Bab 4 ❤

6.4K 104 2
                                    

"Cinta memang dah berputik dah sejak dia senyum kat aku kau ape tahu? Tak tahu kan? Senyap je takyah berbual. "sengih kelat daz ,dia melihat abangnya yang berkerut muka dan menjongket kening.

"Sengal punya adik, dah jumpa awek terus lupa aku ye takpe kau.. " Mika dengan suaranya nada merajuk.

"Lek ah abang aku saje je test kau hak alah.. Takyah lah nak merajuk bagai tak macho ah lelaki merajuk."Daz memujuk mika abang nya itu. Dia hanya menggelengkan kepalanya bila lah kau nak berubah mika kau punya sombong tu setinggi KLCC kau tahu tak? Waduh susah orang nak bayangkan.

Flashback 2 tahun lepas,

"Mika i nak mintak maaf kat you i janji i takkan buat lagi. "kata perempuan itu. Perempuan itu memegang tangan mika.

"kau nak apa lagi perempuan ! Kau dah puaskan mainkan perasaan aku? Kau curang belakang aku kau ingat aku ni tunggul kayu kat belakang rumah kau ke betina sundal !."Seoktaraf suara Mika yang rendah kini ditinggikan.

" You tolong faham i you, you please maafkan i, i rasa bersalah kat you.. I i yang buat silap maafkan i mika.. "tersedu sedu si perempuan tu membuat rayuan pada Mika. Muka Mika merah padam sebab ego nya setinggi Gunung Everest Mika memandang perempuan tu iaitu Elly. Perempuan pernah aku jatuh cinta dan sayang ,tapi dia tak pernah hargai aku ! Kau musnah kan perasaan aku! Tak guna punya perempuan pergi mampus sana lah sial ! Mika menolak Elly sampai dia tersungkur di jalan.

"tu balasan kau buat kat aku perempuan kau tak pernah hargai aku kau buat aku macam lelaki tengah sesak duit kau ingat aku ni bank kau ke? Kau ni tak kenal diuntung kau tahu tak? Kau taktahu malu ke? Muka je cantik lawa seksi tapi maruah kau letak kat mana? Kat lutut ke? Okay aku dah taknak banyak cakap aku nak kau pergi dari hidup aku dan selama lamanya dan takkan muncul depan aku lagi. Kau ingat Elly jangan muncul lagi! Kita putus!.

"Mikaaaa! To ..tolong i Mika..! I'm so so sorry!.. "Elly merayu dan menangis minta tolong. Namun takde sesiapa yang tolong hanya memandang dari jauh. Hilanglah kelibat Danish Mikhail Bekas Kekasihnya itu.

Sejak haritu Mika berjanji tidak akan menaruh cinta kepada mana mana perempuan. Ego nya setinggi Gunung Everest ,Sombong, Angkuh! .Mika berubah 360°.Tidak akan cinta kasih pada perempuan. Perempuan adalah permainan baginya.

Flashback Tamat.

______________________________________

Sarra pov

Penat ,mahu tidur tapi aku belum lagi zohor,erm nak baring jap lah. Sarra yang tadi baring terus terlelap kelaut sudah, hanya bunyi kipas sahaja. Tiba tiba pintu dikuak dibuka oleh papanya.

Ouh tidur rupanya anaknya itu, baru nak ajak berbual, lama benar dia tak berbual ngan anak anaknya itu, maklumlah semua sibuk ada kerja sendiri. Lalu dia mengusap kepala anaknya itu, sebiji macam mama kamu sayang berkata dalam hati, setelah 20 minit dalam bilik anaknya itu Encik Azri bangun meninggalkan anaknya yg tidur itu biarlah dia berehat baru balik dari kuliah.

Aku membuka mata terpisat pisat bangun dari tidur aku memandang jam menunjukkan pukul 3:30 petang, hmm sempat lagi ni nak solat, lalu dia pergi ke bilik air basuh muka, ambil air sembahyang hendak solat.

Tinggallah rakaat terakhir, dia memohon doa.

'Ya Allah ya tuhan ku ampun kanlah dosa ku, aku hambamu yang lemah, berikanlah aku petunjuk hidayah mu, berikanlah aku jalan yang benar, ya Allah Aku merindui mama ku sangat sangat ya Allah, kau tempat kanlah dia di kalangan orang orang yang beriman, ampun kan dosanya Ya Allah, aku tidak pernah berjumpa dengannya Ya Allah wassallahualaihi muhammad waalahi muhammad. Al Fatihah...Amin Ya Rabbal Alamin.. . 'Aku menitiskan air mata ku sungguh aku rindu mama. Usai solat aku terus turun kebawah perut aku dah keroncong, aku ternampak abang aku duduk dekat meja dapur.

"Assalamualaikum abanggg! "Sergah dari belakang, abangnya pun terkejut.

"Waalaikummussalam adik sarra nak apanya sayang?. "sengih hazryl. Dia tengok adiknya tu makin lama makin cantik pula. "adik kenapa kau dah tak kelang kabut? Yalah dulu kn kau asyik serabut je.. "kata hazryl kepada adiknya itu.

Sarra yang lapar tadi mula menyuap nasi sebab tadi nak turun sebab nak makan, hm sedapnya getusnya dalam hati, tiba tiba teringat sesuatu nak bagitahu abang hazryl. Dia mula bicara.

"Abang Mulai harini sarra nak berubah nak tukar imej sarra ,nak berubah jadi anak yang solehah pada papa and arwah mama. Sarra berjanji. "sarra yang habis bercakap mula duduk disebelah abangnya Hazryl. Hazryl tersenyum melihat adiknya itu yang dah berubah. Mas turun sambil tegur.

"Wahh kak lawa lahh pakai baju labuh tukar dah imej kak sarra alhamdulillah ".ujar adiknya itu sambil tersenyum. Alhamdulillah terima kasih kau ubah diri kakak ku itu bagi dia hidayah.

"Alhamdulillah aku dah berubah doakan aku kay mas?. "sarra memegang tangan adiknya itu lalu terus memeluk dengan erat sekali. Abangnya turut bersyukur.

Bersambung....

Mr. Arrogant Sebelah Rumah [TERBIT]✔EBOOKWhere stories live. Discover now