8

79 5 0
                                    

2 tahun berlalu.

2 tahun juga Jihyo dan Sehun menjadi pasangan kekasih.

Namun begitu, hubungan persahabatan yang sudah lama terjalin menjadi goyah kerana Jihyo tidak lagi rapat dengan Daniel termasuklah Sakura, Chaeyeon dan Irene.

Naeun, Namjoo dan Hayoung yang dulunya bagaikan anjing dan kucing apabila bertemu dengan Jihyo, kini menjadi teman baik kepada gadis itu.

Keadaan menjadi terbalik sekarang.

Perubahan karakter Jihyo terlalu mendadak sehinggakan kawan-kawan rapatnya dapat merasainya.

Abang Jihyo, Seongwu, tidak tahu akan perkara yang berlaku di TOS High memandangkan dia sudah menjejakkan kaki ke alam kolej.

Berbekalkan populariti Jihyo, Sehun juga mendapat tempias lagi-lagi wajahnya yang ala-ala ahli kumpulan EXO itu menarik minat ramai pelajar perempuan.

Tahun tersebut pula merupakan tahun senior bagi mereka semua. Oleh itu, beban belajar dan bersuka-ria berada di atas bahu masing-masing.

-----

"Niel,"

Jeongyeon menepuk lembut bahu Daniel.

Daniel sedang termenung jauh. Fikirannya sarat dengan kerisauannya terhadap Jihyo.

"Kau tak nak balik ke?"

Jeongyeon duduk di kerusi yang kosong, berhadapan dengan Daniel.

Daniel hanya diam, melayan perasaannya.

"Niel.. Aku tanya ni,"

Jeongyeon melambaikan tangannya di hadapan wajah Daniel.

"Aku nak lepak dekat sekolah lama sikit,"

Daniel mengalihkan pandangannya terhadap Jeongyeon. Matanya kelihatan sembab.

"K-Kau nangis ke?"

Jeongyeon terkejut.

"Tak. Tak cukup tidur je,"

Daniel menjawab malas.

Parah. Memang parah. Jeongyeon perlu membantu kawannya yang satu itu.

-----

"Jagiya. Nak beli apa lagi?"

Sehun bertanya kepada Jihyo yang sibuk membelek pakaian berjenama di rak pakaian.

Mereka berdua tidak hadir ke sekolah hari ini atau boleh dikatakan sebagai ponteng sekolah.

Jihyo mengajak Sehun untuk menemaninya membeli pakaian baharu. Sehun hanya menurut memandangkan dia malas untuk bersemuka dengan Daniel di sekolah.

Ya. Daniel dan Sehun masih menjadi rakan sekelas.

"Chakhanmanyo,"

Jihyo bersuara.

Sehun sudah muak mendengarkan perkataan yang sama yang diulangi oleh Jihyo dari tadi.

"Jom makan. Jinjaa baekopa!"

Sehun memuncungkan mulutnya. Perutnya dari tadi berkeroncong meminta untuk diisi.

Jihyo mengangkat wajahnya, memandang Sehun yang berada di hadapan rak pakaian itu.

REFRAIN || KDN X PJH [✔]Where stories live. Discover now