01

5 2 2
                                    


"Haih, dia ni tidur lagi ke?"

Kim Miyeon atau Miyeon, berdiri di hadapan meja seseorang dan memerhatinya yang sedang tidur. Kalau tak terlelap sekejap memang tak sah. Kelas tengah bising pun boleh nyenyak lagi.

Miyeon menggeleng-geleng kepala sebelum menepuk bahunya.

"Yah! Min Yoongi. Bangun sekarang," Miyeon cuba mengejutnya bangun.

Yoongi menggeliat seketika sebelum memandang Miyeon dengan sebelah mata terbuka.

"Apa kau nak? Asyik kacau aku je" kata Yoongi sebelum mencapai botol air mineralnya dan meneguk perlahan-lahan.

"Dah dahlah tu tidur. Ikut jadual, harini kau kena bersihkan kelas. Cikgu semua tengah mesyuarat. Kau, pergi join yang lain kemas sekarang" Miyeon mengarahkan Yoongi sambil menunjuk ke arah beberapa pelajar yang sedang bersihkan kelas.

Yoongi memandang ke arah mereka yang sedang bertugas. "Biar jelah diorang kemas. Aku nak tidur lagi, shuhh jangan kacau a-"

"Ah takde-takde. Dikira tak adil kalau kau tak buat kerja tapi orang lain buat. Dah bangun!" Miyeon menarik lengan Yoongi untuk bangun dari tempat duduknya sebelum Yoongi berpeluang nak sambung tidurnya semula.

"Ugh" Yoongi terpaksa bangun. Riak tak puas hati jelas terpampanh pada mukanya. "Cepatlah, nak aku buat apa?"

Miyeon ketawa kecil sebelum pergi ke belakang kelas dan mencapai sehelai kain dan sebuah baldi kecil.

"Nah, ambil ni. Basahkan, pergi lap cermin tingkap ni" Miyeon hulurkan barang-barang tu kepada Yoongi.

"Ni sah ada yang mengelak buat kerja ni. Yang susah-susah asyik aku je yang kena buat," Yoongi membebel. Miyeon tersengih melihat Yoongi.

"Airnya mana?" Tanya Yoongi sambil mengangkat baldi tersebut.

"Pergi ambil sendiri lah. Tandas bukan jauh pun. Dah cepat-cepat" Miyeon menolak Yoongi perlahan ke luar kelas.

"Aishhh!"

Dengan malasnya Yoongi berjalan ke tandas untuk mengisi air di dalam baldi tersebut dan kembali ke kelas.

Kelihatan Miyeon sedang menyusun buku-buku di rak di belakang kelas. Yoongi mengabaikannya lalu mula mengelap tingkap di bahagian belakang terlebih dahulu.

Tiba-tiba Yoongi mendapat satu idea. Senyuman sinis muncul diwajahnya.

Yoongi memandang kearah Miyeon yang leka membelek-belek buku. Senyap-senyap Yoongi mencelup tangannya kedalam air didalam baldi.

3

2

1

Yoongi merenjis air tersebut di belakang Miyeon. Miyeon tersentak sebelum berpaling ke belakang. Yoongi buat-buat tak tahu dan kononnya mengambil kain lap yang terjatuh.

"Ahh, yah! Min Taguna Yoongi! Kau dah kenapa? Habis basah baju aku" Miyeon memandang tajam.

"Basah sikit je, takyah la overreact sangat. Kacau aku lagi time aku tidur" Yoongi berkata selamba.

Pelajar lain di kelas itu dah biasa dengan perangai diorang berdua. Tak sah tak gaduh sekejap. Dan masing-masing tahu yang Yoongi dan Miyeon berkawan baik dari kecil. Mereka cuma memerhati "perang persahabatan" mereka tanpa complain apa-apa.

Miyeon menggenggam tangannya sebelum mendekati Yoongi yang langsung tak rasa terancam. Miyeon terus mencelup tangannya kedalam air didalam baldi yang sama dan menyapu pada muka putih Yoongi.

Yoongi terus menepis tangan Miyeon dengan reaksi muka terkejutnya pada wajahnya. "Ni dah melebih lah ni"

"Kau buat kat aku boleh pulak?"

Yoongi terus mencelup kedua-dua tangannya kedalam baldi itu sebelum 'mengusap' kepala Miyeon.

"Done, tak payah pakai hair straightener dah. Settle"

"Eeeee, ughh. Min Yoongi! Air tu dah lah kotor! Habis rambut aku" Miyeon memegang rambutnya yang agak basah.

"Atleast air kotor tu tak jadi toner muka kau" Yoongi menyindir.

Miyeon tak mengalah. Dia terus rampas kain lap daripada Yoongi sebelum memerah kain itu pada bahu Yoongi. Air mengalir sebelum membasahi baju putih Yoongi. Nasib baik Miyeon tak perah habis, so cuma sedikit air saja yang mengalir.

Yoongi mengangkat baldi air itu dan halakan kearah Miyeon. Miyeon yang terkejut terus memejam mata dan mengangkat tangan untuk melindungi dirinya dan menunggu nasib malang itu tiba.

Yoongi berhenti. Pelajar lain speechless tengok mereka berdua. Yoongi memandang kearah Miyeon yang dah bersedia disimbah air, sebelum meletakkan kembali baldi tersebut ketepi.

Miyeon membuka mata perlahan-lahan dan memandang Yoongi juga.

Krik krik.

Miyeon terus berundur keluar dari kelas untuk ke tandas. Yoongi menghela nafas panjang sebelum berjalan keluar kelas juga. Pelajar lain didalam kelas terus sambung buat hal sendiri.

_______________

Miyeon kembali kedalam kelas. Rambutnya kelihatan agak basah, termasuklah belakang bajunya. Nasib baik sikit saja.

Miyeon duduk di tempat duduknya. Matanya teralih kearah Yoongi yang berjalan masuk ke kelas. Bahagian bahu bajunya masih basah, mungkin dia bersihkan juga tadi.

Mereka berdua memandang antara satu sama lain tetapi tak mengeluarkan sepatah perkataan pun.

Kelas kembali berjalan seperti biasa apabila guru mereka tiba di kelas.

_______________

Semua pelajar mengemas barang masing-masing untuk pulang ke rumah. Miyeon memandang sekilas Yoongi yang lambat berkemas. Tanpa pedulikan Yoongi, Miyeon terus berjalan ke luar kelas dan menuju ke lockernya. Buku-buku dan fail dimasukkan kedalam locker. Matanya terarah sampul surat pink didalam lockernya.

"Ada lagi ke?" Miyeon menghela nafas. Bukan sekali dia dapat surat tersebut. Tu dah kali keempat. Tapi Miyeon tak pernah buka surat kedua dan ketiga selepas baca surat pertama. Surat-surat itu cuma disimpan di rumahnya.

Sambil memasukkan buku yang dia perlukan untuk ulang kaji malam nanti, dia ternampak Yoongi berjalan keluar dari kelas mereka. Miyeon terus mengalih pandangan dan fokus memasukkan buku kedalam begnya.

Yoongi buat-buat tak nampak Miyeon dan terus turun tangga. Miyeon memerhati Yoongi dan bercekak pinggang.

"Dah lah tak mintak maaf dulu, tunggu pun tak"

Miyeon dan Yoongi selalu pulang kerumah bersama memandangkan rumah mereka dekat. Selalunya mereka akan berjalan kaki daripada menaiki bas disebabkan Yoongi yang suka menyinggah ke kedai komik tak jauh dari sekolah itu.

Miyeon yang agak kecewa terus menutup lockernya. Surat tadi dimasukkan kedalam poket ditepi begnya. Miyeon berjalan menuruni tangga sehingga tiba di tingkat bawah.

Miyeon memandang sekeliling sebelum mengeluh perlahan.

'Dia dah balik dulu ke?'

Miyeon baru saja mengatur langkah ke pagar sekolah sebelum lengannya ditarik perlahan dari tepi.

"Sedih ke tak jumpa aku?"

Miyeon memandang Yoongi yang tersenyum kearahnya. Lengan Miyeon dihayun perlahan-lahan.

"Miyeon ah, aku mintak maaf pasal tadi." Lengan Miyeon dilepaskan. Yoongi menggaru kepalanya yang tak gatal tanpa memandang Miyeon.

Miyeon mula tersenyum. "Okay, aku pun mintak maaf jugak. Habis baju dengan muka kau. Make sure cuci muka betul-betul balik nanti"

"Ye tahu, dah jom balik. Aku nak tergelak tengok muka kau macam budak hilang bila tak nampak aku tadi" Yoongi mengusik.

Miyeon menjeling Yoongi sebelum ketawa perlahan.

______________________________

Fanfic ni dikira fanfic pertama menggunakan account wattpad ni memandangkan saya ada account lain hahaha. Nantikan kisah selanjutnya hehehe. Apa-apapun jangan lupa comment dan vote seikhlas hati ya <3 -syrenajung

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 11, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Look at Me ft Yoongi BTSWhere stories live. Discover now