AMORA Part 4

213 14 0
                                    


Kelopak mata Peter terbuka secara perlahan-lahan. Seluruh tubuh badannya sakit. Lehernya seperti dipaku. Hanya mata sahaja yang dapat melihat keadaan sekeliling. Dia cuba mengerakkan jari jemarinya tetapi gagal. Dia hairan. Suasana di dalam bilik itu agak lembab dan dingin. Dindingnya diperbuat daripada batu konkrit yang besar besar. Tingkap bilik itu agak luas dan angin segar menerpa masuk ke dalam bilik itu dan membuatkan Peter berasa segar sedikit.

" Awak dah bangun? " Tanya satu suara. Peter mencari arah suara itu dengan menggunakan ekor matanya. Dia sangat terkejut.

" A.... Awak? " balasnya tersekat sekat. Dadanya tiba tiba terasa sakit.

" Saya Nampak awak terbaring lemah di tepi sungai. Betul betul berada di belakang rumah saya. Apa yang telah terjadi? " Tanya Amora. Dia duduk di hadapan Peter.

Peter Cuma mengingati kembali kejadian yang berlaku terhadapnya malam semalam. Ingatannya lumpuh. Dia tidak ingat langsung. Mungkin akibat daripada hentakan kepalanya ke tanah dan menyebabkan memorinya agak terganggu. Anehnya, dia ingat pula pada gadis itu.

" Dari kelmarin saya Tanya.... Siapa nama awak? " Tanya Peter penuh berharap. Amora diam. Dia bangun.

" Awak berehatlah. Saya akan hantarkan makanan sekejap lagi " Amora melangkah keluar dari bilik itu. Peter berasa hampa kerana gadis itu masih degil dan tidak memberitahu namanya. Peter tersenyum sendiri. Nasib baik dia tolong... bisiknya dalam hati.

Buat sementara itu Peter langsung tidak ingat kepada kawan kawannya.

" Di sini! " jerit Lucy. Kawan kawan yang lain datang dengan tergesa gesa. Lucy mengambil benda yang jatuh itu.

" Ini kan sapu tangan Peter " beritahu Nexon. Dia memang kenal dengan sapu tangan Peter itu.

" Kalau ini sapu tangan dia, di mana dia sekarang? " Tanya Sandra pula. Mirabel datang dengan muka yang muram.

" Hari dah panas ni. Baik kita pulang " rungutnya.

Tuan Alfred datang menuju ke arah mereka. Di tanganya dia memegang sebatang kayu. Sambil dia melangkah dia melihat di sekitar hutan itu. Suasana hutan agak sepi. Walaupun sepi, keindahan flora dan fauna di dalam hutan itu sempat menenangkan jiwa Tuan Alfred seketika.

" Bagaimana sekarang, Tuan? " Tanya Tony. Tuan Alfred tidak menjawab. Dia berfikir panjang. Dia menarik nafas dalam. Dia mengeluh berat.

" Kita dah sedaya upaya mencari jejak Peter. Sedikitpun dia tidak tinggalkan kesan. Sapu tangan ini jatuh tanpa pengetahuan dia... " Tuan Alfred menerangkan satu persatu.

" Jatuh tanpa pengetahuan dia? " Tanya Lucy.

" Maksudnya ia jatuh tanpa sengaja? " sambungnya lagi.

Tuan Alfred mengangguk, mengiyakan.

" Betul " jawabnya, pendek.

Tiba tiba Gynn melangkah ke hadapan. Dia memberi syarat agar mendiamkan diri. Mereka semua menurut.

" Kenapa, Gynn? " Tanya Tony. Gynn menunjuk ke arah yang bertentangan. Satu lorong yang sempit tetapi ada jalan kecil menuju ke satu tempat.

" Macam laluan rahsia " Tony menduga. Dia berjalan perlahan lahan menuju ke arah tersebut. Kawan kawan yang lain hanya mengikut di belakang.

" Laluan ke mana? " bisik Nexon, ingin tahu.

" Entah " jawab Tony, ringkas. Dia menundukkan badan.

" Lorong ini agak sempit " beritahunya. Kemudian dia menoleh satu persatu.

Akhirnya pandangan matanya terhenti pada...

" Saya? " Lucy terkejut. Tony mengangguk.

" Ya, awak "

" Mengapa mesti saya? " Tanya Lucy tidak puas hati.

" Sebab badan awak kecil " jawab Tony. Lucy diam. Dia memandang ke arah Sandra dan Mirabel. Mereka berdua berpura pura tidak ambil peduli.

" Bukannya lama pun, awak hanya perlu masuk sekejap sahaja " pujuk Tony. Lucy diam. Dia memandang ke arah Tuan Alfred minta simpati.

Tuan Alfred tidak membantah.

" Awak kan berani " jawab Tony lagi.

" Antara kami semua sini awak paling berani! " sambung Nexon. Lucy menjadi berang. Dia cuba menumbuk Nexon tetapi Nexon sudah berlari menuju ke belakang Gynn.

" Kalau Gynn yang Nampak laluan ini, kenapa bukan dia sendiri yang masuk? " Tanya Lucy tidak puas hati.

" Saya tidak boleh masuk " balas Gynn.

" Sebab apa? " Tanya Lucy. Dia sengaja membesarkan matanya.

" Sebab saya tidak biasa masuk di lorong yang sempit " balasnya.

" Ah! alasan saja! " Lucy merungut.

" Lekaslah... jangan buang masa. Mana tahu Peter tercedera di sana, boleh lah awak minta dia belikan rantai emas nanti " pujuk Tony. Mahu tidak mahu Lucy terpaksa akur. Dia merendahkan sedikit badannya. Dengan mudah saja dia masuk ke dalam. Dia mengeluarkan lampu suluh yang diambil dari poket kecilnya. Lucy menyuluh ke depan.

Lucy merangak perlahan masuk ke dalam laluan itu. Sambil dia merangkak, lampu suluh itu diletakkan di mulutnya. Dia melihat ke atas dan ke bawah. Lorong itu agak jauh dan agak dingin.

" Heiii.... Nampak apa apa takkk? " Tanya Tony separuh menjerit. Lucy tidak menjawab kerana lampu suluh itu masih melekat di mulutnya.

Tiba tiba Lucy terhenti. Dia terdengar sesuatu. Perlahan lahan Lucy menuju ke depan. Duri duri yang melekat di rambutnya itu di biarkan. Dia ingin tahu apa benda yang sedang berbunyi di hujung sana.

Di hujung itu juga terdapat cahaya samar samar. Lucy semakin galak. Dia merangak laju. Semakin dia masuk kawasan itu semakin cerah. Ini bererti dia tidak perlukan lampu suluh lagi.

Perlahan lahan Lucy turun ke bawah apabila dia sudah sampai ke hujung. Lucy sangat terkejut apabila dihadapannya terdapat sebuah rumah agam yang sangat besar! Ia hampir serupa dengan peninggalan istana lama dahulu kala. Lucy semakin bersemangat. Dia berjalan perlahan lahan. Kemudian dia terkejut lagi apabila melihat sebuah taman bunga yang penuh dengan bunga ros pelbagai warna. Lucy sangat gembira. Buat seketika dia sangkakan yang dia berada di syurga. Kupu kupu berterbangan pelbagai saiz dan rupa. Lucy terpegun seketika. Dia betul betul terpukau melihat keindahan taman bunga itu.

Sehinggalah pada satu ketika, tiba tiba kepala Lucy dihentak dengan kuat oleh satu benda berat. Lucy tidak sempat menoleh. Dia pengsan di situ juga.

Badan Lucy yang sudah lemah itu diheret perlahan lahan...

AMORA, SI PUTERI JELMAANWhere stories live. Discover now