Bukan mudah bagi gadis NurEyza Eliyana menempuhi perjalanan takdir yang telah ditentukan Tuhan. Derita, gembira dan bahagia umpama warna yang mewarnai kehidupannya. Bermula dengan perkahwinan pertama atas dasar cinta yang dilafazkan Nazril, tanpa ragu-ragu dia mengharap sebuah kebahagiaan. Sebaliknya, ia adalah bagaikan mimpi ngeri yang dialaminya.Hampir sahaja Eyza tersungkur dalam takdir. Namun dia bangkit kembali setelah Amirul Mukmin menjadi pengubat, penawar, dan penyembuh hatinya yang terluka kerana pendustaan yang diciptakan Nazril. Menerusi perkahwinan bersama-sama Amirul, cinta pandang pertama sewaktu kecil memberi erti kebahagiaan yang diharapkan Eyza. Lahirlah permata hati Aidil Eiman yang tiada ternilai harganya. Dia diuji lagi apabila suami tercinta akhirnya meninggal dunia. Mujurlah bersandarkan pada iman dia kuat meneruskan hidupnya.
Setelah itu, Nazril hadir kembali menagih cinta darinya. Lelaki itu tidak berputus asa meraih cinta Eyza. Baginya, Eyza segala-galanya. Dia tak akan sesekali mengalah mendapatkan cinta Eyza. Dia mahu tebus dosa-dosanya yang lama. Kekesalan yang tidak bertepi teramat-amat membuat hidupnya hilang arah.
Siapa yang lebih mengetahui? Melainkan Yang diatas sana. Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih dan Penyayang. Dia menghadirkan segala rasa cinta dalam hati Eyza. Hati yang kian lama mati, kini mekar disirami kasih dan sayang tulus dari seorang lelaki yang tika dulu pernah melakar memori pahit. Bagai tidak terucap syukurnya. Nazril mengambil peluang kedua yang diberi Eyza dengan sebaik-baiknya. Sumpahnya, dia akan membahagiakan isterinya sehingga akhir hayat. Itu janji Nazril.
........
Perkataan maaf sukar untuk diungkapkan, apatah untuk memaafkan. Tapi apa yang aku dapat jika berdendam? Berdendam tak akan dapat manfaat apa-apa, hanya akan hidup dengan penuh rasa benci. Bila dalam diri dikuasai benci, semua benda-benda baik akan sukar kita perolehi dalam kehidupan. Memaafkan itu memberi ketenangan dan mendamaikan hati yang resah. Sedangkan Allah pun mengampunkan dosa-dosa kita terhadapNya. Lagipula kita hanya manusia?
Sekejap saja masa berlalu. Pejam celik sudah hampir 2 tahun aku melayari bahtera perkahwinanku dengan lelaki yang sewaktu dulu menghadirkan kedukaan. Puas aku menolak, namun kesungguhan Nazril dalam meraih cintaku telah membuka pintu hatiku untuk menerima cintanya. Ia bukan sekadar harapan ianya kebahagiaan yang kekal abadi menjadi milikku.
Seusai balik dari perkarangan kubur, aku melangkah masuk ke dalam rumah. "Asalamualaikum." Aku memberi salam. Nazril yang mendepaniku terus ku capai tangannya.
"Waalaikumusalam. Sayang gi mana? Abang risau tau. Tolonglah, kalau nak pergi mana-mana suruh Umi temankan." Tanganku dipegang erat dalam genggaman Nazril. Ubun-ubunku dicium lama. Haihh, Nazril ni... asyik-asyik nak melekat aje. Getus hatiku.
"Eyza ke kubur Amirul dan cahaya permata kitalah bang." Aku memaut lengan sasa Nazril sambil berjalan mengiringi ke ruang tamu.
"Yalah sayang, tapi lain kali tolong jangan buat abang risau. Sayang tu mengandung. Apa-apa jadi pada sayang macam mana? Abang tak nak kehilangan sayang... abang kan dah janji nak jaga sayang sehingga hujung nyawa abang. Selagi nafas raga abang belum temui noktahnya abang sanggup buat apa sahaja demi sayang... Aidil dan adiknya Nurin Qalisha..." Nazril tersenyum bahagia. Perutku yang membesar dikucup penuh rasa kasih sayangnya.
Nazril yang sudah berlabuh di sofa sebelahanku itu, aku menatap wajahnya dalam lalu mengerutkan dahi. Manis senyumanku beri. "Nurin Qalisha? Wahh... cantik nama tu bang..."
"Mestilah... secantik ibunya...." Nazril mencium berkali-kali pipiku. Lemas aku dibuatnya. Mata kami bertaut seketika. Perasaan cinta, kasih dan sayang bagai laut yang bergelora di dalam hatiku. Makin lama, bibir Nazril makin mendekat dengan bibirku.
"Eeeee.... Ibu ayah haaa buat apa ni?" Aidil menutup mulutnya. Aku pantas mencubit manja bahu Nazril kerana menahan malu.
"Aidil mari sini kat ayah!" Aidil terus duduk melompat atas riba Nazril. "Ayah... lukisan yang Aidil lukis cantik tak?" Aidil menunjukkan sekeping lukisan yang dilukisnya. Walaupun lukisan tidak beberapa menjadi, sekadar contengan kanak-kanak tetapi ia tetap dipuji.
"Woww! Pandainya anak ayah melukis! Cantiknya sayang..." Nazril mengelus rambut Aidil.
"Bagi ibu, ibu nak tengok..." Pintaku sambil senyuman terus terukir. Lukisan Aidil terlihat wajah dewasa lelaki yang tidak beberapa membentuk wajah.
"Aikk? Lukis ayah je? Ibu mana? Hmm, Aidil sayang ayah sorang je..." Aku saja mengusiknya.
Aidil menghampirku. "Ibu, cikgu mintak Aidil lukis gambar ayah sempena hari bapa. Tu pasal Aidil lukis gambar ayah... Alahh, ibu... Aidil sayang ibulah..." Aidil mengucup pipiku berulang kali.
"Ya, ibu tahu... ibu pun sayang Aidil..." Ucapku perlahan sambil tersenyum.
"Ok ibu! Aidil nak lukis wajah ibu jap. Siap nanti, Aidil tunjukkan kat ibu." Aidil berlari-lari anak menuju ke biliknya.
"Ayahnya sayang tak?" Nazril membisik ke telingaku. Kepalanya sudah bersandar dibahuku.
"Tak werkk..." Aku menjelir lidahku.
"Ouhh, tak sayang abang ermmm..." Semakin galak Nazril menggeletek pinggangku. Aku terbahak-bahak ketawa sambil menolak tangan Nazril.
"Sayang, auchhh!" Nazril mengeluh sakit. Dadanya disentuh.
Aku sudah cemas. "Abang? Abang sakit dada ke?" Soalku risau.
Tanganku tangkas dibawa Nazril untuk dilengkap pada dadanya. "Abang nak Eyza tau, yang Aidil, Eyza dan Nurin adalah jantung yang sentiasa berdegup. Terima kasih sayang, terima kasih sangat-sangat... terima kasih kerana terima cinta abang... terima kasih susah payah sayang mengandungkan zuriat abang... terima kasih sayang... Eyzalah cinta hati abang... Eyza adalah nyawa abang... jangan pernah ragui cinta abang... cinta abang hanya untuk Eyza seorang... abang janji sayang, abang janji akan bahagiakan sayang... sayanglah nafas abang... sayanglah isteri abang didunia dan disyurga..." Nazril membelai-belai mesra rambut panjangku. Pipiku lama diusap penuh belaian kasih. Terus tubuhku dipeluk seerat-eratnya.
"Hishh, abang ni! ingat apa tadi! Eyza pun sayang abang juga..." Aku melentokkan kepalaku di bahu Nazril. Jelas matanya terpancar sinar cinta. Aku dibuai dalam dakapan cinta Nazril. Segala yang telah berlaku dalam takdir hidupku, sama ada duka mahupun bahagia adalah takdir yang tersurat dari Yang Maha Esa. Ya Allah, terima kasih, atas berkat kesabaranku menyelusuri takdirMu. Akhirnya kebahagiaan yang ku dambakan tercipta untukku. Percayalah, dalam hidup penderitaan tidak selamanya bertandang. Sinar kebahagiaan bakal menjelang. Setiap penantian tidak akan lelah kerana bahagia akan datang sendiri. Takdir Tuhan itu indah.
TAMAT.
Alhamdulillah... akhirnya tamat sudah cerpen ini. Ribuan terima kasih saya nak ucapkan kepada semua yang membaca dari awal sehingga akhir. Terima kasih juga kepada kak Mai yang mengajurkan projek ukhuwah ini. Semoga ukhuwah yang terbina kekal selamanya. Ini cerpen karya sulung dari saya. Jujur saya ingin katakan, saya tidaklah pandai membuat cerita. Ini sekadar percubaan saya dalam dunia penulisan. Minta maaf andai ada kesalahan ejaan atau tatabahasa.
Disini jua saya mahu perkatakan, janganlah telalu mengejar kesempurnaan kerana ia bukan jaminan kebahagiaan yang selamanya. Sebagai manusia kita juga insan yang tidak sempurna. Jadi mengapa kita berharap insan yang sempurna? Hakikatnya, tiada insan yang sempurna dalam dunia ini. Bersyukurlah dengan apa yang sudah kita miliki kerana itulah bahagia sebenarnya. Kita akan merasakan betapa berharganya kebahagiaan itu apabila ia pergi. Moga kebahagiaan adalah milik kita semua!
pandachef1zz
tomyamputihcampur
NA_NABH
Misssecret1207
IDi_may
seribayu
thetennba
ZuraAcs
Ai_meow
Ir_mefraN
Juna_Una
YOU ARE READING
Mengharap Sebuah Kebahagiaan
Short StoryMengisahkan liku-liku hidup tentang seorang gadis OKU yang bernama NurEyza Elyana binti Hashim dalam menempuh perjalanan takdir yang diharapkan bahagia. Lafaz kalimah cinta yang diungkap Nazril merangkap bos ditempat kerja membuat gadis ini terpaku...