2.30 a.m
Mereka masih lagi mencari Fatin. Kedengaran bunyi seakan akan hilaian ketawa yang datang dari perpustakaan memecahkan suasana sunyi sepi.
"Fatin! Kau keluar sekarang,Aku tak ada masa nak main2!" teriak Mia. "Aku rasa dia kat dalam library sbb aku dengar suara tu dari situ" ujar Arfiz.
"So, kau nak kitaorang masuk dalam library tu ke macam mana?" soal Nadia dengan rasa tidak berpuas hati.
Kedengaran bunyi seseorang sedang menangis teresak esak di library itu. Semakin dekat mereka berjalan ke arah perpustakaan itu, semakin kuat bunyi tangisan itu. Dhia memberani kan diri untuk masuk ke dalam library yang diikuti oleh Nadia, Mia dan Elly yang masih ragu2.
Apabila mereka masuk ke dalam perpustakaan sekolah itu, keadaan gelap gelita. Tiada sebarang cahaya yang dapat masuk ke ruangan perpustakaan itu. Hanya lampu suluh sahaja yang dapat menerangi ruangan itu.
Huuu.. Huu... Huuuu
Bunyi itu semakin menghampiri mereka, tiba2 mereka ternampak sosok tubuh sedang berdiri tidak jauh dari mereka.
Fatin! Jerit mereka dengan perasaan lega
Nadia segera mendapatkan Fatin tiba2 Elly manahan Nadia dari mendapatkn Fatin.
"Kau sure ke tu Fatin?"
Berderau darah mereka mendengar pertanyaan Elly.
"Ni aku.. Fatin.. Kenapa kauorang tak cari aku.." kedengaran sayu suara Fatin seolah olah lemah.
Serta merta,badan Fatin rebah ke lantai. Mereka segera mendapatkan Fatin yang kaku terbaring di atas lantai.
"Kita kena bawak dia keluar cepat sebelum guard kunci perpustakaan ni" ujar Dhia.
Langkah Nadia mati.
"Weyh. Bukan ke library ni terkunci sejak kita balik sekolah tadi?"
Terbuntang mata mereka apabila mendengar kata2 Nadia.
Mereka segera mendapat kan pintu keluar. Ah, terkunci!
"Kau nak ape sebenarnya hah!?" soal Elly dengan penuh amarah.
Serta merta, pintu yang terkunci itu terbuka. Mereka segera keluar mendapatkan geng lepakko. Tetapi hairan, kemana pergi nya pelajar lelaki itu?Bersambung....