Arfiz dapat merasakan ade sesuatu yang memerhati kan mereka di hujung bangunan sekolah yang gelap itu. Lantas, dia mengajak Faiz untuk melihat jika ada sesuatu di sana. Mereka berjalan sepanjang blok itu tetapi, dapat dirasakan seolah olah blok itu tiada penghujungnya. Semakin lama mereka berjalan, semakin jauh perjalanan untuk smpai ke hujung blok itu.
Tiba2 mereka jatuh tersembam dan kaku. Arfiz dapat merasakan seseorang sedang mengheret mereka berdua di permukaan lantai hingga lah menuju ke suatu tempat. Mereka menjerit sepenuh hati mengharapkan rakannya yang lain datang menyelamatkn mereka.Argh!
Herman dan Irman yang sedang menunggu mereka keluar tersentak apabila mendengar suara jeritan yang sangat familiar tidak jauh dari pintu keluar perpustakaan itu. Sebaik sahaja Irman perasan yang rakannya, Ikhfan dan Haikal tiada, dia segera bertanya kan kepada Herman tentang perkara itu. Alangkah terkejut nya Herman apabila dia terlupa ketiadaan 2 rakannya itu. Sejak keluar dari kelas tadi, dia langsung tidak melihat kelibat rakannya itu. Tetapi apa yang mengusut kan akal fikiran mereka berdua ialah, mereka sedang berada dalam dilema sama ada untuk memeriksa perkara yang terjadi di sana, atau menunggu sehingga mereka keluar dari perpustakaan itu.
Tanpa berlengah masa, Herman dan Irman berlari lari anak untuk mencari punca arah suara itu.
Keadaan kembali menjadi sunyi sepi. Hanya tiupan angin sahaja yang memecah kan suasana sunyi itu.Bersambung...