" Kau lambat lagi, " bibirnya sedikit mencebik sambil matanya tak lepas dari merenung aku.
Aku tersengih janggal sebelum mukaku ditundukkan. Gaya minta kasihan. Kakiku yang dibaluti kasut sekolah sengaja aku kuiskan ke tanah.
" tapi, aku tak marah. Sebab kau tetap yang terawal dapat tempat di hati aku. " hujung bicaranya dilontar dengan nada merendah, penuh pesona.
Spontan muka aku angkat, merenung dia yang makin merapat. Senyumannya meleret. Matanya seakan terpaku merenung aku seorang. Ya hanya aku. Hahahah. Ya tuhan, gembiranya aku sekarang.
Tak sempat aku kejung kerana kekurangan oksigen, leher aku dipaut kuat dan ditarik memasuki pagar sekolah.
Bau minyak wanginya semerbak. Membuatkan aku yang memang dah kekurangan oksigen semakin gigih menstabilkan diri.
Ah, wanginya bau vanilla mint. Tak terlalu maskulin tetapi tetap memikat.
Mata aku sedikit terpejam. Menikmati wangian dia yang sungguh membuai.
Tunggu.
Dahi aku berkerut.
Vanilla mint.
Vanilla mint.
Vanill----
" hei, berangan apa kau ni ? Mata terpejam pejam bagai, dasar minah cepat tangkap leleh. Dengan aku pun kau nak terpikat ke apa ? "
Spontan mata aku terbuka luas.
Terpampang di ruang mata aku, seorang lelaki yang sedang berpeluk tubuh merenung aku atas bawah dengan pandangan judgenya. Seperti pandangan ' euwww, seriously perempuan ni ' berlegar di fikirannya.
Cepat cepat aku tergelak awkward sebelum berdehem. " apa kau buat kat sini ? " rambut yang sudah terjuntai jatuh aku selitkan ke belakang telinga.
Dia tersengih, " sayang, kenapa dengan kau ? Kau tanya apa aku buat ? Aku pergi sekolah, belajar. Kan kita dah janji nak jadi contoh terbaik untuk anak anak kita nanti, hm ? " dia angkat kening, mengejek.
" kau nak apa Jungkook ? Menganjing aku je kerja kau. " aku berdecit geram. Sedar yang aku dah terpesong dari laluan hidup yang sebenar, berangan aku dilayan penuh mesra dengan crush aku yang terchenta.
" apa aku nak ? Hm. " si Jungkook ketuk dagunya perlahan. Dan dengan tak semena menanya bahu aku ditarik kuat menyebabkan telinga aku dan bibirnya merapat.
" buat kau sedar yang jodoh kau bukan si anti sosial tu, tapi aku. "
Sesaat.
Dua saat.
Tiga sa----
" APA JODOH JODOH ? DASAR ARNAB ! TAK TERINGIN AKU DENGAN KAU. KAU KUTUK CRUSH AKU LAGI, KAU MATI, "
Ha, itu dia. Rasakan hempukan kamus tebal bahasa arab di kepala anda Jeon Arnab.
Belum sempat sepakan aku mendarat selamat di punggungnya, dia sudah berlari jauh.
Nafas aku tarik dan hembus kasar. Wah, berani kau kutuk crush aku lagi, tak teragak agak kepala kau aku tetak. Eh, tak kiralah kawan tadika ke apa, mulut tu jaga.
Seminit kemudian aku tersengih. Kelibat dia yang kacak eh comel eh semualah aku kesan di tangga.
Cepat cepat aku menghilangkan diri dengan berjalan laju ke kelas.
Sengihan yang melebar tak mampu aku sorok. Tak lama kemudian aku berdehem.
" Jung Jihyun, kau rilek, kau swag. "
YOU ARE READING
IMAGINARY
Short StoryBahagia dengan dia hanya angan angan, Kerana aku tahu ianya takkan jadi kenyataan. Just an imaginary.