Part 4: Pengenalan

12 1 0
                                    

"Sha?"

Suara tu. Dan Sha? Dalam dunia ni sorang je panggil aku Sha. Tak lain tak bukan...

"Zack." Aku senyum plastik. Asal boleh terserempak kat sini pulak!

"Kau buat apa kat sini sorang-sorang? Nak aku temankan?" Laju dia menyoal. Belum sempat pun aku jawab soalan pertama.

"Err...Tak payah lah kut." Aku senyum plastik lagi sekali. Wajah cantik perempuan di sebelahnya ku kerling sekilas.

Bapak selamba dia tanya macam tu depan awek dia!

"Alahhh.. Aku temankan lah. Kesian kau sorang-sorang. Kalau ada aku, setidaknya tak adalah lonely mana. Kan kan?" Sumpah gedik siaa jantan ni!

Wajah menyampah perempuan disebelahnya ku pandang sekilas. Eh? Dia menyampah kat aku ke? Alamak, aku tak nak kena cop perampas ke apa. Adui!

"Err.. Aku kenal kau pun tak. Ni kan pulak nak minta kau temankan aku. Thanks but no thanks. I got Lisa with me. So, you know." Malas nak explain panjang.

"Laa.. Baru je tadi kau sebut nama aku." Dengan muka tak berperasaan dia kata macam tu. Dia ni faham ke dak? Aku ni cuba nak tenangkan hati awek kat sebelah dia tu. Kang dengan aku aku sekali kena maki. Eee, tak nak.

Lagipun, statement aku tu betul apa. Aku tak kenal pun dia. Ni kan pula nak minta teman. Eee.. Tak nak tak nak. Aku ada Lisa dah cukup baik.

"Aku tahu nama kau je. Lain-lain aku tak tahu." Datar aku berkata. Kang kalau aku senyum ke sengih ke, lain pula perempuan lawa ni fikir. Nanti dia ingat aku nak menggedik kat boyfriend dia ni. Eee, minta simpang!

"Oooo, berminat nak kenal aku lagi dalam la tu. Jap ek. Aku perkenalkan diri aku balik." Seraya buat statement sendiri, dia berdiri tegak di hadapanku. Terundur sedikit aku kebelakang.

"Assalamualaikum hai, nama aku Zack. Nama yang diberi oleh mama aku pula, sedikit panjang. Tapi, oleh kerana kau nak kenal aku lebih dalam, aku sebut gak la. Nama dalam kad pengenalan aku, Muhammad Ain Zakri Bin Ismail. Umur 27 tahun, dah genap dah bulan 6 lalu. Aku anak sulung dari dua orang adik beradik. Oh ya." Dia memeluk bahu perempuan disebelahnya lalu ditarik ke sisi.

"Ini adik aku. Nama dia Siti Aminah Binti Ismail. Panggil Kemboja. Umur..."

Pap! Zack mengaduh. Nampak sakit benar perempuan tu tampar dadanya. Dia menjeling abangnya sekilas lalu menatap ke arahku dengan senyuman manis dibibir.

"Sorry la, kak. Abang saya ni, memang macam ni. Putus wayar sikit."

Bukan sikit dek. Banyak wayar yang putus kat kepala abang kau tu. Aku hanya mampu berkata begitu dalam hati.

"Nama saya Aliya Zureena Binti Ismail. Panggil Zurin je. Nama akak pula?" Ohh.. Cantik nama dia. Memandai je mamat tu pi ubah. Kemboja kepala kau!

"Nama akak Nurul Aisha Binti Jefri. Nak panggil apa pun boleh." Aku sengih. Tak tahu lagi sebenarnya siapa yang lebih tua, tapi dah muka perempuan ni nampak lebih muda dari aku. Lantak jelah. Akak pun akak lah.

"Sayang?" Suara garau menyampuk. Hampir aku menoleh. Nasib baik tak.

"Eee.. Sejak bila abang jadi flirting man macam ni? Geli adik dengar." Ujar Zurin sambil buat muka nak muntah.

Aku turut buat reaksi yang sama. Mende panggil aku sayang? Lahai.. Manalah si Lisa ni. Dah hampir setengah jam aku tunggu rasanya.

"Laa, dia kata boleh panggil apa je. Aku panggil lah sayang. Tak gitu, sayang?" Lemah lutut aku dengar. Dah kenapa dengan si Zack ni.

Aku kekal buat muka nak muntah. Kemudian aku menjeling tajam ke arahnya.

"Zurin je aku benarkan. Kau, tak boleh." Tegasku.

"Laaa.. Apa salahnya. Lagipun dengan panggilan tu, kita boleh jadi lebih rapat. Aku panggil kau sayang. Kau panggil aku abang. Barulah sweet." Tersengih sengih dia berkata.

Zurin buat muka jijik. Aku pula buat muka poker face.

"Psycho lah kau ni." Tak berperasan aku gelar dia macam tu. Lupa terus yang adik mamat ni pun ada sekali.

"Tang tu Zurin setuju kak." Aik.. Disokongnya pula aku. Ahak! Ada member baru. Eh?

"Assalamualaikum Is." Bahuku ditepuk dari tepi. Laju aku berpaling. Sampai pun minah ni.

"Waalaikumussalam. Asal lambat?" Tak tunggu lama. Terus aku soal dia.

"Jalan jem. Eh, siapa ni? Kawan kau ke Is?" Baru dia perasan kewujudan manusia dua ekor kat depan aku ni.

"Yang ni Zurin." Aku tunjuk arah Zurin.

"Hai" Ucap Zurin.

"Hai." Balas Lisa.

"Yang tu...." Aku tunjuk Zack pula. "Pepandai lah kau tanya sendiri."

Agak lama Lisa merenung wajah Zack.

Tak senyum pun mamat tu. Aih? Tadi bukan main panjang sengihan dan senyuman kau. Hilang pula?

Lisa tiba-tiba mendekatiku. Telingaku dihampiri.

"Aku macam pernah nampak muka dia. Boyfriend kau ke?" Wajah geramku di tatapnya dengan tanda tanya di dahi.

"Simpang jauhhhh. Tak nak aku ada boyfriend macam dia. Kau memang pernah nampak dia, dua bulan lepas. Tak ingat ke?" Soalku perlahan. Berbisik juga.

"Eih? Yeke?"

"Yup. Idham and the gang." Terangku. Kali ni baru dia ingat. Sebab dia meng'oooh' panjang lalu kembali menatap wajah Zack yang jelas melihat tingkah kami dari tadi.

"Zack. That two month man." Hah.. Lisa ni memang macam ni. Tahap friendly dia tu, tinggi sikit berbanding aku.

Zack hanya mengangguk sedikit. Senyum pun tak. Lahai, asal dengan aku dia lain macam. Dengan orang lain tak pun. Kan bagus kalau dia macam ni kat aku. Takde lah aku nak panas dengan dia.

"Er,, Lisa. Popcorn, aku belum beli lagi. So, before the movie start. Jom beli." Ajakku. Tidak selesa sebenarnya. Mata helang Zack pandang aku macam nak tembus.

"Zurin, kita orang blah dulu la eh? Bye bye. Assalamualaikum." Ucapku.

"Okay kak. Waalaikumussalam." Balasnya.

Aku tarik tangan Lisa disebelah lalu ingin menapak pergi dari situ.

"Sha." Baru nak melangkah, Zack panggil aku. Lahai.....

"Hmm?" Demi tak nak malukan dia depan adik dia dan kawan aku, aku menyahut panggilannya.

"Take care. InshaaAllah, kita akan jumpa lagi." Ujarnya lalu tersenyum manis. Haaaa.. See?? Dengan aku dia jadi lain macam.

"Wuhhh..." Zurin mengangkat angkat keningnya ke arahku. Nak acah aku dengan abang dia la tu. Ceh!

"Whatever, Zack." Aku menjulingkan mata ke atas sebelum benar-benar pergi dari situ. Tengok wayang lagi best!

Team #ZaSha put your hands up!
Wowowowowowoowowow sila komen gais. Dan kalau ada kesilapan bahasa atau keadaan atau apa-apalah. Maafkan saya ye........... Ok thank you.

My Weird ManWhere stories live. Discover now