahan. Hujan mula rintik-rintik jatuh ke bumi. Hatiku mula dihuni rasa hiba apabila merindui seseorang yang sudah tiada. Amirul Mukmin telah meninggal dunia sebaik aku melahirkan Aidil Eiman. Baru bahagia berputik mekar menjadi bunga, lalu gugur ke tanah juga. Mujurlah ada secebis kekuatan untuk aku menongkat dikala semua harapan kebahagiaan bergentayangan jauh.

Menerima dengan berlapang dada, redha setiap ketentuannya. Aku ingin jadi seorang manusia yang tabah, setabah pepohon berdiri tegak. Tidak sesekali tumbang, biarpun berulang kali dilanda bencana alam.

Aku menahan keluh supaya tidak didengari Umi. "Umi, kenapa abang Mirul tak pernah cerita kat Eyza yang dia hidap kanser paru-paru?" Soalku.

Umi hanya melemparkan senyuman nipis. Dari riak wajahnya terpamer sayu dan sendu, seolah-olah sedang menyusun kata-kata dalam pemikirannya.

"Arwah Mirul terlalu sayangkan Eyza. Mirul khuatir kamu risaukan kesihatan dia, sebab tu Mirul mintak Umi jangan bagitahu Eyza." Beritahu Umi. Ada getaran pilu suaranya.

Aku berasa hangat di tubir mataku. Seakan air mata sedang mahu tertumpah. Rasa sedih sudah lali denganku. Aku segera berkalih memandang wajah tua Umi. "Kenapa Allah selalu bagi ujian kat Eyza? kenapa Umi? Eyza tak kuat Umi... tak kuat..." Aku menerkup mulutku dengan kedua-dua tapak tanganku dalam berjuraian mutiara halus.

Pantas bahuku diusap lembut oleh Umi. "Nak, Allah tahu Eyza sedih. Allah tahu Eyza sudah penat. Allah tahu segala apa yang tersirat dihati Eyza. Tapi percayalah nak, Allah tak akan uji sesuatu di luar kemampuan kamu... Setiap ujian, dugaan dan cabaran dalam hidup kamu... Allah tahu nak... kamu boleh buat, kamu boleh tahan, kamu boleh harunginya..." Umi tersedu-sedan menghabiskan ayatnya.

"Maafkan Eyza... Eyza terlalu rapuh dalam landasan hidup Umi... Eyza bersyukur ada Umi... Timah... yang selalu beri semangat kat Eyza." Aku lekas memeluk erat tubuh Umi. Mataku sudah lencur dengan titisan air mata.

"Kau hamba-Nya yang terpilih Eyza... orang yang menerima ujian paling banyak adalah tanda Allah yang paling sayang. Allah menguji kau dengan pelbagai macam dugaan. Allah juga akan menaikkan darjat bagi mereka yang sedang kehilangan orang yang dicintai." Suara Fatimah menyapa dihalwa telinga. Aku meleraikan pelukkan Umi lalu mengesat pilu air mataku yang mengalir dipipiku.

Fatimah merenung sejenak ke arahku. Bibirnya membentuk ukiran senyuman sedikit. "Eyza, setiap yang hidup pasti akan mati. Kita je yang tak tahu bila? Esok ke? Lusa ke?" Fatimah menggeleng-geleng kepalanya.

"Kita yang diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini, patut terus berusaha memperbaiki diri menjadi lebih baik... abang Mirul tetap pergi tak akan kembali. Kau akan dipertemukan semula di jannah kerana itu tempat paling terbaik orang yang saling mencintai hanya kerana Ilahi." Jelas Fatimah. Ayat yang dijelaskan Fatimah, sedikit sebanyak menjentik hatiku. Aku cuma manusia yang biasa. Kadangku kuat sekuat pepohon... kadangku juga rapuh serapuh daun yang dibawa angin pergi.

Mengharap Sebuah KebahagiaanWhere stories live. Discover now