Alya dan Hariz spend waktu mereka tengok tv bersama di ruang tamu sebaik saja Hariz balik dari Tanjung Malim tadi.
Mereka baring berpelukan sesama sendiri sambil menikmati tv. Lama juga mereka dalam posisi begitu sehingga lah Alya dongak sikit pandang Hariz.
"Marah Ya lagi tak?" lembut dan manja saja intonasi suara Alya. Dia suka pakai cara ni dah berkurun lama dia kahwin kalau gaduh je cara ni lah dia pakai.
Hariz pandang Alya sekilas saja lalu menggelengkan kepalanya. Dia try nak ego tu. ((kerek sungguh))
Alya sepertinya terasa dengan perilaku Hariz yang hanya menggelengkan kepala tanpa berkata sepatah lalu dia pun bangun dari dakapan Hariz. Tetapi terpancit pula aksinya bila Hariz tarik kembali pinggang Alya kembali dalam dakapan Hariz.
"Biar macam ni sekejap, abang tak banyak masa ni. Pagi nanti kena balik Tanjung Malim balik. Abang tak balik sampai final exam." bisik Hariz pada Alya. Aduh berbunga terus hati Alya dengar perkara-perkara macam ni. Alya tersenyum sendiri dan terus menyambung kembali menonton tv bersama-sama suaminya lagi ganteng dan kacek.
***
Puan Mariam terjaga dari tidur. Terdengar bunyi tv di bawah dia dah jadi tak sedap hati. Lantas dikejutkan suaminya pula.
"abang bangun." Puan Mariam menggerak gerakkan badan Encik Abu. Encik Abu buka matanya sedikit saja lalu menoleh pada Puan Mariam. "awak nak apa, Yam?"
"tak dengar tu bawah tu ada bunyi tv. Saya risau lah bang. Pi tengok bang." suruh Puan Mariam. Encik Abu diam sebentar dan memang dia pun dengar sesuatu.
"Hadif lah tu atau Alya ke. Awak ni dah lah tidur." positif saja pendapat Encik Abu lalu baring dan tidur kembali tetapi malangnya tidur Encik Abu tak nyenyak bila dia kembali dikacau Puan Mariam buat kedua kalinya. Encik Abu fed up dan ikutkan saja kata isterinya pergi turun bawah tengok.
Perlahan saja langkah Encik Abu dan Puan Mariam. Langkah Puan Mariam tu laju sangat kakinya yang sedang menuruni tangga terlebih dua tangga membuatkan dia hampir nak terjatuh tetapi dia terlanggar suaminya. Encik Abu pandang Puan Mariam marah saja. Puan Mariam menyalahkan tangga lalu disepak tangga itu.
Encik Abu perlahan-lahan mendekat dan lihat. Puan Mariam dah bersedia kayu besbol. "Lahhh Hariz dengan Alya ke." ujar Encik Abu bila melihat anak dan menantunya di situ.
Puan Mariam turunkan kembali kayu besbolnya. "Ummi. Abah kenapa ni?" tanya Hariz yang sudah terlerai dakapan mereka sebentar tadi.
"Takdelah Ummi kau tu salahkan. Sibuk betul nak tengok siapa dekat bawah." ulas Encik Abu terus beredar dan mendaki anak tangga untuk kembali ke bilik. Sementara Puan Mariam masih disitu pandang Alya dan Hariz.
"Riz kata dengan ummi yang Riz tak balik." pelik pulak Puan Mariam anak dia ni sembang pacak je tak balik. "ni balik sekejap je mi. Siang nanti Riz balik Tanjung Malim balik."
"Ohh..ha yelahh Ummi nak naik atas tidur. Korang ni jangan lama sangat sini. Tidur juga Hariz tu nanti nak hadap perjalanan balik Tanjung Malim tu." nasihat Puan Mariam lalu terus pergi mendaki anak tangga ke bilik. Bagus lah kalau Alya dan Hariz pun dah berbaik.
"abang, dah lah jom tidur. Nanti abang nak balik tanjung malim susah pulak sebab tak tidur." Alya bangun terus pandang Hariz. Ditariknya tangan Hariz suruh naik atas tidur. Lama kelamaan Hariz mengalah dan akur ikut Alya naik ke atas selepas tv dimatikan.
Adam dan Idris masih tidur nyenyak tanpa gangguan jadi Alya dan Hariz pun ambil tempat iaitu tidur di lantai. Hariz tarik Alya supaya baring dalam dakapannya. (rindu betul Hariz dekat bini dia kalau boleh setiap masa nak peluk)
YOU ARE READING
Kerana Adam Iskandar 2: Cinta Kita
RandomSambungan kisah Kerana Adam Iskandar. Kerana Adam Iskandar 2 : Cinta Kita. Dua remaja yang sedang meningkat dewasa semakin diuji dengan berbagai ujian percintaan jarak jauh. Mampu kah mereka melawan segala hawa nafsu mereka? 273km jarak kejauhan...