💐 Bab 7 💐

3.1K 490 28
                                    

"Abang." Seru Jaera lantas meletakkan segelas air di atas meja kerja abangnya. Jaera melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Jimin, dia juga turut sama memegang segelas air jus oren. 

"Hmm?" Jimin menyahut sambil mencapai gelas yang adik perempuannya letak di atas meja. Air panas itu dihirup sedikit sebelum diletakkan semula di tempat tadi.

"Abang ada apa-apa ke dengan Naddy?" Soal Jaera tanpa dapat ditahan sebaik sahaja duduknya selesa di atas kerusi. Jimin terkejut. Air liur ditelan. Nasib baik tak tersedak.

"Kenapa cakap macam tu?"

"Selalu sangat keluar malam. Jumpa Naddy, kan?" Tebak Jaera lagi. Keningnya yang cantik terletak, menjungkit tinggi. Dia menongkat dagu dengan tangan. Menunggu jawapan dari si abang.

"Mana ada. Keluar saja-saja. Kenapa? Tak boleh?" Soal Jimin semula.

"Eh, tak cakap pun tak boleh. Saja je tanya." Jimin mengangkat kedua belah bahunya.

"Okey."

Senyap sekejap kedua-duanya. Tiba-tiba, Jimin teringat sesuatu. Semalam, ceritanya dan Naddy tak habis lagi. Balik dari menghantar Naddy semula ke rumah, Jimin tidak menanya. Bukan kerana apa, takut Naddy teringat akan kisah itu. Risau menganggu pula emosi.

"Abang!"

"Hah, apa?" Terkejut Jimin tatkala tangan Jaera menepuk meja dengan kuat.

Jaera mengecilkan matanya, memandang wajah si abang dengan penuh curiga.

"Abang macam ada apa-apa je ni. Kejap-kejap termenung. Kejap-kejap diam. Cakap jelah yang ada apa-apa dengan Naddy." Duga Jaera lagi. Memaksa pun ada juga. Jimin berdecit.

"Mana ada apa-apa. Abang okey jelah." Kata Jimin sebelu. mengemas meja yang berselerak. Dikumpulkan kertas, diselitkan ke dalam fail.

"Yakah? Hah ni nak ke mana pula? Abang nak keluar jumpa Naddy?" Soal Jaera ingin tahu. Jimin berdecit lagi kuat kali ini.

"Awak tu diam-diam je. Hoseok ada kan? Call lah dia. Sibuk nak tahu hal abang."

Damn! Jaera ketap gigi. Dia melihat abangnya menyarung jaket ke tubuh, dan mencapai kunci kereta yang ada di dalam bekas kunci.

"Boleh tak jangan sebut nama dia? Tak sukalah."

"Eleh, tak suka, tapi bila dia datang jumpa abang, awak tengok dia juga, kan?"

"Terpaksa!" Jimin mencebik. Bibirnya tersembunyi satu senyuman. Rambut yang baru ditukar warna kepada perang kekuningan diselak ke belakang sebelum topi dipakai. Kemas dan ringkas.

"Abang balik lambat. Kunci semua pintu, jangan keluar ke mana-mana."

"Nak keluar dengan Abang Seok."

Langkah kaki Jimin terhenti. Tubuhnya yang baru ingin melepasi meja kerja terus memusing.

"See? Tadi kata tak suka."

"Kan saya cakap terpaksa. Abang Seok nak makan. Minta teman."

"Hmm.. yelah. Hati-hati." Kata Jimin. Jaera hanya diam dan akur.

"Okey."

* * * * *

"Masuklah." Jimin melangkah masuk ke dalam kondo Naddy buat kali kedua dengan selamba selepas dipelawa. Naddy pula sebenarnya masih dalam mood terkejut. Tiba-tiba dapat mesej dari Jimin bahawa lelaki itu mahu datang ke rumahnya. Mahu tak kaget.

"Kau duduk sorang-sorang?" Soal Jimin. Naddy mengangguk.

"Haah. Duduklah. Nak saya buat air?" Soal Naddy. Jimin menggeleng sambil duduk di sofa.

[COMPLETED/DIJUAL] My Man 내 남자 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now