🍃 *Daripada Abu Hurairah berkata*, *Rasulullah SAW bersabda* janganlah kamu dengki mendengki, jangan tipu menipu, jangan benci membenci, jangan berpaling muka dan janganlah berjual beli di atas jualan orang lain. Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang islam dengan orang islam adalah bersaudara. Mereka tidak boleh dizalimi, tidak boleh membiarkannya dalam kehinaan, tidak boleh membohonginya, dan tidak boleh menghina sesama islan. Takwa itu di sini (kata Nabi sambil menunjukkan ke dadanya 3 kali). Memadailah seseorang itu dianggap jahat apabila dia menghina saudaranya. Setiap orang islam ke atas orang islam yang lain haram darahnya, hartanya dan kehormatannya. (Riwayat Muslim)
-
_pengajaran hadis:_
🌸semua umat islam adalah bersaudara.
🌸perpaduan sangat penting kepada kestabilan bangsa dan negara.
🌸kita hendaklah mengekalkan perpaduan di antara sesama muslim dan bukan islam.
🌸umat islam hendaklah menjauhi sifat dengki mendengki.
-
Maksud;🍃 *Dengki*-
perasaan kurang senang melihat kelebihan orang lain dn berharap nikmat tersebut akan hilang daripadanya.🍃 *menipu*-
Perbuatan tidak jujur sama ada melalui tutur kata atau tingkahlaku dalam bermuamalat.🍃 *benci membenci*-
Perasaan marah atau tidak menyenangi orang lain.🍃 *berpaling muka*-
Tidak bertegur sapa dan mementingkan diri sendiri.🍃 *jual beli di atas jualan orang lain*-
Membatalkan jualan atau pembelian orang lain untuk kepentingan diri sendiri.
-
sampai disini sahaja perkongsian saya. Moga kita semua dijauhkan dari sifat2 keji. Aamiin❤
YOU ARE READING
Nasihat @ Tazkirah @ kata-kata
Spiritualsemuanya "copy paste", diambil daripada sumber seperti Whatsapp, Google, Instagram dan di mana² saja. hanya "Solar" saya punya.