AMORA Part 2

245 14 0
                                    

"Boleh saya tahu nama cik? " Tanya Peter tanpa segan silu. Amora diam. Dia memalingkan wajahnya. Peter tidak puas hati lalu mengejar Amora. Dia semakin berminat terhadap gadis misteri itu. Dia mengikuti Amora dari belakang. Amora menghentikan langkahnya. Dia menoleh ke arah Peter semula.

"Mestikah awak mengikuti saya? " Tanya Amora. Sedikitpun dia tidak menyukai kehadiran pemuda di depannya. Tetapi ketampanan pemuda itu cukup memberansangkan. Rambut Peter yang berwarna coklat kelabu itu menambahkan lagi ketampanan yang dimilikinya.

"Saya harap cik tidak keberatan menunjukkan saya arah jalan pulang. Tentu kawan kawan saya risaukan tentang keadaan saya sekarang ini. Itu pun kalau.... "

"Maaf, saya tiada masa hendak melayan awak. Kalau nak pulang, pulang lah sendiri " jawab Amora agak angkuh. Peter tersenyum kecil. Walaupun dia tahu gadis itu marah, tetapi semakin pula dia seronok untuk bersama dengan gadis itu. Peter sedari bahawa sikap gadis yang berada di depannya itu langsung berbeza dengan gadis yang pernah dia temui. Tidak seperti Mirabel, yang cantik tetapi ego. Ataupun seperti Sandra, yang sering tidak habis habis dengan alat kosmetik.

Gadis yang berada di hadapannya ini cukup menawan dan rambutnya yang kemerah-merahan itu cukup buat hati dan perasaan Peter bergelora.

Peter menoleh ke atas apabila terdapat banyak daun daun yang berguguran jatuh. Kemudian dia melihat ke depan dan lantas dia terkejut. Amora sudah hilang dari pandangan matanya! Peter seperti kehilangan punca. Dia mencari-cari gadis itu.

"Alamak! Dah hilang? " peter melangkah pantas. Dia memanggil gadis itu. Tiada sahutan. Semakin dia melangkah masuk ke dalam hutan tebal itu, suasana semakin menyeramkan. Peter berhenti. Dia menarik nafas panjang.

"Habislah... aku pula di tinggalkan keseorangan di sini. Kalaulah bukan daun daun yang menganggu tumpuan tadi, takkan dia hilang begitu cepat... " gerutu hati kecil Peter. Dia menoleh ke belakang. Suasana hutan itu kelihatan sama sahaja. Dia melihat jam tangan.

"Alamak... dah hampir petang... " bisiknya. Dia cuba memanggil lagi gadis tersebut. Namun tiada balasan yang dia terima. Tiupan angin di hutan itu menambahkan lagi kerisauan Peter. Kakinya telah jauh melangkah masuk ke dalam Hutan Kolta.

SEMENTARA ITU

"Hari dah semakin petang ni " jawab satu suara.

"Jadi bagaimana dengan dia? Takkan kita nak tinggalkan dia keseorangan di dalam hutan ni? " balas satu suara. Tidak berapa lama kemudian sekumpulan pelajar itu tiba di tepi tebing sungai.

"Hati hati... tebing ni agak curam " beritahu Nexon. Dia melihat ke bawah.

Perasaan gayatnya melanda lalu dia mengundur setapak ke belakang. Lucy ketawa.

"Awak lelaki tetapi gayat " dia melangkah ke depan tebing dan membuat lagak ngeri.

"Lucy! Jangan buat macam macam. Kalau awak jatuh bagaimana? " marah Tuan Alfred.

Tuan Alfred merupakan pensyarah kolej yang menemani mereka di sepanjang kajian tersebut sehinggalah Peter yang kurang berminat dengan bidang kajian serangga itu hilang dari pandangan mereka. Dalam kumpulan itu seramai 7 orang remaja kolej yang mengikuti Tuan Alfred.

"Tuan Alfred... hari dah semakin lewat ni... " beritahu Mirabel. Dia agak seram melihat kawasan hutan itu.

"Kita tidak boleh tinggalkan Peter keseorangan di dalam hutan ini "

"Huh! Siapa suruh dia lari? " balas Sandra.

"Dia bukan larilah... dia tersesat mungkin " balas Lucy.

"Dah tahu sesat, napa tidak menjerit minta tolong saja? " balas Mirabel.

"Oi, boleh tak tolong diam sikit? Kita berada di tengah hutan ni. Tak boleh buat bising" Tuan Alfred menerangkan.

"Jadi kita nak buat macamana? " Tanya Nexon. Tuan Alfred menarik nafas panjang. Di melihat jam tangan. Kemudian dia melihat wajah kepenatan pelajarnya satu satu. Dia berfikir sejenak.

"Kita... terpaksa bermalam di sini "

Semua pelajar terkejut. Ada yang suka dan ada yang takut.

"Apa?? Bermalam di hutan ni? "

"Tidak apa apakah kalau bermalam di sini? "

"Tentu banyak nyamuk! "

Tuan Alfred hanya mendengar sahaja keluhan pelajar pelajarnya. Selesai sahaja mereka merungut barulah dia bersuara.

"Kalau kita tinggalkan Peter keseorangan dalam hutan ini dan terjadi apa apa terhadap dia, siapa yang akan bertanggungjawab nanti?

Awak semua kan tahu, ibu bapa Peter merupakan orang penting dalam Bandar Armel. Mereka mempunyai kuasa untuk menyaman pihak kolej. Kalau kolej kita di saman, siapa nak bayar? Kamu?? "

Mereka semua terdiam. Masing masing tidak menjawab. Kemudian Tony melangkah ke depan.

"Baiklah, Tuan. Kita tidur saja di dalam hutan hari ini. Jadi, terpaksalah kita membahagi tugas untuk mencari kayu api, sementara yang lain mendirikan khemah. "

Masing masing menurut sahaja kata ketua pasukan mereka. Tony mendekati Tuan Alfred.

"Tuan... bagaimana kalau sampai esok pagi Peter tidak muncul juga? " tanyanya separuh berbisik.

"Pasal itu, kita akan fikirkan jalan lain " beritahu Tuan Alfred.

"Hutan ni... ada hantu tak? " tiba tiba mereka dikejutkan pula soalan Lucy. Tony dan Tuan Alfred memandang serius ke arah wajah Lucy.

Lucy yang seakan akan tahu bila bila masa saja dia akan dimarah, berlalu begitu sahaja sambil bernyanyi nanyi kecil.

Selesai sahaja kerja mereka mendirikan khemah dan menyalakan unggun api, barulah mereka berkumpul bersama sama. Masing masing sedang menjamu selera dengan bekalan makanan yang mereka bawa bersama.

"Makanan ini... hanya cukup untuk malam ini sahaja... esok... pandai pandai la cari makan sendiri " tiba tiba Nexon bersuara memecahkan keheningan suasana hutan itu. Unggun api marak dengan perlahan.

"Kalau makanan saya habis, nanti saya minta makanan awak pula " balas Lucy. Nexon menjelirkan lidah.

"Orang gemuk macam awak tidak sesuai makan makanan yang berkhasiat macam saya ini "

Lucy menjadi berang apabila Nexon mengelarkan dirinya gemuk. Dia menghumban sebiji batu ke arah Nexon.

Tetapi Nexon Berjaya mengelak akhirnya terkena pada Gynn. Gynn melihat Lucy. Lucy mengangkat tangan.

"Maaf... tak sengaja " beritahu Lucy. Gynn tidak bersuara. Dalam kumpulan itu, Gynn merupakan pelajar paling senyap. Dia hanya menjawab bila ditanya sahaja. Mata Gynn liar melihat keadaan hutan itu. Sekejap dia memandang ke kiri, sekejap dia memandang ke kanan.

AMORA, SI PUTERI JELMAANWhere stories live. Discover now