Keesokan harinya, di dalam kelas A3.
"Korang~"
Jihyo menyerbu kawan-kawannya yang sedang leka berbual sesama sendiri sejurus dia memasuki kelas itu.
Sakura, Chaeyeon dan Irene, masing-masing terkejut dengan telatah Jihyo.
"Kau kenapa?"
Chaeyeon mengerutkan dahinya. Jihyo hanya menyengih.
"Guess what?"
Jihyo memberi senyuman penuh misteri kepada tiga gadis di hadapannya.
"Apa?"
Irene bertanya.
Perasaan curiga mula menyelubungi diri mereka.
"I'm officially Sehun's girlfriend~"
Jihyo senyum selebar-lebarnya.
"What?!"
Sakura dan Chaeyeon menjerit serentak.
Sejurus itu Jihyo mengerutkan dahinya.
"Waegurae... Korang tak suka ke?" mimik wajah Jihyo kelihatan sedikit muram.
Dia tidak menyangka pula kawan-kawannya tidak gembira mendengarkan perihal itu.
"Taklah. Aku okey je. Dieorang just terkejut. That's all,"
Irene cuba memperbaiki keadaan.
Wajah Jihyo mengukir senyuman. Jihyo kembali ceria.
"Alahai korang ni. Janganlah terkejut sangat,"
Jihyo menepuk lembut bahu Sakura dan Chaeyeon. Mereka berdua termangu, tidak tahu hendak berkata apa.
Irene perlahan-lahan mengukirkan senyuman sinis.
"Hubungan tu tak akan lama Jihyo. Senior year will be my year," hati Irene berdetik.
"Okeylah. Aku nak pergi tandas sekejap,"
Jihyo meletakkan beg sekolahnya di tempat duduknya lalu keluar daripada kelas tersebut.
Sakura dan Chaeyeon berpandangan sesama sendiri lalu memandang Irene.
"Kenapa kau cakap macam tu dekat Jihyo?"
Sakura bertanya. Irene hanya mengangkat bahu.
-----
"Niel?"
Jihyo menggumam sendirian.
Daniel sedang bersandar di dinding bersebelahan kelas A3. Gaya Daniel seakan-akan sedang menunggu seseorang.
Daniel mengangkat wajahnya saat dia merasakan seseorang sedang memerhatinya.
"Niel buat apa dekat sini?"
Jihyo terus bertanya.
"Oh, Jihyo. I was waiting for you. Well, Niel nak jumpa Jihyo sekejap,"
Daniel berkata. Nada suaranya kedengaran sedikit bergetar seperti sedang menahan sesuatu.
YOU ARE READING
REFRAIN || KDN X PJH [✔]
FanfictionRefrain bermaksud tahan diri daripada melakukan sesuatu. Itulah Kang Daniel. Akibat suka akan kawan baiknya sendiri, Daniel menahan dirinya daripada meluahkan perasaan sebenar kepada si dia. Daniel tidak mahu merosakkan hubungan persahabatan yang su...