“ Aku tidak percayakan hal karut. Namun aku tetap berhajat pada bintang untuk mendapatkan kau. ”
↭
Tok! Tok!
"Sekejap!"
Pintu dibuka. Menunjukkan wajah Jimin yang sedang tersenyum lembut di hadapan wanita separuh baya itu.
"Ya saya?"
Setapak kaki melangkah ke hadapan. Mendekati wanita yang mungkin terpesona dengan keindahan wajahnya. Sungguh. Tiada siapa yang boleh tahan dengan godaan Park Jimin.
"Selamat pagi puan Jae."
Puan Jae menutup mulutnya. Terkejut bagaimana lelaki muda ini boleh mengetahui namanya. Siapa dia ini?
"Tu— tuan Vladimir?"
Bibir masih tidak lepas dengan senyuman. Tubuh dipusing ke belakang untuk menghadap lelaki yang mengetahui identiti dirinya.
Dia bukanlah seorang yang terlalu asing. Hampir tiap masa wajahnya menghiasi dada akhbar dan media sosial.
'The Hottest Bachelor'
Sayang sekali dia perlu mematahkan hati jutaan wanita selepas ini. Kerana di dalam fikirannya hanya ada seorang gadis.
"Zdravstvujtye tuan Jae." Tubuh ditundukkan. Tanda memberi hormat kepada lelaki tua itu. Mulut masih terlopong. Lelaki berumur 50-an itu masih tidak percaya dengan kewujudan Park Jimin.
Memukau. Sut berwarna emas begitu kemas tersarung di tubuh tegapnya. Kakinya yang panjang menambah lagi kekacakan yang sedia ada. Senyuman masih terukir di bibir Jimin. Menunggu lelaki tua itu pulih dari kejutan yang dibawa.
YOU ARE READING
[C] Vlàdimir. pjm
Fiksi Penggemar"Ya liublyoo tibya bol'she fsivo na sveti, sólnyshka. (I love you more than anything, little sun.)" Orang lain kata, dia lelaki berperangai raksasa. Mana mungkin merasakan cinta. Namun orang lain juga silap, kerana kasih lelaki itu terhad. Tersedia...