PUTERA Aryan duduk berteleku di balkoni Istana Canes Venatici. Mindanya menerawang jauh. Masih jelas di ingatannya di mana tiga hari yang lalu dia telah dibawa masuk oleh satu bayangan gelap ke dalam satu dunia yang dihuni oleh pelbagai makhluk aneh dan kejam. Peristiwa yang paling tidak akan dia lupa sampai bila-bila adalah di saat-saat akhir sebelum dia diselamatkan dan dibawa balik oleh kedua orang tuanya ke dunia sebenar.
Loket berbentuk air yang dicurah dari satu bekas itu direnungnya lama. "Disebabkan benda ni, aku akhirnya mengetahui rahsia ayahanda dan bonda. Tak sangka mereka berdua merupakan bintang horoscope. King Sagittarius dan Queen Aries yang melindungi dua alam. Alam nyata dan juga alam di sebalik cermin."
Loket itu direnungnya semula. Kini terbayang semula bayangan peristiwa hitam itu di mindanya.
Kini, setahun sudah berlalu dan dalam tempoh satu tahun ini juga Putera Aryan terperangkap di dalam dunia di sebalik cermin ini.
Pelbagai rintangan yang terpaksa dia tempuhi untuk mencari jalan keluar, namun tetap juga tidak berhasil. Di dunia ini juga dia digelar dengan gelaran Aquarius. Ini kerana di dunia ini dia memiliki kebolehan yang luar biasa, di mana dia berkeupayaan mengendalikan air sebagai senjata untuk mempertahankan dirinya dari makhluk-makhluk jahat di dunia sebalik cermin ini.
Putera Aryan merenung cermin yang membawakan dirinya masuk ke dalam dunia aneh ini sambil kedua belah tangannya mengusap rambutnya yang kering bak rumput lalang itu.
Dia tersenyum melihat pantulan dirinya dari cermin itu.
"Disebabkan oleh cermin ini, aku masuk ke dalam dunia yang aneh ni," bicaranya sambil jari telunjuknya di arahkan ke arah cermin itu.
Sebaik sahaja jari telunjukya menyentuh cermin itu, dengan tiba-tiba sahaja satu bayangan gelap muncul di hadapan matanya.
Putera Aryan terpaku. Dia terkejut sebaik sahaja satu figura insan yang sangat dirinduinya, Puteri Ezrinda tiba-tiba sahaja muncul di hadapan cermin itu.
YOU ARE READING
The aQuariuS
FantasyKarya genre FANTASY + HORROR pertama saya! Putera Aryan, seorang yang sangat dikagumi oleh penghuni-penghuni di Nebula Trianggulum. Satu kejadian aneh telah membawa Putera Aryan memasuki satu alam yang dihuni oleh pelbagai makhluk aneh dan tiada ber...