a/n ;
chapter kali ni mengandungi gambar yang boleh menganggu korang sikit, depends korang nak baca ke tak huhu
+++
Hyesoo POV
" Hyesoo, kamu okey ke? kenapa kamu balik secara tiba-tiba je? kenapa tidak balik dengan Taehyung sekali? "
eomma membebel diluar bilik sambil pintu bilik diketuk bertalu-talu.
aku hanya mendiamkan diri . lutut dipeluk erat lagi dan sambung menangis balik dengan senyap supaya eomma tidak syak aku sedang bersedih .
eomma berjalan pergi apabila aku tidak membalas apa-apa . mungkin dia tahu aku perlu bersendirian sementara .
otakku ligat berputar tentang di kolam tersebut .
Yerin berlakon yang aku tolak dia .
Semua orang memandang aku macam aku baru bunuh orang .
" Aku kecewa dengan kau "
damn, Taehyung kecewa dengan aku .
aku patut mengikut gerak hati aku saja yang aku tidak berasa sedap hati apabila hendak pergi ke majlis tersebut .
patutlah Yerin nak aku pergi majlis dia . inilah plan dia untuk kenakan aku depan semua orang? untuk dimalukan depan semua orang?
bodoh nya aku .
badanku dihempas di atas katil . aku memeluk dengan erat bantal di sebelah ku dan menyambung menangis semula .
aku dah penat dengan manusia kat luar sana .
+++
Taehyung POV
pintu rumah ditutup rapat . kakiku berjalan dengan longlai menuju ke arah sofa dan baring .
biarlah gelap, aku lagi suka .
aku memandang frame gambar yang bersaiz kecil di atas meja berhampiran dengan aku . aku mengambil frame gambar tersebut dan ditatap lama .
appa , aku, eomma dan si dia .
ya, seorang gadis yang aku sayang ibarat aku sayang eomma aku dan nyawa aku sendiri .
Hong Gaeun
YOU ARE READING
[HIATUS] Earphone | kth
Fanfiction❝ Kita saling bertemu antara satu sama lain kerana earphone ❞ +++ Start ; 09/12/2018 End ; ?