Ianya bermula pada satu petang di kedai runcit Manap iaitu seorang lelaki tua berusia lingkungan 70an yang berniaga secara kecil-kecilan di sebuah daerah terpencil. Pak Manap seorang lelaki yang berjambang dan memiliki sebuah van untuk memudahkan dia mengangkut barang-barang runcit untuk diniagakan. Semua yang datang ke kedai itu memanggilnya Pak Manap. Tapi aku tidak. Kerana Pak Manap bos aku. Setiap bulan aku dibayar sebanyak 900 ringgit.
Ketika itu aku sedang duduk rilex membaca surat khabar sambil menunggu pelanggan datang ke kedai runcit. Seperti biasa, bila aku tak ada kerja hendak dibuat, aku akan manfaatkan waktu terluang aku dengan membaca surat khabar. Membaca berita-berita hangat tentang perpindahan pemain-pemain bola sepak yang direka-reka oleh media.
"Zaim, kau bawa keluar semua barang dalam van tu, yang mana rak-rak kicap dan sos dah kosong tu, kau tambah" arah Pak Manap.
"Boleh bos, tak ada masalah"
Hari itu aku tengok Pak Manap kelihatan gembira mungkin kerana kemenangan Liverpool malam tadi. Apa yang aku tahu, Pak Manap seorang penyokong Liverpool yang sentiasa mengharapkan Liverpool menang liga setiap musim dan berbangga memiliki pertahanan hebat seperti Lovren yang sentiasa dia agung-agungkan.
"Kau tengok bola malam tadi Zaim? Kau nampak tak kehebatan Liverpool macam mana"
"Malam tadi saya tidur awal bos, mak saya tengok rancangan nyanyi dekat tv, lagipun Arsenal main malam ni"
![](https://img.wattpad.com/cover/174603192-288-k228418.jpg)
YOU ARE READING
Arsenal aku datang!
FanfictionKisah tentang Zaim seorang penyokong tegar Arsenal yang bercita-cita untuk menyaksikan perlawanan bola sepak sebenar di London.