Bab1

7.3K 104 4
                                    

'Ibu rumah depan dah ada orang duduk lah.' Ujar ain kepada puan mariam. Riak wajahnya sungguh teruja. Dua tahun kut dia tunggu rumah tu siap dan ternanti nanti penghuni rumah agam depan rumah mereka. Besar gila kut rumah tu. Lebih besar dari rumah alongnya yang jadi doktor tu hospital besar di bandar tu.

Kepala puan mariam diangkat sedikit melihat van yang mengangkut barang ke rumah banglo depan rumah mereka. Memang betul kata anaknya memang rumah banglo depan rumah mereka dah berperhuni. Buktinya ade kereta di laman rumah banglo itu. 'Yelah ain, ibu nampak ada orang takdi. Jom lah kita pergi mane tahu ada apa-apa yang boleh kita tolong mereka' kata puan mariam sambil memakai tudung sauk kepala.

Bagai orang mengatuk disorong batal. Ain suka sangat lah kalau pergi rumah tu dia dah lama nak berkenalan dengan jiran mereka ni. Harini baru boleh berjumpa. 'Jom ibu!' Kata ain sambil melompat turun daripada sofa. Tudung dipenyakut diambil dan dipakai.

'Assalamualaikum puan, ada apa-apa yang boleh kami tolong? Nampak sibuk je tu' ujar mariam kepada wanita anggur separuh abad yang sedang sibuk melihat orang mengangkut barang.

'Eh waalaikummusalam, memang agak sibuk juga lah tapi dah nak habis dah ni. Awak ni isteri encik alias kan jiran hadapan rumah saya kan? Jangan berpuan puan lah dengan saya panggil kak nani je. Kak nani baru pindah sini. Asalnya duduk kl. Ni balik kampung asal saya. Kak nani memang orang sini, kawan baik dengan suami awak dulu mase kecil kecil dulu.' Balas puan hanani ramah. Dia memang dah lama kenal alias tu kawan dia masa sekolah dulu. Tapi berpisah masa dia mengikuti suaminya berhijrah ke kl.

Puan mariam tersengih memang dia pernah dengar encik alias bercerita tentang kawan kawannya. 'Oh kak nani, abang alias rajin cerita pasal kak nani, sekarang baru boleh jumpa orangnya. Cantik orangnya.' Ujar puan mariam ikhlas. Puan hanina memang cantik orangnya walaupun sudah separuh abad.

' Huishh apa pula awak ni, cantik apa nya dah tua tua ni. Berkedut habis dah, ni mesti anak alias dan awak kan cantik sangat ni.' Mata puan hanani meliar melihat ain raisya. Cantik sungguh budak ni putih gebu, sopan pun sopan. Ni kalau anaknya belum ada tunang dah dijodohkan anaknya dengan anak alias ni. Keturunan pun baik baik.

Ain raisya tersenyum malu. Memang dia sudah biasa menerima pujian. Wajahnya memang agak cantik kerana mengikut ibunya yang ada darah keturunan siam. 'Mana ada makcik biase jelah, makcik tinggal sini dengan pakcik je ke? Anak anak makcik takde ke? Boleh ain lepak lepak dengan anak makcik kalau ain bosan' Ujar ain sambil tersengih. Dia memang bosan gila lepas habis stpm. Baki hari cutinya lagi tinggal 4bulan sebelum menyambung perlajaran peringkat degree.

Puan hanani ketawa. Budak ni memang selambar macam ayahnya alias. Selalu menghiburkan hati orang. ' Kalau anak makcik takde, ain tak nak ke lepak dengan makcik ? Tahulah makcik ni dah tua tapi makcik tahu hal hal semasa' usik puan hanani. Dia suka dengan ain raisya walaupun baru pertama kali kenal.

'Eh mane ade taknak. Ain lagi suka tahu kalau lepak dengan makcik nanti tiap tiap hari ain datang sini, tapi makcik jangan bosan pula kalau hari hari ain datang sini' ain tersengeh menayangkan giginya yang putih dan tersusun cantik.

'Makcik takkan bosan punya, ain datang tahu makcik tunggu. Awak pun yam datang lah rumah akak. Eh terlajur sembang ni, sorry tak jemput masuk, barang barang tak tersusun elok lagi. Nanti kene duduk atas lantai tahu. ' puan hanani memamerkan senyum segan.

'Takpe akak, kita orang datang sini memang nak tolong akak. Kita kan dah jadi jiran mestilah kena saling tolong-menolong.' Ujar puan mariam tersenyum lebar. Barang barang yang berada dalam vam diangkat bersama-sama dengan ain.

'Terima kasih ya yam, susahkan awak anak beranak. Nasib baik awak ada. Anak saya tiba-tiba ada hal penting. Hajat nya dia lah yang akan tolong saya. Babahnya masih di uk. Esok baru balik.' Ujar puan hanani.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 06, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Rasa paling indahWhere stories live. Discover now