"Thanks Hun sebab sudi temankan Jihyo,"
Jihyo mengukir senyuman.
Sehun hanya mengangguk lalu memegang tangan Jihyo.
"Jagi~ I'm willingly to do anything for you. Anything,"
Sehun menggenggam tangan Jihyo erat.
Pipi Jihyo seakan-akan hangat. Perasaan segan menyerbu dirinya.
"Jihyo masuk dulu ya?"
Jihyo melepaskan tangannya daripada genggaman Sehun secara perlahan-lahan.
Sehun mengangguk lagi.
"Nanti Hun call,"
Sehun terus berlalu pergi, meninggalkan Jihyo di muka pintu rumah milik Jihyo.
Hilang sahaja bayang Sehun, Jihyo mengeluarkan segugus kunci bagi membuka pintu rumah yang telah dikunci pagi tadi. Saat tombol pintu dipulas, Seongwu sudah terpacak di hadapan Jihyo sambil bercekak pinggang. Jihyo tergamam melihatkan Seongwu yang berada di hadapannya.
"O-Oppa. Bila oppa balik?"
Jihyo serba sedikit tidak senang duduk.
"Jihyo dari mana?" soalan maut pertama keluar dari mulut Seongwu.
"S-Sekolah. Wae?"
Jihyo cuba mengawal riak wajah cemasnya.
"Really?"
Seongwu menjungkitkan keningnya. Dia tahu adiknya itu berbohong.
"N-Nae!" tergagap-gagap Jihyo ingin menjawab.
"You really are bad at lying Jihyo. I'm your brother and I know you very well,"
Seongwu memandang Jihyo, tepat.
"So what kalau Jihyo tak pergi sekolah pun?"
Jihyo mula naik berang. Dia sudah tidak tahan dengan semua itu.
"Don't you dare to raise your voice!" suara Seongwu mula meninggi. Dia tidak sangka adiknya akan bertindak sedemikian.
"Whatever,"
Jihyo terus mengorak langkah ke biliknya. Pintu biliknya dihempas kuat.
Seongwu mengeluh berat. Kecewa.
-----
"Hi Sehun,"
Sehun yang sedang leka membelek isi telefon bimbitnya, menoleh ke belakang bagi melihat empunya suara yang menegurnya.
Kelihatan Irene berdiri betul-betul di belakang Sehun.
"Oh! Hi Irene,"
Sehun senyum.
"Dari rumah Jihyo ke?"
Irene berjalan seiringan dengan Sehun.
Sehun cuma mengangguk, tidak menjawab.
Irene baru sahaja pulang dari pusat tusyen. Kebetulan pula dia terlihat Sehun lalu di jalan yang dia sedang lalui. Jalan tersebut sememangnya dari arah rumah Jihyo.
"Sehun betul-betul sukakan Jihyo?"
Irene bertanya. Wajah Irene begitu bersahaja.
YOU ARE READING
REFRAIN || KDN X PJH [✔]
FanfictionRefrain bermaksud tahan diri daripada melakukan sesuatu. Itulah Kang Daniel. Akibat suka akan kawan baiknya sendiri, Daniel menahan dirinya daripada meluahkan perasaan sebenar kepada si dia. Daniel tidak mahu merosakkan hubungan persahabatan yang su...