039

105 26 10
                                    

7 years ago

"Apa yang kau mengarut ni Soo?!" marah Ahrin, ibu kepada Min Hee. Naik seoktaf nada suaranya.

Gila. Apa yang baru diucapkan oleh Soorin kedengaran sungguh tidak masuk akal.

"Rin, aku tekad. Kawinkan la Hoseok dengan Min Hee." tangan Ahrin digenggam erat oleh Soorin, iaitu ibu kepada Ae Min.

Soorin, Ahrin dan Chaeyoung merupakan kawan baik sejak di bangku sekolah menengah. Masalahnya sekarang ni Soorin mendesak agar Hoseok mengahwini Min Hee dan bukannya Ae Min, anaknya sendiri.

"Soo, kalau Hoseok kawin dengan Min Hee bagaimana pula dengan Ae Min? Kau tahukan Ae Min sangat mencintai Hoseok. Mereka dah bertunang pun!" Chaeyoung mula bersuara. Berharap agar Soorin mengubah fikirannya.

"Tapi Hoseok tak cintakan Ae Min, Chae. Kau sanggupkah lihat Hoseok kawin dengan wanita yang dia tidak cintai? Sanggupkah kau lihat anak kau begitu? Perkahwinan tanpa cinta cukup menyakitkan." bahu Chaeyoung disentuh perlahan agar wanita separuh umur itu mengerti.

Ahrin dan Chaeyoung mendiamkan diri. Sukar untuk mereka penuhi hasrat Soorin itu. Tambahan pula majlis perkahwinan Hoseok dan Ae Min hanya tinggal beberapa hari saja lagi.

"Tapi sanggup ke kau pertaruhkan cinta anak kau sendiri? Demi kebahagiaan Hoseok dan Min Hee?" wajah tenang Soorin ditatap oleh kedua kawan baiknya itu.

Soorin menguntum senyum.

"Chaeyoung, Ahrin, dengar sini. Mereka berdua tu aku dah anggap macam anak sendiri. Aku sayangkan mereka. Ibu mana yang sanggup rampas kebahagiaan anaknya? Tapi aku rela Ae Min undur diri. Lagipun kalau Ae Min kawin dengan Hoseok bahagiakah mereka? Kita tak boleh paksa Hoseok kahwini perempuan yang langsung tidak dia cintai dan aku nak tengok Hoseok dan Min Hee bahagia." ujar Soorin sebelum dia terbatuk-batuk.

Pantas Ahrin mengambil kotak tisu yang berada di atas meja itu lalu dihulurkan pada Soorin. Soorin segera mengambil huluran itu. Tergamam Ahrin dan Chaeyoung apabila melihat ada kesan darah pada tisu itu.

"Chae, Rin.. tolong tunaikan permintaan aku yang terakhir. Aku merayu." bibir pucat Soorin cuba mengukir senyuman.

"Satukan Hoseok dan Min Hee."

✿✿✿✿✿✿✿

"Aunty memang nak kamu berdua berkahwin. Tapi malangnya pada hari perkahwinan kamu, ibu dan ayah Ae Min terlibat dalam kemalangan maut. Disebabkan berita itu, Ae Min bergegas ke hospital." beritahu Puan Jung yang sudah menitiskan airmata. Dia tahu suatu hari nanti perkara ini akan terbongkar juga.

"Majlis mula kucar-kacir kerana tiada pengantin perempuan. Demi menunaikan permintaan terakhir dari ibu Ae Min, kami suruh Min Hee jadi penganti. Min Hee tidak bersalah dalam hal ini." suara Puan Park juga kedengaran mendekati mereka. Ibu Hoseok dan Min Hee tersenyum sayu.

Ae Min sudah jatuh ke lantai bersama linangan airmata. Selama ini dia sangkakan Min Hee yang bersalah. Kiranya Min Hee perampas. Rupanya tidak.

Melihatkan Ae Min sebegitu Min Hee lantas memegang dagu Ae Min, membuatkan gadis yang sedang menangis itu mendongak memandangnya.

"Ae Min.. kawin dengan Hoseok ya?" Min Hee mengukir senyuman ikhlas.

Membulat mata semua orang apabila mendengarkan ucapan Min Hee. Min Hee rela hidup bermadu?

"Semuanya salah aku. Kalau la aku tolak permintaan mama. Kalau la aku tak jumpa Hoseok. Dan kalau la aku tak balik dari Australia, mungkin semua ni takkan terjadi. Ae Min.. aku sanggup lepaskan Hoseok kalau kau nak." terus Min Hee menarik Ae Min ke dalam pelukannya. Mereka memeluk erat antara satu sama lain. Masing-masing berasa bersalah dengan apa yang telah terjadi.

Ae Min merungkai pelukan. Wajah Min Hee yang memerah akibat menangis itu ditekup dengan kedua tapak tangannya.

Ae Min pantas menggeleng.

"Min Hee, aku takkan rampas Hoseok dari kau. Dan aku takkan berkahwin dengan dia. Dan dengar sini baik-baik. Sejauh mana pun kau berada, kalau sudah tertulis takdir kau bersama Hoseok, korang tetap akan bersama tidak kira apa cara sekali pun." tangan Ae Min mengesat cecair jernih pada kedua belah pipi Min Hee.

"Ibu aku pun nak korang bersama. Aku nak tunaikan permintaan terakhir dia. Lagipun aku dah tak cintakan Hoseok lagi. Aku—"

"Min Hee!" panggil seseorang dari jauh telah memotong kata-kata Ae Min.

Mereka semua segera menoleh ke arah si empunya suara. Kelihatan Jinyoung yang sedang melambai-lambaikan tangan dari jauh.

Saat menoleh ke arah Jinyoung, jantung Ae Min seperti berhenti berdegup. Langkah Jinyoung juga turut terhenti.

"Ae Min." tutur Jinyoung dalam nada sebak. Laju Ae Min berpaling.

Dia kena lari! Ini bukan masanya untuk berjumpa dengannya. Lagi pula hatinya masih belum kuat untuk menghadapi lelaki itu

"Teruk sangat ke muka saya sampai awak sedikit pun tak nak pandang? Dah suka sangat hadap muka Hoseok tu?" sindir Jinyoung sambil berjalan mendekati mereka.

Semua orang terpinga-pinga. Jinyoung dan Ae Min sudah saling mengenali?

Ae Min mengetap bibir. Kakinya ingin melangkah pergi tetapi bagaikan digam pula.

Min Hee mengerutkan keningnya tanda tidak faham akan situasi sekarang.

"Kejap awak kenal Ae Min?" muka Jinyoung ditatap dengan tanda tanya. Manakala Ae Min diam tidak bersuara.

Jinyoung mengangguk sambil menguntum senyuman yang dihiasi titisan airmata. Perasaannya tidak dapat dikawal.

"Dia.."

exoplanetfiction thanks for the cover!

———————————

I miss you so much.

[C] Mama || 정호석Where stories live. Discover now