INVISIBLE LOVE - INVISIBLE CREATURE

46 3 0
                                    

CERPEN OLS VALENTINE'S 2019

TAJUK: INVISIBLE LOVE
PENULIS: Eilis
EDIT BY: MIRAK TIRAK

Harley.
Itu nama dia dan saya?
Sebenarnya saya tidak mempunyai nama yang kekal. Setiap orang memanggil saya dengan nama berbeza seperti monster, beast, evil dan banyak lagi. Namun oleh kerana dia adalah Harley, maka saya akan menjadi Joker.
Nama saya Joker dan ini adalah kisah cinta saya.

SATU tahun yang lalu, saya seperti biasa merayau tanpa arah tujuan. Waktu pada ketika itu sekitar jam 8:00 malam. Saya sedang duduk berehat di sebuah pondok perhentian bas. Ketika itu cuma ada saya dan... Harley.

Dia duduk sambil meyandarkan kepala pada tiang perhentian bas. Saya menatap wajahnya sekilas. Mata bundarnya merenung tepat ke tengah jalan, seperti sedang mengimbas semula satu memori yang menyedihkan. Jelas kelihatan bibir mungilnya yang menawan, dihiasi dengan tahi lalat pada sudut kiri. Pipinya yang kelihatan sedikit berisi pasti menyerlahkan kemanisan wajahnya tatkala dia tersenyum.

Tidak lama kemudian, sebuah bas berhenti. Lantas, dia menyeka air matanya dengan jari lalu bergerak masuk ke dalam. Malam itu merupakan hari pertama saya mula mengekorinya.

Entah mengapa, saya seakan tertarik dan ingin berterusan untuk memandang wajahnya. Sangkaan bahawa selepas beberapa hari semuanya akan berlalu seperti angin, ternyata satu kesilapan. Sesuatu telah berlaku dan saya tidak tahu kenapa ianya berlaku.

Saya jatuh cinta.

Saya yakin ianya cinta. Saya berasa begitu bahagia dengan hanya melihatnya tersenyum. Saya juga terluka di saat melihatnya menangis sendiri.

Harley.

Dia seorang yang manis dan ceria di depan semua orang tetapi apabila bersendirian, dia sentiasa kelihatan sedih. Ada waktunya, dia mula melemparkan pandangan kosong ke arah siling bilik dan menangis sehingga terlelap. Saya hanya mampu duduk di sampingnya dan berharap agar semua kesedihan yang dilalui bakal berlalu pergi

SUATU malam, Harley tiba di rumah dan terus melemparkan semua barangan peribadinya ke atas lantai. Jeritan amarahnya begitu lantang diselangi dengan air matanya yang tidak henti-henti mengalir. Dia duduk merengkot di penjuru bilik sambil menangis... dan buat pertama kalinya, saya berasa begitu kecewa terhadap diri sendiri kerana tidak mampu berbuat apa-apa untuk melegakan perasaannya.

Sepanjang masa, saya cuma duduk bersebelahan dengannya. Hanya itu sahaja... sedangkan saat itu, dia begitu memerlukan seseorang untuk memeluknya dan mengatakan semuanya baik-baik sahaja dan membantunya untuk berhenti menangis.

Saya kekal berjaga di hadapannya sepanjang malam. Sumpah! Hati saya begitu perit melihat dia tertidur sendirian dalam keadaan 'sakit'. Saya bersumpah, itulah kali pertama saya begitu benci dengan diri sendiri yang tidak mampu berbuat apa-apa untuk dia.

Perlahan, saya menyentuh pipinya. Sentuhan yang serupa angin. Saya memandangnya dengan perasaan kesal. Kenapa?Kenapa saya boleh menyentuh benda lain tetapi tidak dia? Suatu ketika dahulu, saya tidak begitu peka dengan keadaan ini, yang tidak boleh dilihat dan tidak boleh meyentuh benda hidup. Namun semenjak perasaan cinta ini hadir, saya enggan berterusan menjalani kehidupan seperti ini.

Maafkan saya Harley. Saya janji, akan buat kau untuk mampu melihat saya. Saya janji, saya akan wujud di hadapan kau suatu hari nanti.

SEMENJAK itu, saya mula mencari dan mengkaji beberapa cara agar saya 'kelihatan' di hadapannya. Saya tidak mahu berterusan menjadi 'halimunan' lagi. Saya mahu dia tahu bahawa saya wujud. Saya mahu dia tahu yang saya begitu mencintainya.

Saya mula 'datang' ke beberapa buah hospital dan klinik untuk 'meminjam' beberapa jenis bahan kimia yang saya perlukan untuk menjalankan eksperimen. Setiap kali saya mengkaji campuran bahan kimia tersebut, saya pasti akan merasakan kesakitan yang sangat dahsyat namun saya tidak akan berhenti dan berputus asa begitu sahaja.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 30, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

THE JOKER AND HARLEYWhere stories live. Discover now